Khamis, 23 September 2010

MAKANAN YANG SEDAP

Hari-hari yang berlalu ini merupkan hari yang penuh dengan dugaan. Tension amat. Tapi kami ada cara untuk menghiburkan hati masing-masing. Apalagi makanlah. Hahaha. Kami amat rapat dan mesra dengan pengerusi Belia FELDA Semenchu, Encik Ariff. Huhuhu. Dan kami telah menggunkan dia untuk mencari port-port makan yang best. Ini adalah salah satu hasilnya. Kali ini tak mahu menulis panjang-panjang sebab mata dah nak terkatup. So aku letak saja gambar lauk pauk kitaorang makan-makan tu ya. Ini ikan belanak masak asam pedas.



Ikan mayong masak asam pedas jugak

Kepah masak tiram

Ketam Nipah berlada

   Belangkas asam pedas kering

Kalau korang ke Kota Tinggi jangan lupa singgah di kedai ini. Betul-betul dipersimpangan ke Kota Johor Lama. Memang best walaupun kedai dia tak berapa vogue. Kalau nak datang make sure sebelum jam 11 pagi. Jam 12 dah habis dah. 

Isnin, 20 September 2010

INAPDESA, FELDA SEMENCHU, JOHOR

Semalam, jam 2.30 pagi aku dan kawan-kawan tiba di sini. Penat sangat dan ditambah pulak dengan tak ada mood untuk outstation kali ini. Sekali tiba dirumah INAPDESA ini, segala mood kerja dan mood berjauhan dengan orang-orang tersayang kembali dalam diri. Hihihi rumah cantik. Jam 8 pagi aku sudah kalut ribut. Mesyuarat jam 11 pagi hingga jam 3 petang. Makan tenghari pun sudah lewat petang.

Untuk memujuk hati kami, MD dan COO membawa kami makan-makan di BUJANG FIRE FLY. Seafood yang sedap. Hehehe berbaloi jugakan. Dapat juga kami menyusuri muara itu untuk melihat kelip-kelip. Memang cantik. Tetapi lensa aku ini tidak dapat merakam gambar kelip-kelip. Esok kerja masih macam hamba abdi. Tapi hamba abdi kelas atasanlah.







Jumaat, 17 September 2010

AKU & FELDA SEMENCHU JOHOR

Aku dan kawan-kawan seramai 11 orang telah ke FELDA Semenchu semalam. Naik van NISSAN URVAN syarikat amat menjengkelkan. Laju memanglah laju tetapi kerusinya hanya paras-paras bahu saja. Aku dan kawan-kawan sakit tengkuk. Sampai sekarang sakitnya masih terasa. Lain kali akan ku senarai hitamkan van ini dari kenderaan untuk perjalanan jauh kami.

Perajalanan selama 6 jam dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang merupakan perjalanan yang amat menyeksakan. Lepas saja bermesyuarat, kami meninjau tapak hingga jam 6 petang. Perjalanan balik pula merupakan PENYEKSAAN MELAMPAU. Mamat yang kakinya berbau tu ada sama. Dan aroma bau-bauannya amat memualkan seisi van. Sepanjang perjalanan aku terpaksa membuka tingkap untuk menahan dari isi perut aku terkeluar secara automatik walaupun kami memasang aircond tahap daging dingin beku. Menyumpah pulak aku dalam hati. Masa makan dia sentiasa mahu berdekat-dekatan dengan kami. Aduihhh sungguh tidak cool.

Ini adalah gambar terbaru dengan D90. Hehehehe. Tapi kena tambah battery grip untuk keselesaan berganda. Hahaha hujung bulan aku akan membajetkan peruntukan untuk itu, walaupun harganya cuma RM499. Tetap akan ku CLAIM MA... mana boleh pakai duit poket sendiri. Oh ya, aku terpaksa mengumumkan yang D90 itu adalah harta aku sebab, aku tak mahu orang lain menggunakannya. Eleh dorang bukan reti nak memakainya pun, kalau beri pinjam harus jahanam. 

Khamis, 16 September 2010

KERJA, AKU & FELDA SEMENCHU

Hari ini aku masih bergedik-gedik di pejabat menyudahkan laporan program gotong-royong dan majlis berbuka puasa tempohari. Tahap pecah kepala juga. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi. Aku masih mengadap pc menaip laporan yang ayatnya sudah mulai tumpul kurang berbisa. Aduihh aku ketandusan idea.

Jam 6.30 pagi nanti aku harus bergerak ke FELDA Semenchu untuk membuat tinjauan awal. Mujur juga aku tidak perlu memandu untuk ke sana. Kabarnya perjalanan ke lokasi itu memakan masa selama lebih kurang 5 jam. Mak aihh. Harus panas pungung aku ni. FELDA Semenchu, Kota Tinggi telah dinobatkan sebagai FELDA tercantik di negara ini. Baru-baru ini FELDA ini telah dianugerahi dengan wang tunai RM1 JUTA. Wahhh hebat-hebat. 

Sedikit tentang FELDA ini. Terletak 42 kilometer dari daerah Kota Tinggi menghala ke pusat peranginan Desaru di dalam negeri Johor Darul Takzim. Di bangunkan dalam tahun 1972/73. Kemasukan peneroka bermula pada September 1977 sejumlah 628 peneroka yang datang dari berbagai negeri.

Asal-usul nama “ SEMENCHU”. Mengikut cerita, beberapa orang petani cina telah menanam pokok “ MENCHU” dipinggir sungai tersebut, dimana pucuknya dibuat gambir. Nama “ FELDA SEMENCHU “ telah digunapakai bersempena nama sungai berkenaan. Kesan-kesan perkampungan orang cina masih terdapat di pinggir sungai yang masih kekal di sempadan ladang sawit sehingga sekarang.

Aku sudah dapat D90, walaupun pejabat yang punya. Harus aku bergaya sakan. Hahaha. Tunggu gambar-gambar terbaru aku ya... I LOVE NIKON !

Selasa, 14 September 2010

AKU DAH KERJA

Aku sudah memulakan rutin kerja seperti selalu. Balik pun masa pejabat cuma tinggal group aku saja. Yang lain, nampak saje Dato' tutup pintu bilik masing-masing dah berkemas-kemas untuk balik sama. Aku masih menyiapkan laporan-laporan program gotong-royong tempohari. Pagi-pagi aku sudah dibasuh oleh Dato'. Kene sindir tahap gaban. Aduihhh

Dia tak suka aku duduk belakang-belakang kalau dia di depan. Dia nak aku sentiasa membantu dia. Yelah BOSS. Aku ku ingat sampai mati. Rupa-rupanya dia nak aku menyibok sama dengan dia kalau dia duduk di atas stage. Dia ada nasihat kalau nak menyibok biar bertempat. Jangan time dia bersosial kita menyebok. Harus makan kasut. Hahahaha

Aku mencuri snap gambar Idham masa raya pertama ituhari. Duduk menongkat lutut sambil matanya menyorot laut lepas. Nampak sunyi dan sayu saja. Mesti dia rindukan ABAHnya. Yelah kalau aku berada ditempat dia, aku pun akan merasa perasaan yang sama. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan disisi orang yang dikasihi ALLAH swt.

Sebelum balik ke Shah Alam semalam, aku sempat menziarah pusara 3 orang yang aku kasihi. Pusara Embah wedok masih begitu. Dalam keadaan yang memilukan. Bukan maksud aku untuk menyuruh dihias dengan mozek mahal. Biarlah ia diselenggara dengan baik. Kalau masih ada nyawa pun anak-anak jarang sekali menziarah dia, apalagi sudah tinggal nesan saja ye tak. Suka hati kalian lah. Ni aku nak ingatkan. Sebagai anak HARGAI orang tua kita. Setiap kali dia berdoa, doanya mustajab. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku, aku tengok tak kemana senangnya pun.

Isnin, 13 September 2010

RAYA 2010

SELAMAT HARI RAYA. Bila dah berusia begini sambutan hanya seronok bila dapat berkumpul dengan adik beradik di bawah satu bumbung. Meriahkan rumah orang tua yang selama ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Hmm Raya pertama sudah menjelajah hingga ke Sekinchan, rumah nenek di tepi laut. Balik saja sudah berpantang. Ceret beret sungguh menyeksa zahir batin. Hahahaha seisi rumah berebut toilet. Mujur juga rumah mak ada 2 toilet.

Kawan-kawan aku tiada yang datang menjengah pun. Tak apalah kan. Kawan-kawan adik aku dan sanak saudara punyalah ramai yang datang. Aku jadi pembantu dapur sajalah. 

14 September aku sudah masuk pejabat dan bekerja seperti biasa. Lepas ini kami akan ke Johor pula. Menyambung semula program-program yang diberhentikan bersempena dengan bulan ramadhan tempohari. KERJA terus KERJA. Selagi hayat dikandung badan. Nanti miss soru pulak. Hahaha ayat-ayat penguat semangat tu. Sebenarnya aku tak ada mood nak bekerja. Cuti ini aku balas dendam dengan tidur lena. Hmm entah bila dapat bermalas-malas seperti ini lagi. Masa inilah baru terfikir, kalaulah aku ada laki yang SENANG tak perlulah sampai JUTAWAN, harus aku duduk rumah saja. Menghabiskan duit dia yang ada. Hahaha niat sungguh JAHAT. Patutlah tak dapat kihkihkih