Jumaat, 28 Mei 2010

RUMAH FELDA BERWAJAH BARU

Selamat bercuti WESAK di hari Jumaat. Kan ke bagus kalau hari sabtu berikutnya pun diistiharkan sebagai cuti jugak. Apalah yang dapat dibuat dikala otak dah set, nak cuti hari sabtu nak cuti hari sabtu!. Huh tiada anjakan paradikma langsung. Kalau bab yang lain tu boleh jer dibuat tanpa mendapat green light dari TAUKEH.
Aku baru saja sampai dari kampung. Walau pun cuti sehari, ku gagahi juga lah. Abah selalu sangat menelefon membuatkan aku serba salah kalau ada masa tapi tidak balik menjengah. Walaupun sekejap pun jadilah kan. Sempat jugak membawa Mak, Nurul,Umairah dan Ebi ke TF membeli periuk nasi dan dapur gas baru untuk rumah aku. Makan ice cream dikala panas terik memang best, tapi lepas tu ambik ko, AKU SAKIT TEKAK NI.

MAK RUNTUHKAN RUMAH FELDA.

Abah sebenarnya suruh aku balik untuk tengok kan rumah kampung yang hampir nak siap tu. Aku kan cerewet sikit, dia tak nak panas telinga lah tu bila aku pot pet pot pet kalau rumah tu ada yang tercacat nanti. Tadi pun aku dah sedikit marah. Mak buat loan FELDA 40K untuk repair rumah tu, tapi saiznya kecik sedikit. Tapi aku tengok mak pun macam tak kesah jer, baiklah aku diam. Nanti dia kecik ati pulak. 

Aku rasa akan datang mak aku akan alihkan pusat operasi bahulunya ke bahagian tepi rumah pulak. MAk aku kan JURUTERA TAK DITAULIAH hahaha. Daripada pemerhatian aku tadi, Mak kejap-kejap tengok bahagian sisi rumah. Lepas tu merunggut-runggut, tempat operasinya sempitlah, tak mesra pelanggan lah. Ehh lain macam jer pulak. Tak apa aku tunggu lagi 3 BULAN TENGOK.

Rabu, 26 Mei 2010

GOLF & KAWAN

Kawan tu bukan macam orang main GOLF. Di pukul bolanya melambung jauh, kemudian dicarinya balik. Dah jumpa dipukul lagi. Hargailah kawan-kawan yang ada disekeliling kita. Satu hari esok kita akan RINDUKAN MEREKA

Aku meminta kepada semua kawan-kawan yang membaca blog aku ini untuk mendoakan mudah-mudahan doa aku dimakbulkan NYA. Amin


































Sabtu, 22 Mei 2010

KERJA & HARI SABTU

Menyampah betul kerja hari SABTU ni. Malas jer bangun pagi tadi tu. Nasib baiklah setiap sabtu kena buat aktiviti luar pejabat. Tadi aku & kawan-kawan office ke Taman Sg Besi Indah, tengok orang cuci kolam simpanan air. Selama Hari ni aku tengok orang cuci kolam dalam gambar jer. Tadi nampak real punya.
Tapi aku tak naik lah. Biar orang yang jaga KOLAM tu naik. Terkial-kial juga TINI naik. Hahahaha

Sempat juga aku snap gambar bunga-bunga yang baru disimbahi hujan di sekeliling kolam tu.



































Khamis, 20 Mei 2010

UMAIRAH KENA JAHIT DIKEPALA

Tadi aku menelefon kampung. Mak cakap, 'umairah kena jahit di kepala sebab melanggar motor orang'. Perghh tahap-tahap jentolak jugak anak buah aku nih. Yang lagi sadis dia bukan berbasikal pun, dia jalan kaki masa nak ke kedai. Boleh pulak. Dah dia cuti sekolah untuk beberapa hari ini, si Ebi yang tak kena jahit tu pun cuti lah jugak sebab jeles ngan umairah yang cuti sekolah. Mama Umairah pun ambil cuti seminggu lepak kat umah. Mak cakap kak ida demam. Aikk dari ituari demam memanjang dia tu. Macam DENGGI jer lah pulak.

Ada-ada saja kan.

UMAIRAH & BASIKAL

Mak cerita kat aku masa nak pilihanraya ituari. Mama si Ebi belikan Ebi basikal baru. Yang bawak balik si Anun. Masa nak keluarkan basikal dari bonet kereta tu si anun cakap. 'Ini basikal Ebi mama Ebi yang belikan'. Umairah hanya tengok saja, dengan linangan air mata sebab dia sedihlah mama dia tak ada nak belikan dia basikal macam mama Ebi. Tiba-tiba 'jeng-jeng.....ini untuk Umairah' Anun keluarkan sebijik lagi basikal. Betambah laju air mata dia turun. Dia pandang anun 'terima kasih' dan menangis lagi. Mak aku pun nangis tengok dia macam tu. Ishh

gambar ini masa dia kecik-kecil. Alamak halus betul...





























Selasa, 18 Mei 2010

RINDU TAIPING

Sesekali WAKTU melewati lorong kenangan, aku terkaku diam, menghitung rindu semalaman yang tertinggal di sini.RINDU amat pada TAIPING. Ini antara gambar yang aku ambil masa di sana. Susah senang belajar mengawal kamera. Kena kutuk sebab kamera canggih amat tapi yang memetik shutter hanya budak baru belajar. DAH TU KO JELES?? hahaha terkedu mamat ISTANA BUDAYA YANG POYO TU. Mukanya bertambah merah bila kawan-kawan sekumpulan aku yang lain tu GELAK BESARKAN DIA.

GAMBAR, pada aku adalah sesuatu yang subjektif. Luas untuk disukat dan dalam untuk dimengertikan. Maksud aku mungkin pada dia hampeh, tapi pada orang yang memetiknya cukup cantik. Jadi tidak perlu untuk memandang budak yang baru belajar ni terlalu DUNGU. Itu pada pandangan akulah, pada yang lain aku tak pasti. Yang hari-hari pegang kamera tu tak semestinya PROFESIONAL bro!












Ahad, 16 Mei 2010

DAH SELESAI DAH

Walaupun banyak isu-isu berbangiit, alhamdulillah selesai sudah program itu. Pening dan letih juga. Hidup ku kembali seperti biasa. Mesti in tray aku penuh gile kat office tu. Aduihhh. Bosan pulak masuk office hairi ISNIN yek. Apa kata kalau aku mc jer. hahahaha
Cakap pasal mc, kawan aku tu masih lepak di DEMC demam denggi. Tak apa juga denggi kalau DENGKI. Hahahaha BALA betul tu.

Jumaat, 14 Mei 2010

MAKAM MAHSURI

Seminggu nih tidur pun tak menentu. Risau pun ada. Bukak balik koleksi gambar lama. Rasanya nak letak gambar nih lah. Gambar ini aku snap masa aku seminar fotografi di Langkawi. Aku tengok rata-rata siami datang jenguk kat makam MAHSURI. Yelah diakan asal usulnya dari sana. Mesti cantik dia nih. Kalau ada perempuan secantik dia ni lagi kat Langkawi,sah-sah si duda pendek tu suruh drivernya hantar dia ke langkawi seminggu sekali. MELAMPAU betul kan. GATAL TAHAP KRONIK.

Orang lain pun GATAL jugak tapi tak macam dia ni. Sebelum kejadian aku sekolah kan dia dulu, dia nak jugak bercakap dengan aku. Asal jumpa aku jer tanyakan cd gambar dia dengan budak tu masa jamuan hari raya CCD. Cehhh dasar JANTAN, tak sedar kedut dah melorot sampai lutut. Ada hati nak mengorat budak kecik lagi tu.

Selasa, 11 Mei 2010

JAWABLAH SALAM

Tadi terserempak dengan SI DUDA TUA YANG PENDEK dalam lif. Aku bagi salam dengan kuat sekali. Aku ingat malaikat pun terperanjat. Tak JAWAB dia, buat-buat pekak pulak tu. Hahaha baik tak payah letak bunting amalan mesra kakitangan tu merata-rata depan pintu lif. Baik buang jer kalau tak reti nak praktik kan. 

Lepas tu masuk pula SI BANGLA, sama jer bagi salam tak menjawab. HARAM AGAKNYA KALAU JAWAB SALAM STAFF YA?? ada tulis dalam employee handbook kot. Hahaha dah tua-tua nak mati, tulang pun dah retak seribu masih lagi tak reti menjawab salam. KESIAN BETUL. Patutlah syarikat tu rezekinya tak berkat, hilang barokahnya sebab hal-hal macam ni lah.


Hmm macam KETAM. SENDIRI JALANNYA TAK BETUL NAK AJAR ANAKNYA JALAN BETUL. Piiii rah


PERSATUAN ANAK-ANAK FELDA

PENING juga nak menghidupkan persatuan yang sudah bertahun-tahun menyepi. Aduihh. Bila WAHYU sudah turun, benda yang tak boleh pun kena dibolehkan.

Manalah aku nak cari ahli yang no telefonnya sudah tiada dalam perkhidmatan lagi. Bukan sedikit pulak tu. Hampir 500 orang. Perghhh 

Isnin, 10 Mei 2010

YANG MERAH

Yang MERAH. Biasanya sinonim dengan KEBERANIAN dan SEMANGAT. Tulah yang orang-orang cina suka sangat ngan kaler tu. Terutamanya dalam perayaan diaorang.

Aku pun suka jugak dengan kaler ni. Tapi ikut time lah. Kadang-kadang aku suka yang pucat-pucat. Tapi iu bukan tanda semangat aku pun MEMUCAT jugak tau.. Semua kaler aku suka.
Orang cakap kalau pakai baju kaler merah lepas tu lalu pulak depan lembu. Konform kena buat larian pecut ala-ala 100 meter gitu, sebab kena kejar dengan encik lembu. Betul ke? Huh entah lah. Orang melayu ni kaya sangat dengan pantang larang yang entah apa-apa tah.

Macam tak logik jerkan, tapi nak cuba membuktikan yang lembu tak kejar tak berani pulak. Hahaha. Aku dah tak larat nak berlari. Perut pun dah mula menambah beberapa inci. Kalau lari jigak nampak seksi lah pulak.

Aku sengaja meletakkan beberapa gambar yang ada kaler merah. Pada akulah kaler ini sangat cantik dalam gambar. Dulu aku suka WARNA PUTIH sahaja. Tapi lepas bermain dengan kamera ini, aku suka semua warna. Apa-apa yang aku tengok semua cantik dan seni. Pelik kan. Tapi kalau tengok orang tu tak hensome TETAP jugak lah tak hensome . Hahaha

Aku ingat kalau aku ada masa aku nak tulis dan kongsi cara nak kendalikan kamera SLR dan ambik gambar. Yelah dulukan aku dah pernah ke kursus dengan Angkatan Seni Foto Negeri Selangor sebanyak 2 kali. Rugilah kalau ilmu otai-otai ASFON tu tak diturunkan. Eleh aku bukan ingat pun, baca balik manual dia. Hahahaha.
 








Rabu, 5 Mei 2010

TERKENANGKAN RAYA

Gambar ini aku ambil masa raya pertama tahun lepas. Biasanya aku yang tetapkan ' RAYA TAHUN INI BAJU WARNA ........' tapi tahun lepas aku tak cakap apa-apa pun. Dah semua orang beli ikut suka. Hahaha macam bubur caca jer pulak. Haa aku nak kenalkan sebahagian besar keluarga aku. Setiap kali raya inilah antara ahli keluarga yang akan ada dirumah mak. MERIAH BETUL.

Dari kiri, pakai tudung hitam pegang lutut tu KAK IDA(mama si Umairah), MAK, ABAH, MAK MOK, FARA, AJIB (yang berjanggut kat belakang tu),ANUN(baju dan spek putih), FLORINA(adik angkat SABAHAN kami), IKA, KAK ILA (mama si EBI), ABANG MIE. Yang Budak-budak duduk kat bawah tu dari kiri IRSHAD (anak kak ida), NURUL(adik bongsu), HAKIM(anak kak ila),NANA yang menyorok sikit tu (anak kak ila), LISA depan si NANA tu(anak kak ila), EBI, UMAIRAH, IDAHAM dan yang dipangku tu IRFAN (dua-dua anak kak ida). Yang tak ada dalam gambar, aku, EMI, ELIN (bini emi), WANI (anak emi), IKRAM (anak kak ida) dan IZAHAM (jugak anak kak ida). Yang dah tiada dalam keluarga kami KAK ATI (kakak sulong aku) , SYARIFAH HANIM (anak kak ati) dan ABANG IMBRAN (suami kak ida).


Tiap-tiap kali RAYA mak nangis. Kitaorang pun nangis sebab tengok mak sedih macam tu. SOP kami lepas bersalam-salaman, kami biasanya ke pusara kak ati, hanim, embah lanang dan wedok. Pusara abang imb tak ziarah pun sebab jauh di Rawang, tapi kami titipkan doa dan al-fatihah selalu.
Kalau hanim ada, dia sebaya dengan Idaham, tingkatan 5. Dah anak dara. Tapi darjatnya terlalu mulia, bukan disisi kami tapi DISANA dekat dengan NYA.

 

Selasa, 4 Mei 2010

SEMALAM AKU EL

Semalam aku EL, buat pertama kalinya dalam tahun ini. Itu pun sebab ENCIK SCOOTER aku tu dah mula buat hal. Kadang-kadang rasa macam nak tukar lain jer. Tapi dah malas nak berhutang. Tahun ini adalah tahun untuk melangsaikan hutang-hutang yang ada. Kalau nak tambah pun. Sebuah LAPTOP APPLE dan sebijik NIKON D90. Hihihi

Semalam aku servis karburator, sekali jalan tukar minyak gearbox dan minyak hitam. terbang juga RM54. Tak apalah sesekali dia buat hal. Yang selalu aku gasak dia tu, tak hengat pulak. Nampaknya kena kerja lebih sikit aku ni. Nak cari duit beli 2 benda yang di atas tu. Aku ada plan nak refinance rumah Tg Malim yang aku sewakan pada student UPSI. Dalam masa yang sama aku nak keluarkan duit KWSP yang tak seberapa tu untuk bayar rumah bukit beruntung. Yelah duit dalam KWSP tu kalau tak diguna kot aku mati esok, wat gaduh adik beradik jer. Nak wariskan kat anak, aku tak ada. Tak akan nak bagi kekawan pulak. Itu tidak cool.

Hajat nak make up ENCIK WIRA tu nampaknya kena tunda untuk beberapa bulan lagi. Hati selalu bebelah bagi sama ada nak tukar baru terus atau simpan dan make up jer. Bulan Jun tahun depan dah langsai pun. Oh ya, Encik VANETEE pencari rezeki dah aku tukarkan tayar baru 2 bijik di depan. Dah sedap dah bawak jalan-jalan. Ada duit nanti 2 bijik yang belakang tu pulak. Untuk Vannette tu company aku blanjakan RM190. Hahaha. Minyak hitam belum tukar lagi tu. Ishh macam-macam hal lah.

Dalam tersedak-sedak tunggu duit gaji setiap bulan, banyak jugak asset aku nih ya. Huhu

Ahad, 2 Mei 2010

SELAMAT HARI BURUH

Kepada semua kawan-kawan aku ucapkan selamat bercuti bersempena dengan HARI BURUH. Korang buruh ker? ahakk BURUHLAH kan, buruh kepada.... hihihi

Tadi telah diadakan pertandingan futsal anjuran BN KOTA ANGGERIK. Aku pun apa lagi menyelit membakar otak-otak dan mengoreng keropok lekor. hahaha. Alhamdulillah best jugak incomenya. Cuma satulah aku selalu miss cuti-cuti yang berharga. Tak apalah lain kali aku bercuti dikala korang berkerja.
Oh ya, futsal tu diadakan di EXTREME PARK Shah Alam. teringat satu ketika dulu aku & team bermain FUTSAL disitu. Ada yang tendang bola, tapi kasut yang pergi, lagi best tendang bola tapak kasut dan bola terbang bersama. Hahaha macam-macam betul.

TAPI AKU NAK TEGUR SIKITLAH. Sikap sesetengah ORANG MUDA KITA. Tahulah penat main futsal, dah minum tu boleh tak cari tong sampah. Ini buang merata-rata, dah macam EN MONYET je lah pulak. Kat mana sedutan terakhir dibuat kat situlah cawan plastik & botol minuman itu tergolek. TAK BERTAMADUN betul. Ish-ish