Rabu, 30 Jun 2010

AKU ORANG ASIA

ASIA UNTUK ORANG ASIA ini slogan dulu-dulu. Masa mula-mula NIPPON menakluki MALAYA. Sekarang dan musim ini lain pula slogannya HANYA ORANG ASIA YANG AKAN SOKONG TEAM ASIA. Dikala RTM BENGONG tu tidak menyiarakan siaran langsung bola diantara PARAGUAY dan JEPUN, aku membuat gerakan solo ke kedai simpang layan bola dengan OTAI-OTAI Kg Melayu Subang. Duduk seat paling depan sebab aku nih kalau tengok tv tak suka bercermin mata. So nampaklah clear amat tadi. Hehehe
Aku memang puji pasukan Jepun ini sebab permainannya lebih baik daripada kumpulan asia yang lain. Pertahanan dan penjaga gawang sungguh hebat. Banyak juga tendangan sudut yang dibuat oleh Paraguay tadi, tapi semuanya berjaya dipatahkan dengan mudah sekali. Memang terhibur sangat aku tadi. Berjam-jam juga aku di kedai simpang itu tadi. Kalah pada tendangan PANALTI (5-3) cukup menyakitkan hati. Tapi tidak mengapalah, pasukan Jepun telah membuktikan kemampuannya. World Cup 2014 nanti sekali lagi aku akan menyokong pasukan ini tanpa JEMU. Akukan orang ASIA SEJATI. Hahaha

GWGF 2010

Aku masih menanti dengan sabar keputusan RASMI untuk aku berpindah ke pejabat di Shah Alam. Buat masa ini aku berada di sini secara tidak rasmilah. Membantu pergerakan pertubuhan ini untuk mendapat kepercayaan orang ramai, warga FELDA khususnya. Oh ya, aku sudah beberapa kali dipanggil oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru itu. Orangnya pada aku BAIK dan penuh dengan semangat. Kalau hendak meminta pandangan tentang  perniagaan yang baru bermula bolehlah merujuk kepadanya. Aku akan mencari peluang untuk mengembangkan ternakan lembu aku tu nanti. Dan orang yang paling sesuai untuk meminta nasihat adalah dia. Boss aku dulu tu Ketua Pegawai Eksekutif juga, orangnya baik amat tetapi itulah... dia tidak mempercayai YANG ESA. Mudah-mudahan ALLAH swt membuka hatinya semula.

Isnin, 28 Jun 2010

GERMANY BUKTIKAN KEMAMPUAN

Semalam lepas balik meniaga, sebok menekan remote mencari kalau-kalau ada disiarkan game diantara GERMANY dan ENGLAND. Hampehh. Tak ada pun. RTM sebok menyiarkan rancangan tarian yang aku sendiri tak tahu tarian apa. Malaysia BOLEH.. Tari menari tu kan lebih penting dari WORLD CUP.


Sebab tu MALAYSIA tidak layak ke untuk merebut PIALA KEGILAAN negara-negara di seluruh dunia tu. Nak hairan apa, FOOTBALLER MALAYSIA walau baru sekali turun padang merebut PIALA SUPER pun dah boleh bergaya-gaya manja di dada akhbar ataupun majalah. Pose pun ala-ala BAPUK dari Chow Kit gitu.



Semalam GERMANY berjaya memalukan ENGLAND dengan 4 gol berbalas 1. Ledakan gol bertubi-tubi itu sekali gus membunuh semua persepsi yang kononnya team ENGLAND yang dibarisi manusia glamour dan bintang itu akan muncul sebagai juara musim ini. Nampaknya ENGLAND meletakkan darjatnya jauh lebih teruk daripada pasukan KOREA SELATAN.Hahaha. Gol-gol hebat itu disumbangkan oleh MIROSLAV KLOSE 1 gol,  LUKAS PODOSKI 1 gol dan THOMAS MUELLER 2 gol. Hebat permainan dorang semalam. CAYALAH GERMANY.

AKU PUASA HARI INI.

Aku memulakan PUASA QADA hari ini. Kalau aku tidak memulakan hari ini entah bila pulak lah aku akan memulakannya. Aku harap hari ini adalah hari yang tidak berapa menguji kesabaran aku. Aku mahu pahala puasa aku ini 100%. Aku benar-benar berharap tidak akan ada orang yang sememangnya BODOH buat lawak BODOH hari ini. Harus dapat penampar laju tu kan.




Ahad, 27 Jun 2010

HARI YANG MENCABAR

Aku dan kawan-kawan berjaya menyudahkan tugasan  di dalam Green Hunt tadi. Soalan memanglah membunuh jiwa raga. Yelah, ganjarannya agak besar juga kan, jadi soalannya haruslah cukup menekan mentaliti setiap kami. Berulang alik juga kami tadi. Aku pun baru lah hari ini naik monorel. Gayat juga. Tetapi sebab dah berulang alik tu dah tak rasa apa pulak. Cuma PENAT MELAMPAU. Terkial-kial juga aku.

Aku tengok balik gambar-gambar yang sempat aku snap dalam kalut ribut tu. Cantik juga bandaraya KUALA LUMPUR ya. Patutlah ramai pelancong datang ke sini. Tapi tulah kenapalah kita ini tidak berusaha mengekalkan bangunan tinggalan yang pada aku cukup unik dan seni. Sebok membena bangunan pencakar langit yang gah diserata dunia. PAKAI DUIT RAKYAT TU. Tak perlu lah untuk berboros sakan dengan duit keringat rakyat tahap melampau. Cuba-cubalah ambil hati rakyat jelata yang ramai ni. Apa salahnya kebajikan rakyat dijaga. Orang kampung macam aku tak hingin bangunan mewah, serba sederhana cukuplah. Ini pilihanraya bakal tiba lagi, tak reti-reti ke? kerajaan juga yang untung bila rakyat mula mendoakan kemakmuran negara. itu pun kalau orang-orang kerajaan percayakan DOA  lah.

Perjalanan monorel daripada The Methodist Girls School ke hingga ke stesen Titiwangsa, kemudian menaiki LRT ke KL sentral dan berjalan kaki ke sekolah itu semula cukup melonggarkan sendi-sendi lutut. Cuaca pun panas amat. Aduihhh

Oh ya, kerajaan telah memutuskan untuk merobohkan bangunan PENJARA PUDU. Aku tak sempat snap sebab terlalu asyik mencari clue yang tersembunyi. Runtuhan batu-batu mencacatkan pandangan. Kesihan melihat ia dalam keadaan musnah dan menyimpan pilu sendiri. pada akulah itu satu lagi asset negara yang seharusnya disimpan untuk kenangan anak cucu kita kemudian hari. Tapi itulah, aku bukan ORANG BESAR.
Makanan pula pada aku tidak menggoda selera langsung. Ala-ala india vegi gitu. Aku tidak tunggu hingga penyampaian hadiah. Kata jam 3 majlis tamat tapi hingga jam 3 tadi penyampaian hadiah pun belum bermula. HANGIN betul aku. Apa lagi tahan teksi untuk ke pejabat ambil kereta dan balik ke rumah. Memanglah menjadi KEPANTANGAN aku kalau cakap 'sekejap  ya' tapi sampai 20 kali punya sekejap ko tunggulah sorang-sorang.

Aku cuma orang BIASA bukan VVIP tetapi masa pada aku amat berharga. Tidak kiralah siapa kita ini, walau sehina mana pun. Tiada siapa yang boleh membeli MASA.

"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

 

Sabtu, 26 Jun 2010

2010 GREEN HUNT

Pagi ini aku dan beberapa kawan Jabatan menyertai Green Hunt anjuran MENGO bermula kjam 8 pagi hingga 3 petang. Perjalanan menggunkan pengangkutan awam iaitu LRT dan Monorel.  Touch n go sudah ditambah isinya. Mudah mudahan perjalanan kami dipermudahkan. 

Makanan disediakan tetapi bekas untuk meletak makanan dan minuman harus dibawa sendiri dari rumah. Ini adalah salah satu usahan untuk mengurangkan hasil buangan sampah sarap didalam kehidupan kita seharian selain daripada tidak menggunakan beg plastik di hari Sabtu. Target semua tertumpu pada tempat pertama iaitu RM 5k. Perghh kalau lah aku yang dapat boleh juga adakan kenduri di kedai MERAH TTDI Jaya. Doa-doa lah ya, mudah-mudahan aku dapat ganjaran tu. Dan bisa menjamu kalian di situ. 

Terima Kasih Elizeberth Wong dengan idea bernas ini! Diharapkan akan ada lagi program-program seumpama ini dimasa-masa akan datang. Dan penyertaan daripada orang awam, aku harapkan akan MELETOP.

Khamis, 24 Jun 2010

PROGRAM SABTU INI

Dari semalam kawan-kawan corp comm aku cari aku rupanya. Huhuhu bermakna kehadiran aku masih dihargai lah ek. Dorang ajak aku mneyertai Green LRT Hunt yang akan diadakan pada hari Sabtu ini 26 June 2010.

Wahh macam best jer kan. Layan jerlah. Jabatan aku akan menghantar seramai 8 orang. Bermaksud 2 kumpulan. Kitaorang diarahkan untuk memakai t-shirt hijau. Kitaorang juga diminta membawa bekas minuman dan makanan masing-masing.

Hadiah memanglah best. Tempat pertama RM 6k wahhhh teruja amat. Eleh yang masuk bukan calang-calang orang tu. Pertandingan terbuka lah katakan. Tapi kalau menang alhamdulillah le. Aku belanja korang nanti.

WC2010

Ini jersi aku bersempena dengan WC2010. Hehehe jangan marah...walaupun abang KLOSE aku tu kene gantung dari games. Aku tetap bersamanya walaupun hanya duduk di tepi padang....Huhuhuhu

Aku ke klinik semalam dengan berat hati. Aku kan malas ke klinik. Tup-tup Doktor tu punyalah hensome tahap Arjun Rampal. Wahhhh menyesal tak pergi awal-awal lagi. Dia siap pesan kalau tak kebah jugak sakit-sakit aku ni, dia suruh datang lagi. Hehehe memang comformlah aku akan datang lagi. Walau pun dah ok. Auwww

Ahad, 20 Jun 2010

iCity Shah Alam

Sempat ke iCity semalam. Dikala badan ku seram sejuk sebab demam ku gagahi juga ke situ. Demi untuk mendapatkan gambar cantik....sanggup aku. Tapi tulah, orang ramai amat. Aku nak snap gambar pun ada yang langgar aku dari belakang. Tak pelah itukan tempat awam.

Tip kot nak ke situ. Hari berkerja dan selepas jam 12 malam. Aku tanya orang yang jaga tempat tu, 'tutup jam berapa?' dia kata tak ada masa tutup. Selagi ada orang kat situ.... layan. Tahap-tahap burung antu kan?. Tapi jangan ke situ selalu, nanti terlibat ngan gejala sosial yang negatif. Pada firasat akulah, akan datang situ adalah tempat paling strategik untuk orang yang tidak bermoral menjalankan kerja-kerja kurang asam. Lepak berdua-duaan di dalam kereta di tempat gelap. Hamboii
Ini antara gambar-gambar yang aku ambik. Tak berapa cantik sebab setiap sudut ada orang. Final world cup nanti nak ke situ lagi, bawak tikar layan bola.

Bulan suram cahayanya dikala neon berpesta pora.
















Sabtu, 19 Jun 2010

DEMAM TAK BAIK LAGI

Esok cuti wahhh best betul. Ingat nak layan bola sampai pagi, tapi apa kan daya RTM cakap tak serupa bikin. Hampehh. Kabarnya si KLOSE buah hati aku tu dilayangkan kad merah dan digantung untuk 2 games. Bermakna kalau ada rezeki dapat juga tengok dia beraksi lagi di semi final nanti. Alahai game yang berlangsung sekarang ini pun dia cuma membetulkan urat-urat kaki saja. Sempoi. Hidup JERMAN!!!

Esok kena bangun awal dan bersiap-siap untuk mengambil barang meniaga hari Ahad. Nak servis van tu. Kesian dia. Lanyak selalu tapi tak pernah nak layan dia lebih-lebih.

Cuaca sekarang tak bagus untuk kesihatan. Aku baru beberapa hari baik demam ni dh pening-pening balik. Batuk memanglah tak hilang-hilang. Rasa nak berus tekak ni pun ada juga. Ishh penyakit moden lah katakan. Kalau tak kebah-kebah jugak aku ingat nak ke klinik buat ujian darah. Takut ada denggi. 

Khamis, 17 Jun 2010

KAWAN-KAWAN JABATAN


Lokasi Taman Rimba Ampang. Ini antara rakan-rakan Jabatan Kualiti Air Ibu Pejabat kecuali yang baju lain tu. Namanya Syed (syed apa aku tak pastilah). Tidak sependapat tidak membawa erti tidak boleh bergambar bersama. Apa ada hal kan.

Jiwa aku tengah kacau gile sekarang. Kat pejabat dengan orang yang perasan bagus. Kat rumah dengan RTM yang tak menyiarakan game-game penting dalam musim WC2010. Hangin satu badan lah. Terutamanya bila team Jepun beraksi. Arghhhhhhhh

Aku masih menanti-nanti keputusan untuk ditukarkan semua ke WR. Buat special task The Big Boss. Sahabat yang membaca blog ini, mohon doakan mudah-mudahan segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya. Iaitu ditukarkan ke WR dengan mengekalkan seniority. Amin....


Isnin, 14 Jun 2010

WC 2010- I LOVE KLOSE



Cukup teruja dengan player Germany ni Miroslav Klose. Sebab tu jersi oren aku no 11 jugak. Hihihi

  • Date of Birth: 9 June 1978
  • Height: 182 cm
  • Shirt number: 11
  • Position: Forward
  • Current club: Bayern Munich (GER)
  • International Caps: 96
  • International Goals: 48
  • First international: Germany - Albania (24 March 2001) 

 Eleh tu kalau dia dapat score, i love u lah. Cuba dia tak dapat score. Nyampah lah. hahaha

Jumaat, 11 Jun 2010

AFRICA SELATAN VS MEXICO

Dari jam 8 tadi aku sudah golek-golek depan TV. WORLD CUP maa. Huhuhu. Walaupun kasut futsal aku dh bergantung selama setahun, cintakan bola dan futsal tetaplah membara. Rasanya kalau ada orang ajak aku dating, harus syarat-syaratnya lepas selesai game baru aku nak. Kalau nak juga dating, kat rumah saja sudah. Tapi harap-harap dia tak pakejkan Pak Imam sekali lah. Kang kene tangkap basah pulak. Ahakk..

Apa Pak Imam tak layan bola ke? kaki bangku jer yang tak suka tengok bola nih. Hahahaha

Tadi di pejabat aku sempat bertaruh. Untuk games Africa Selatan vs Mexico ni, aku sokong mexico. Sapa kalah kena belanja makan. Eleh apa ada hal. Aku berdua dengan kawan sorang lagi tu. Pakat-pakat tong-tong le kan.

Rabu, 9 Jun 2010

WED 2010 & MENJALA

Hari sabtu tempohari aku ke Taman Rimba Ampang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada usaha menyelamatkan alam sekitar dan sungai. Terhibur juga dengan gelagat sesetengah daripada kawan-kawan. 

Balik dari program itu terus memandu ke kampung. Rindu Mak Abah. Petang tu sempat juga aku memancing di parit Sri Kledang Estate. Tapi ikan tak mengena mata kail pulak. 

Tak puas hati pagi Ahad tu menjala dekat tempat yang sama. Bawak abah sekali sebab tak berani nak turun ke air kalau jala tersangkut nanti. Kemanalah  ikan tu semua pegi agaknya. Tak banyak pula, dapat jugak lah beberapa ekor anak selais bersaiz s. Menyampah tol lah.

Sayu betul hati bila tengok balik gambar-gambar masa aku menjala dengan abah. Abah tidah segagah dulu dah nampak uzur benar. Abah pun selalu lupa-lupa. Setiap kali dia call aku akan segera menjawap dengan sebaik mungkin. Biarpun apa yang dia tanya tu amatlah remeh. Aku tak mahu menyakiti hati dia. Kadang-kadang aku selalu tegur Mak bila mak marah-marah abah.
Itulah akrabnya usia dengan kita. Tak pernah menunggu barang sekejap pun. Aku pun tak perasan sejak bila abah nampak seuzur itu. Kadang-kadang menitis juga air mata terutama bila tengok dia makan dan minum. Ish-ish.

Ya ALLAH, berilah kesihatan dan rahmatilah kedua orang tua ku selalu.

Khamis, 3 Jun 2010

SOMBONG ADA HARGA KE?

Dalam kedingin pagi aku meredah kesesakan lalulintas di depan terminal 3 Subang. Masa nak mencelah-celah tu ada sebijik kereta waja tak mahu memberi laluan aku mencelah. Aku behenti betul-betul sebelah cermin sisinya. Beri laluan padanya. Eleh tak kemanapun. Bergerak beberapa langkah kura-kura kemudian berhenti balik. Aku memandangnya drivernya dengan muka tak puas hati. Mangkuk tahap MAKSIMA. Rugi sangat ke bagi motosikal melintas depan kereta tak cantik dia tu. Patutlah pun pakai WAJA make-up jer. Hahaha

Unit aku sedang bersiap-siap untuk membuat program hari alam sekitar di Bukit Belacan, Ampang sabtu ini. Aku macam tidak DILIBATKAN sahaja. Ramailah kawan-kawan lama dari pejabat corporat comm telefon bertanya. "Aku tak join lah" simple je jawapan aku. Huhuhu

Dalam hidup ini, setinggi mana tahap pendidikan korang walaupun Phd, Degree ataupun diploma tapi kalau tak ada hubungan baik dengan orang-orang yang berkepentingan dalam syarikat lagi bagus orang yang sekolah darjah enam tapi dikenali ramai. Jangan sombong sangat dengan sijil yang menjadi penyukat peperiksaan tu. Tak kemana pun. Dah lah sombong berlagak pulak. Kalau aku tak bersuara tadi, tak dapatlah bajet dan tak sudah kerja sampai esok. Untuk bantuan kecil aku tadi, aku diminta ambil gambar pada hari kejadian. Hahaha macam lah aku kebulur sangat nak pergi.

Oh yelah, dalam kubur kan sorang-sorang pastu kat dunia ni kira traininglah buat kerja sorang-sorang. Lepas tu, bila dah tak boleh buat mengelupur menyusahkan orang. Baguslah tu.




ESOK KEJE

Esok kena masuk office. Kekawan kat office sudah mula bermasej-masej cakap boring. Aduihh aku pulak jadi tak bersemangat nak ke pejabat esok. Tadi sudah berjaya menguruskan pengeluaran KWSP sebanyak RM 10k untuk rumah di Bukit Beruntung. Maksudnya lepas sebulan aku kene buat sekali lagi untuk tujuan bayaran bulanan pulak. Lepas ini aku sedikit lapanglah sebab tak perlu membayar RM302 setiap bulan. Hahaha itulah harga rumah di Bukit Beruntung yang tak berapa nak untung.

Ini gambar the big boss masa program APRWC di Sheraton Subang tahun lalu. Untuk tontonan umum sahaja.

Rabu, 2 Jun 2010

AKU CUTI HARI NI

Aku sedikit kecewa bila rancangan memancing di Dungun DIBATALKAN sebab BIG BOSS nak buat event pada hari yang sama. Aduihhh punah impian mencandat sotong. Tapi bila dah pasang niat kena diteruskan jugak. Cuma lokasi saja berbeza. TG KARANG. huhuhu. Aku sebenarnya ada impian nak cuba memancing belut. tapi mengenangkan dia tu macam encik Ular risau pulak aku tercampak joran bila mengena nanti. hehehe. Maklumlah aku pun bukan biasa sangat tengok belut tu.

Kalau korang nak tahu hari ini  aku cuti. Nak ke KWSP untuk menghantar segala dokumen yang diperlukan untuk mengeluarkan duit sendiri tu. Aku sebenarnya memang dah tak ada mood langsung untuk ke pejabat. Malas mengadap orang bodoh sombong tu.

Bunga kaembong

Dulu buga nih bukan main banyak kat rumah mak. Aku suka pecahkan buahnya untuk keluarkan biji benih. Bunga ni senang hidup. Tabur saja biji benihnya pun boleh. Dia ada banyak warna, putih, pink, purple dan ini yang merah. Bila snap gambar kombinasi warna hujau dan merah memang cun beb. Tapi kalau orang pakai baju merah seluar hijau boleh bikin gelak beb. hahaha nak tengok jom datang pasar malam hari ahad. Hahaha comform korang gelak beso.