Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT YANG PERGI

Aku masih terperanjat, aku masih terkejut. Pagi-pagi terima sms dari seorang sahabat 'SU DAH TENAT, DR DH SURUH DIA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAT. SEKARANG DI WAD ICU PPUM'. Lima minit berselang telefon berbunyi tiada salam tiada suara hanya ada esak tangisan. "SU DAH TIADA". Tergamam seketika aku. Kepala yang dari tadi berdenyut-denyut makin rancak denyutannya. Tegang seluruh urat kepala. WAN SURIA WAN JONIT. seorang sahabat yang baik dan merupakan orang pertama yang menegur aku dengan santun masa aku mula-mula tercampak ke Jabatan Water Quality suatu ketika dulu.

Kalau BP aku tidak naik tadi memang aku antara yang akan menghantar jenazahnya ke Taiping. Tapi atas nasihat seorang pakar perubatan aku disuruh rehat sahaja di pejabat. Satu kerja HARAM aku tidak menyentuh. Semua bermain-main dalam kepala. Dia gelak, dia bergurau, dia makan, dia tompang motor, dia mengutuk OG. Semua tentang dia silih berganti. Mak selalu pesan, menangislah pada sesuatu yang amat menyedihkan supaya hati kita tidak terbeban dalam waktu yang lama. Tapi aku tidak menagis tadi. Cuma malam ini, aku baru dapat menangis. Semahu-mahunya.

Alfatihah untuk seorang sahabat yang bernama SU.

Rabu, 27 Oktober 2010

PROGRAM KASIH & KAWAN-KAWAN

Owhh baru tahu kecederaan kereta ku itu disebabkan oleh kekeringan minyak itam tahap kronik. Dah bunyi semacam jer. Kepada kekawan yang berkereta rajin-rajinlah periksa minyak itam ya. Kang tak pasal-pasal melayang 1.5k. Huhuhu senaknya perut.

Baru-baru ini aku terlibat dengan program KASIH. Yelah semai BAKTI sudah kurang berbakti jadi dah tukar KASIH le. Seramai 39 PDK mengambil bahagian. Dan OKU nya pun bagus-bagus dan berbakat sekali. Aku letakkan gambar kawan-kawan aku yang tersangat gembira kerana berjaya melepaskan diri dari cengkaman pejabat buat beberapa jam pada hari tersebut. TENSION MELAMPAU...




Sabtu, 23 Oktober 2010

AKU DAN SABTU

Rasanya inilah hari SABTU KERJA yang kami semua ada di pejabat buat pertama kali setelah sekian lama berada sisini.. ohh begini rasanya kalau bekerja HARI SABTU di sini ya. Sungguh HAMPEH

Hahaha sekarang aku amat mengimpikan NISSAN GRAND LIVINA. Macam cantik jer. Monthly pun cantik JUGAK. Kalau ikutkan hati CALDINA satu!. Kalau ikutkan poket KANCIL satu. Hihihihi. Hmm ISNIN aku cuti. Tapi petang tu aku kena masuk pejabat sebab Selasanya ada program di Stadium Matshushita sec 21. Hmm bagus juga kerja-kerja luar di waktu-waktu lelah ni. Tak perlulah mengadap muka BOSS yang kadang-kadang lebih masam dari CUKA GETAH.

Dah lama aku tidak menziarah MAK dan ABAH di Kampung. Rindu yang berkodi-kodi ni tak tahulah bila boleh reda. Sepanjang bekerja macam orang hilang pedoman ni, mak dah 2 kali masuk wad sebab masalah tekanan darahnya yang tidak menentu. Kalau jadi sesuatu yang tidak diigini harus aku tidak dapat memaafkan diri sendiri. Si Irsyad juga masuk wad beberapa hari tetapi aku tetap tidak menjengah. Demamnya masih belum kebah-kebah sejak ramadhan tempohari. Risau memanglah risau, tapi disebabkan KERJA aku masih bertabah. Kalau TIDAK aku pun tak pasti macam mana.

Pejabat ku bakal menerima kehadiran jelitawan-jelitawan yang seksi dalam waktu terdekat ni. Hmm perlu sangat ke insan GEBU dan SEKSI di sini. Buat semak mata saja. Pada akulah biarlah yang datang tu 10 orang macam aku. TAK GEBU DAN SEKSI asal boleh bekerja keras dan tak banyak songeh. Hmm yelah SI GEBU dan SEKSI perlu untuk mengubat hati BOSS-BOSS yang ada disini dikala ISTERI di rumah sedang membasuh telekong sebulan sekali. Layan sajalah.

Jumaat, 22 Oktober 2010

WIRA YANG AKU SAYANG

Hari ini dia meragam lagi. Siap kena tow ke bengkel. Sedih pulak aku tadi. Hmm entahlah berapa ribu aku kena kali ni. Tadi aku dah ke showroom section 13 tengok-tengoksi ALZA dan Myvi. Hmm BOLEH TAHAN kedua-duanya. Dalam hati masih sayangkan si WIRA tu tapi si dia dah tak berapa sayang kat aku pulak. So aku kena NYAHKAN dialah dalam waktu-waktu seksa ini. Huhuhu

Kali ni aku NEKAD.... iskisk. Yang pasti  warna putihlah.

Khamis, 21 Oktober 2010

KEMBALINYA DENGAN HATI YANG RETAK SERIBU

Hampehh. Dari Julai hingga hari ini bukan aku saja malah semua orang yang ada di SUNWAY MAS ini berkerja macam esok NAK MATI. Alih-alih dapat markah macam SIOT. Sungguh SAMPAH kederat aku selama hari ini. Ha, itulah NILAI kederat orang MISKIN di mata orang-orang BESAR yang kaya raya. SEMUA BOLEH BELI. Terima Kasih banyak-banyak BOSS.

Oh ya 12 & 13 akan ada lagi program HEBAT kami. Kali ini di KELANTAN pulak. FELDA CHIKU 1 bersempena dengan pilihanraya kecil DUN GALAS. Kempen lepas PILIHANRAYA lah pulak. Nak buat macam mana, SAMPAH je kan, bolehlah dicampak sana sini.   

Sabtu, 2 Oktober 2010

SORRY

Tak dapat menulis seperti selalu. CUTI SEKEJAP