Isnin, 30 Ogos 2010

GOTONG ROYONG DALAM LAPAR

Hari ini, kena menghadiri mesyuarat dengan penduduk setempat di kampung. Merealisasikan hasrat Chairman dengan mengadakan Program Gotong royong Perdana yang melibatkan 100 buah FELDA Seluruh Negara. BOLEH tak BOLEH belakang kira. BUAT TETAP BUAT. Dan Pelancarannya di Felda Gedangsa. Naik gila aku bekerja untuk itu. Ada juga yang ngelat-ngelat balik awal. Hampeh maksima. Kami ni balik jam 12.30 malam tak merunggut pun.

Pagi tadi nyaris terbabas sahur. Sempat terjaga 10 minit sebelum waktu sahur habis. Hahaha sempat minum air dan makan kurma saja. Dan yang 'tu' jugak. Hehehe nasib baik kan. Hmm kepala sakit pulak.

DUIT RAYA

Orang-orang GOMEN semua dapat HABUAN RAYA tahun ini walaupun hanya RM500. Mak Bapak aku pun dapat jugak walau hanya RM350. Aku ini bekerja dengan SWASTA yang kaya raya. Memanglah dengan GAH bagitahu dapat habuan raya separuh gaji bulanan. Tapi ada pakej pulak, 'pilih bulu'. Kalau ikutkan Chairman rasanya dia tak kisah sangat dengan habuan raya ni, dia bayar saja. Tapi yang mencadangkan ni, kenapalah BANGANG SANGAT. Owh ye dia tak perlu membeli apa-apa pun untuk RAYA ini, semua orang SEDEKAH SAJA. Duduk pulak SEBATANG YANG KARA, duit RAYA banyak-banyak pun buat apakan. Itu pasalah dia tak fikir nasib kakitangan dia

KIBARKAN DENGAN BANGGA-JALUR GEMILANG

Selamat bercuti di hari MERDEKA kepada semua sahabat. Luangkan masa untuk memasak hidangan berbuka. Aku sudah tiada kesempatan untuk itu. Terasa rugi amat. Ini pun aku masih dipejabat. Menyudahkan kerja yang amat memeningkan kepala. Esok aku akan kembali mengadap PC ini seperti hari cuti yang selalu. Aganya memang inilah saja aktiviti untuk prang bujang yang masih tidak punya PACARAN. Cari duit huhuhu. Tadi menu aku berbuka dengan roti canai dan radix dikedai mamak yang selalu ku kunjungi. Hahaha itu pun setelah mengintai dari jarak jauh dan kawan-kawan pejabat pun sudah mengesahkan, ya yang tebar roti canai tu orang melayu. Hahahah.... mamak roti kosong satu. Bukan memandang rendah kaum itu, cuma tekak aku ni, asal nampak orang hitam dan berbulu banyak mulalah kembang-kembang. Jangan berkecil hati dengan aku. Memang ini adanya aku.

Kalau ada pakwe pun aku harus menyiasat tahap ketebalan bulu romanya. MAU DIPAKAI LAMA MA. Anyway sekali lagi aku ucapkan selamat hari MERDEKA. Marilah kita belajar memerdekakan diri dengan seribu macam yang membelenggu. MERDEKA ZAHIR & MERDEKAKAN BATIN. 

Selasa, 24 Ogos 2010

HARI YANG INDAH

Baru hari ini aku berpeluang untuk menulis di dalam blog sendiri. Yelah setelah berhari-hari terpaksa melupakan kegilaan diri. Pejabat baru telah beroperasi. Cuma beberapa kemudahan yang basic tiada lagi. Kalau sebelum ini hampir semua kemudahan basic memang tiada. Wahh haru betul ya. Alhamdulillah hari ini aku sedikit lega. Banyak perkara telah berjaya aku sudahkkan. Dan ganjarannya hihihi inilah masanya untuk menulis dengan aman damai.

Aku telah pulang ke kampung hari Jumaat lalu untuk meninjau tapak lokasi program gotong royong PERDANA, yang akan diadakan pada 8 Sept nanti. Aku sempat mengambil gambar di beberapa kawasan yang strategik untuk tujuan itu. Aku juga sempat mengambil gambar Tanah Perkuburan Islam Gedangsa. Aku tak jumpa pusara Kak Ati. Ehh lain benar pula kawasan itu.

Masa aku berdiri ditengah-tengah kawasan perkuburan itu, aku memandang hilux dan 2 rakan yang berada di sisi kenderaan kami. Aduih mak jauh amat pulak mereka dari aku. Aku jadi takut sendiri, seolah-olah kepungan batu-batu nesan sedang cuban menghalang aku pergi. Ishh, menakutkanlah. Malam itu, aku sepatutnya menghabiskan laporan yang aku buat dan semestinya aku akan memasukkan gambar-gambar yang aku snap tadi. Mengenangkan ada gambar kubur di dalamnya. Aku tidak berani untuk mengetik folder yang tertulis 'Gambar Gedangsa'. Hahaha dasar PENAKUT.

Program Gotong Royong PERDANA bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Semua WARGA GENERASI FELDA adalah dijemput hadir untuk meramaikan majlis.Harap-harap dapat berkumpul dan berjumpa semula dengan anak-anak peneroka FELDA GEDANGSA. Terutamanya teman-teman sepermainan masa aku kecik-kecik dulu. Main galah panjang, polis sentri, baling tin dan lain-lain. Huhu harap-harap juga bersua semula dengan MANTAN boyfriend lama. Hahahaha. Tak tahu nak ber riaksi macam mana. Aku menghidar pasti dah.
   

Rabu, 18 Ogos 2010

PUASA KETUJUH & PEJABAT

Keadaan pejabat masih lintang pukang. Aku sudah seperti manager Admin pulak. Semua aku nak fikirkan. Manager Program dan aku sentiasa berkepit. Banyak idea dan pandangan dapat dikongsi bersama. Dato pula asyik memanggil untuk mesyuarat itu dan ini. Aduihh bila nak buat kerja kalau asyik bermesyuarat saja kan. Tadi meja ku sudah siap dipasang, tetapi masih tiada bekalan eletrik. Haru betul.


Masih huru hara.

Selasa, 17 Ogos 2010

PUASA KEENAM & SESI MOTIVASI DIRI

Dari pagi aku tak ada mood kerja. Tempat duduk pun masih tiada. Kabarnya esok baru mereka memulakan kerja-kerja memasang. BENGANG betul. Dari pagi aku berulang-alik dari Wisma ke Sec 9. Aduihh. Kering betul tekak. Tengahari sikit semua Unit Program kena masuk mengadap Dato'. Lama pula dia menyampaikan amanat dan sesi sindir menyindir. Aku cuma mendengar. "..........kita ini, kalau tuhan murahkan rezeki sedikit, jangan mudah lupa diri. Jangan ingat diri tu dah kaya sangat dan sombong. Pegang cakap saya.... kita ini hanya FAKIR yang sentiasa mengharapkan bantuan dari ALLAH swt. Jangan sombong......bla,bla,bla...."

Aikkk kata-kata itu seharusnya dinyatakan untuk siapa. Kami ke? adakah kami tergolong didalam orang-orang yang kaya raya...dan sombong. Anehh sungguh. Cukup halus bahasanya hingga kadangkala amatlah sukar dimengertikan. Barangkali dia hanya mahu kami mendengar luahan rasanya yang tidak mampu diungkapkan dihadapan orang yang dimaksud. Hmmm apa-apa sajalah kan. Aku sedang sebok meneliti keperluan pejabat daripada keperluan yang sebesar-besar, hinggalah yang sekecil-kecilnya zarah. Semua harus disenaraikan. Yang aku tak mungkin akan terlupa walau sepincing pun. AUTOMATIC AIR FRESHENER. Aku nak order 10 buah untuk setiap sudut. Huhuhu

Ahad, 15 Ogos 2010

PUASA KELIMA & PASAR MALAM

Pejam celik-pejam celik dah lima hari umat Islam disini berpuasa. Aku saja baru setengah hari. Hmm jenuh le aku ni nanti.  Hari ini baru terasa meniaga di pasar malam ni penat melampau ya. Tangkap pinggang dan sendi mendi segala. Mujur juga orang tak ramai, aku tiba-tiba diserang FLU. Sungguh tak selesa. Balik pasar terus bermandi-manda dan bermalas-malas atas katil. Wahh seronok betul.

Esok aku masuk pejabat baru tu. Nampaknya aku kena standby bantal kecik untuk alas duduk. Maklumlah, meja aku tak siap-siap lagi. Duduk bersila sajalah aku ni sambil mengadap laptop. Menyampah betul. Boss-boss semua dah dapat bilik dan meja sendiri, boleh lah mulakan kerja masing-masing yang eksekutif ni nak buat apa aku pun tak tahulah. Main batu seremban dan congkaklah agaknya. Tapi kalau boleh best jugak kan.

Sabtu, 14 Ogos 2010

PUASA KEEMPAT & KES BUANG BAYI

Hari ini aku dan pembantu setia aku tu kena standby kalau-kalau TANSRI aku tu memetik apa-apa pasal FELDA. Nasib baik GM baru tu suruh aku standby di WISMA saja. Kalau di Sec 9 nampaknya aku kena menahan nafaslah. Si kaki berbau bangkai tu, siap bermalam di pejabat baru tu. Kunci pintu tak ada dan barang-barang berharga kami tu sudah sampai di sana. Ha tulah, orang biarlah 'work smart jangan work hard' kan dah tak karuan. Lepas tu meratap-ratap macam hampeh. Cehh

Sekarang ni dah selalu sangat orang buang-buang anak ya. Semakin dekat dengan KIAMAT semakin itu manusia hilang akal warasnya. Macam kebanggaan pulak, kalau pernah ter'toot' tu ya. Masa buat nak berlazat-lazat saja dah jadi budak boleh pulak buang-buang macam tu. Napalah tak nak bagi saja dekat orang yang tak ada anak. Tahu malu pulak. Ishh apalah nak jadi ni ya. Ishh risau betul. Aku ada 5 orang adik perempuan lagi, tapi yang dua terakhir tu amat memeningkan kepala. LINCAH semacam jer. Kalau aku sound pandai pulak tarik muka PROTES. Aku ni nasib baik saja dah tua dan tak larat nak garang-garang. Kalau aku masih muda dulu, aku rasa dorang tak berani nak melincah-lincah. Sekarang ni aku cakap saja tapi tangan tak sampai punya, tak sampai hatilah. Terutama kalau adik yang bongsu tu buat hal. Kalau dia meminta apa-apa dan tak dapat, tengok muka dia. Kalau payung tu boleh sangut kat muncung dia memang elok gantungnya, sah-sah tak jatuh.

Macam mana PEMBESAR kita nak bendung masalah sosial begini. KESIAN, penyumbang terbesar adalah orang MELAYU YANG ISLAM. MALU AMAT kan. Kalau rasuah tu dengan GAH dorang nak tangani. Tapi BAB ZINA-MINA ni macam tak ambik peduli saja. Apa dorang pun bersetongkol ke. Makin dikorek cerita, semakin banyak yang terbuka. Huh biarlah muka tak cantik dan tak ada orang nak asal tak terjebak. SADIS SUNGGUH

* semua gambar tu aku upload dari internet, sebab aku tak pernah terserempak dengan orang yang buang bayi, BUAT BAYI lagilah tak pernah. Hahaha 


Jumaat, 13 Ogos 2010

PUASA KETIGA & PINDAH

Aku sudah masuk pejabat tadi. Tak nampak pulak si tong kosong tu. Dengarnya dia nak buat meeting di pejabat baru sec 9. Hahaha orang tengah huru hara dengan barang-barang yang tak tahu nak letak dimana pun ada hati nak tunjuk taring. Kui kui. Kitaorang datang sekejap di pejabat baru tu. Lepas tu masuk wisma balik. Sayang aku pada wisma ni. tiada tolok bandingnya. Ish napalah kena pindah ni.

Tong kosong dapat bilik. Haha memang sesuailah tu. Tak lah bingit telinga ini bila dia mula buka mulut untuk bercerita nanti. Pemindahan aku kali ini, tiada air mata. Sebabnya aku tidaklah jauh sangat pindahnya. Dekat saja dan masih berhubung sebab stationary dan lain-lain keperluan masih minta di wisma dan aku boleh menempel bila-bila masa saja kalau ada masa. Hahaha

Dan esok aku akan ke pejabat baru untuk menyusun barang-barang peribadi aku, itu pun kalau meja aku sudah siap tersedia. Haha tak pernah dibuat orang kena pindah rumah tapi rumah tu bumbung belum pasang. Hari ini dalam sejarah betul. Macam boss tu dah menyampah sangat-sangat tengok muka kitaorang ni.  

Khamis, 12 Ogos 2010

PUASA KEDUA & TIN KOSONG

Aku sepatutnya bercuti bermula hari Rabu tempohari hingga Sabtu. Tapi aku amat tak sedap hati bila ada yang berkata kami semua akan berpindah pejabat esok. Ehh pejabat yang di Sec 9 tu masih huru-hara, dengan wiring dan meja masih belum tersedia dan komputer pula masih tiada nak bekerja macam mana ya. Mahu tak mahu aku kena balik ke pejabat juga esok ni. Lepas Jumaat aku kena berada di pejabat. Bengang tahap maksima. Nak buat macam mana kan. Kena packing barang-barang segala.

Tadi aku beritahu  mak, alahai riak wajahnya nampak sedikit kesal. Aku ni jarang-jarang balik kampung, sesekali balik tiba-tiba jadi begini mestilah dia terasa. Sejak aku balik, kerja-kerja memasak aku yang buat. Mak pulak dah tak larat dah tu. Masa aku memasak tadi mak berbaring di atas sofa. Kasihan pulak tengok mak begitu.

Cerita panas pejabat aku itu memang amat menyakitkan hati. Seorang manager bersuara kuat tu, menunjukkan ciri-ciri akan terbuang tak lama lagi tu. Kalau dah tin kosong kalau boleh kawal lah sikit bunyian sumbang tu. Ini dengan gah mencanang kalau dia tiada kami semua mati. Hahaha sebelum dia mari kami ni masih bernyawa pun. "Nasib baik CEO baru tu masuk kalau tidak korang tak ada kerja, honeymoon ajalah kerja korang'. Perghh sapa yang tak buat kerja sebenarnya. Dia ke kami. Kurang ajar. Aku ni sudah menyaksikan banyak orang-orang macam ni kecundang dalam keadaan terhina. Ko tunggulah masa ko pulak. Haji tak haji, masa ko sampai nanti kitaorang gelak golek-golek beramai-ramai.

Nak tahu cerita sebenar kenapa dia mula bengang-bengang dengan aku. Ahad lalu aku terima satu sms dari dia. Dia bagi arahan supaya aku download lagu TEMAN SEJATI DAN KALAU KAU FIKIR KAU BOLEH untuk dia beri ceramah motivasi di Flamingo Hotel, Ampang. Siap suruh bawak laptop pejabat ke sana dan berjanji akan membelanja aku makan malam. Hahaha, yang aku ni pulak tak perasan yang dia suruh ke Flamingo tu pada hari Ahad, aku pulak ingat hari Isnin. Aku pun pergilah meniaga. Rupa-rupanya di buat miss call lebih 20 kali. Dah nak balik baru aku perasan ada miss call. Kebetulan dia menelefon semula. Terus tanya aku di mana. Aku pun dengan jujur cakap aku di pasar malam. Esoknya dia merunggut kutuk-kutuk aku. HELLO hari rehat aku, suka hati akulah nak buat apa. Yang dia suruh aku bawak reta pejabat untuk sokong dia buat MLM tu, bukan ke lebih BANGSAT.  Aku ni kalau hal-hal pejabat bertembung dengan pasar malam aku, aku boleh tolak lagi pasar malam. Tapi kalau dia punya personal, sori satu lori lah. Tak ada dalam kamus hidup aku. Setakat merasuah aku dengan belanja aku makan, hahaha aku makan kat tempat-tempat class dengan orang-orang yang class saja. Dengan TIN KOSONG, OPPS SORRY.  

Rabu, 11 Ogos 2010

HARI PERTAMA PUASA 2010

Hari  ini merupakan hari pertama umat islam di Negara ini menjalani ibadah puasa. Hehehe aku, awal-awal lagi dah raya. Berjaya berpuasa hingga jam 1.30 tengahari. Wahhh jadi tukang masak dan tukang rasa juga aku ni. Semua orang di dalam rumah ini berpuasa. Tergolek-golek aku tengok dorang siang tadi.

Kereta aku sudah pulih. Tiada lagi bunyi-bunyi pilu yang kedengaran di dalam enjin tua tu. Wah hari sabtu dah boleh bawa balik kereta tu. Boleh juga cuba memecut di hiway nanti. Saja nak pastikan sama ada enjin tertinggal ke tidak kalau aku menekan minyak melampau.

Tadi aku jadi tukang masak. Bakar ikan jaket @ ikan cencaru pais. Sedap. Kesihan juga bila tengok si Umairah sudah tahap-tahap nak pengsan petang tadi. Terpaksa didokong ke bilik air sebab tidak larat walau menganggukkan kepala pun. Ishh. Nak suruh berbuka jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Mahu tidak mahu tahan saja lah. Aku sekejap-sekejap panggil dia, kalau tidak menyahut aku mendekat dan menggerakkan badannya. Risau melampau aku ni. Yelah kalau tengok pada saiznya, alahai tak sampai hati betul.

Selasa, 10 Ogos 2010

DAH NAK PUASA DAH

Pejam celik pejam celik esok dah puasa dah ya. Huhu tahun ni aku tak meniaga jadi bermula esok sampai jumaat aku bercuti balik ke kampung menyambut puasa bersama Mak Abah dan warga Gedangsa. Wah best gile. Dah lama tak dapat buat begitu. Itu pun sebab aku tengok jadual Dato'. Dato pun cuti jugak, jadi aku pun menompang sama lah. Hahaha.



Kereta kesayangan aku berada di Kampung. Si Emi yang operate enjinnya. Setakat ini  sudah menelan kos sebanyak rm950. Nak tercekik aku rasanya. Nampaknya terpaksalah aku meminjam dengan cik ah long ni. Itu baru kos membeli barang-barang. Kos upahnya belum dikira. Kesian pulak tengok si Emi tu. Dah dekat nak raya kene berhenti kerja pulak. 

Oh ya, kami bercadang untuk membakar lemang lagi tahun ini. Maksudnya seminggu sebelum raya aku dah bercuti. Asalnya aku nak sembelih lembu yang ada tu untuk dijual dagingnya. Tapi rupa-rupanya lembu aku tu yang tinggal betina semua. Yang jantan tinggal seekor saja. Owh baru aku tahu. Hehehe. Nampak sangat tak pernah tengok lembu sendiri. 

Mengambil kesempatan ini, aku mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan yang dimuliakan ini. Harap-harap puasa kita tahun ini lebih bererti dan dirahmati ALLAH swt. AMIN. 

Rabu, 4 Ogos 2010

AKU SAKIT KEPALA

Hari ini tak dapat menulis panjang-panjang. Kepala aku sakit sangat-sangat. Tekak pulak rasa tak best. Seharian menghidu bau-bauan BANGKAI. Kalau korang nak mencium baum BANGKAI marilah turun tempat aku esok. Ada seorang MAMAT tu baunya mengalahkan bangkai AYAM MATI. Eyekk loya tekak aku ni kalau teringatkan dia. Waktu paling BEST lepas aircond dimatikan iaitu selepas jam 5.30 petang. Nak minum air di tempat sendiri pun tak selera de.

Macam mana ya, cara berhemah unuk menegu mamat tu. Macam ni ke 'Bro badan ko busuklah....'

Selasa, 3 Ogos 2010

PEJABAT BARU SEC 9

Aku masuk pejabat tadi. Tepat jam 9 pagi dah kena panggil mesyuarat dengan Dato'. Laaa lupa pulak aku. Ada 4 orang staff baru yang melapur diri Isnin tempohari. Ada seorang event manager baru masuk. Aku tengok orangnya biasa-biasa saje. Senyum sentiasa. Yelah belum kena marah lah katakan ye tak. Tunggu seminggu dua lagi ya. Dato' dah berpesan pada aku dan kawan-kawan yang biasa buat event. Jangan beri kerjasama dan buat masalah sikit biar dorang mengelabah. La macam ini punya boss pun ada ke. Mana pulak kitaorang nak buat dia cam tu kan. Kalau dia komited dengan kerja, mengapa pulak aku harus menyombong dan berniat tak baik kan. Aku tetap akan tolong. Hahaha alhamdulillah, ada juga orang yang sesuai dengan jawatan tu. Selamat jugak aku ni. Esok merupakan ujian pertama untuk 4 orang baru tu. Mendapatkan keahlian sebanyak 1k di UiTM Shah Alam. Dan kami tidak diturunkan langsung. Tengok jer sudah.

Aku berkesempatan membuat visit di office baru seksyan 9 tadi. Tak cantik lah. Macam pejabat lama di See Hoy Chan jer. Aku sudah update Dato' barkenaan progress renovation pejabat. Bukan untuk menganiaya sesiapa tetapi dia sudah mengarahkan aku untuk memindahkan semua harta benda Syarikat. Mahu tidak mahu aku terpaksa update dia mengikut cerita sebenar. Dia marah pulak dan esok dia sendiri akan turun. Pejabat baru itu masih tongang langgang. Kalau nak pindah 15 Ogos ni maacam terkedu-kedu juga lah. Tengok esok angin dia macam mana. Nasib tak baik, monitor pejabat baru ni akan bertukar tangan. Budak baru tu lembab maksima. Patut pun Dato' mengamuk dan jerit 'ko ni sekolah sampai darjah 5 ke 6?' Mak... kalau aku dah tak lalu makan seminggu dah nih. Balik dari visit tu sempat makan ABC di Seksyen 2, kedai rasa sayang. Wahh sedap gila ABC dia.

Adik aku si IKA tu demam pulak. Kesian dia dari jam 6 petang sms aku mintak aku temankan ke klinik. Ditambah pulak ada bintik-bintik merah di seluruh badan. Dia risau bukan main. Aku pun risau jugak. Bebudak dirumah ni walaupun sudah bekerja tapi masih dibawah jagaan aku. Aku ni kan PENGAWAS pada dorang. Ada apa-apa masalah Mak Abah mesti cari aku dulu. Kalau marah pun aku yang kena dulu. Si Fara pulak buat hal. Dia biarkan IKA balik naik bas sedangkan dia ke tempat kerja selalunya berkereta bersama. Wahh ringan je tangan aku ni. Patutlah dari tadi gatal je tapak tangan ni. Nak melempang orang rupanya.

Nasib dia baik, masa aku berangin tadi dia tak menjawap sepatah pun. 'Gua tengok dia makin kecik je bro'. Kalau tak haruslah kena sepak tadi tu.

Isnin, 2 Ogos 2010

FELDA JENGKA 7

Semalam aku sampai dirumah lebih kurang jam 10 malam. Setelah berada disana selama 6 hari, terasa sedih pulak untuk meninggalkan dewan orang ramai Felda Jengka 7 tu. Masa nak balik, sempat singgah ke rumah Kak Timah yang menjadi rumah hinggap Tan Sri. Makan nasi dagang di situ. Wahh seronok amat. Program kali ini banyak mengajar aku. Iyelah, gelagat sesetengah orang yang mengambil keuntungan melampau diatas kemurahan Tan Sri aku ini.

Sesetengah BOSS yang cakap saja kuat buatnya HAMPEH. Harap masej kegagalan DIA tu sampai ke minda Dato'. Walaupun kawan tidak semestinya boleh berkerja dengan baik kan. Kami kalau tak kena marah memanglah tak sah. Tapi tak apalah, aku kena marah pada pagi ahad tu pun bukan salah aku. Dato' pun tahu. Aku cuma jadi tempat dia meluahkan kemarahan. Program kali ini tiada reheasal sebab boss aku yang bersuara kuat tu, ikut dato' ke padang dan makan-makan. Dia memang begitu, makan first kerja kendian. MAMPUS betul. Kami pulak kadang-kadang bersarapan pagi pun tidak, selalunya makan tengahari merangkap sarapan jugak. Kadang-kadang yang lain pulak, sarapan pagi betul-betul dan malam nanti baru makan lagi. Teruk betul kan. 

 Kami dapat mandat baru daripada Dato' "lain kali kalau tak ada boss, korang lantik sendiri ketua dikalangan korang dan buat reheasal sendiri." ....'Baik Dato'. Nampak sangat kami ini kalau tak ada BOSS pun kerja boleh jalan. Aku nampak dia kena marah dengan Dato' di tepi padang. Toya gila muka dia. Hahaha padan muka. Aku stress sebab selalu kena menjawap bagi pihak dia kalau Dato' tanya apa-apa. Baik aku saja yang jadi BOSS dia kan? Sanggup memanggil aku kalau dato tanya apa-apa pasal program. Ada jugak aku menyorok masa dia kalut-kalut cari aku. Handphone pulak aku tak jawap. Handphone aku selalu hotline. Ish-ish. Aku dan kawan-kawan masing-masing muka macam janda meletop. Kusut masai dan tension. Makan dan tidur entah macam mana. Huhuhu, harap-harap lepas ini dia tak payahlah buat program. Biar saja kami yang lead. Huru hara hidup kami.
Lepas ini, kami akan sebok menjalankan program dengan pihak UNIVERSITI pulak. Program berbuka puasa. PM telah meluluskan fund sebanyak RM10b kepada pertubuhan kami. Wahh best lah kan. Dan kami kabarnya berpindah ke seksyen 9 pada bulan september ini.