Jumaat, 30 April 2010

PANAS SUAM PILIHANRAYA HULU SELANGOR

Aku sempat mengambil beberapa gambar peribadi sebagai kenangan masa pilihanraya ituari. Bukan selalu di daerah Hulu Selangor ada pilihanraya kecil seperti ini. 

Bermaksud orang yang memegang jawatan di daerah tu kenalah menjaga kesihatan dengan baik sekali. JANGAN TERMENINGGAL PULAK DALAM WAKTU YANG TERDEKAT INI. Tak pasal-pasal aku dan kawan-kawan kena berkempen lagi. Tapi tak apalah kalau dapat UPAH YANG TEBAL. Kempen baru-baru ini poket aku tidak setebal poket kawan-kawan di sana.

Aku mengundi di Bukit Beruntung. Disebabkan jalan masuk ke pusat membuang undi tu agak sempit dan sesak, aku mengambil keputusan berjalan saja dari simpang masuk itu. Kereta aku parking jauh-jauh sebab tak mahu ada orang menyekat pergerakan aku nanti. 

Masa berjalan tu, aku terdengan laungan dari seseorang 'SIAPA PANGKAH PKR DIA MAKAN BABI' Perghhh aku menoleh, kata-kata itu disuarakan oleh seorang PAKCIK MELAYU & ISLAM yang rasanya sudah bercucu sedozen. inilah contoh yang baik untuk anak dan cucu mereka. BAGUSLAH TU. Masa aku mengambil gambar dia, dia sempat lari ke belakang. TAK KAN MALU PULAK YA. TAK MACHO BETUL.

YANG MELAYU ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI YANG KAUM LAIN TU BERTEPUK TANGAN. Haa bagus sangatlah tu.

Masa nak keluar tu POLIS menahan aku kerana aku membawa kamera masuk ke tempat pengundian. Sapa suruh tak lekat sticker KAMERA TIDAK DIBENARKAN MASUK. BANGANG BETUL. Cakap macam-macam pulak. Aku naik angin. Manalah aku tahu, dah tak dilekatkan sticker dan polis pun tak cakap apa-apa masa saya masuk tadi, lepas tu nak marah aku pulak. WAK LU... Yang muda tu tak ada hal. Tapi yang tua tu BANYAK CEKADAK PULAK. Rasa menyesal pulak aku tak ambil gambar dia.

Rabu, 28 April 2010

KPI JABATAN UNTUK TAHUN 2010

Mulai esok aku akan menyertai Encik BOS melawat 10 buah wilayah di dalam sesi taklimat untuk mencapai KPI 2010. Dah nak masuk bulan MAY dah pun, baru terhegeh-hegeh nak cakap pasal KPI. Huh. Sepatutnya dari bulan DEC 2009 lagi dah clear semua benda nih. Nak buat macam mana... BOSS ALWAYS RIGHT......

Selasa, 27 April 2010

PENAT MENDOBI

Baru selesai mendobi pakaian yang seminggu terperap. Mak aii banyak juga. Lain kali tak naklah simpan sampai seminggu. PENAT.

Hari ini ke pejabat dengan separuh lagi diri berada di rumah. MEMBUTA. Hehehe tadi balik tepat-tepat jam 5.20. Ingat nak membuta barang sekejap tapi hilang mood pulak. Terus ke pasar membeli barang untuk memasak. Tadi aku buat sambal kelapa makan dengan ulam daun selom.

Oh ya kandungan gula dalam darah berada ditahap bahaya. jadi aku sepatutnya sudah memulakan diet yang seimbang. Hihihi. Nak bersukan pun tak ada geng. Nak mendaki gunung tak kuat pulak. Tak akan setiap kali nak mendaki kena telah dadah kot. TAK POWER LAH.

Ha ini aku kenalkan. Yang duduk kiri sekali pakai tudung hitam tu si NURUL, kakak aku Kak Ila ataupun mamanya si EBI, yang kecik ditengah-tengah orang besar tu si EBI dan yang kanan sekali dengan muka sekupang tu adik aku RINA ataupun si Ebi panggil MAK MOK. Dah semua kawan-kawan sekelas Ebi kat sekolah pun panggil dia MAK MOK. Ishh2 kesian tol. Selalu jugak aku dengar dia marah Ebi kalau panggil dia cam tu. Tapi yang dia menyahut jugak tu sapa suruh. Hahahaha.
Agaknya dalam keluarga aku nih memang semua besar-besarlah. Aku tengah tunggu si NURUL tu GEMUk. Macam manalah rupa dia ek. Kadang-kadang aku tengok dia berdiet tak kena tempat. Tulah badan dia terperanjat tu, terus terbantut. Hihihi

Ahad, 25 April 2010

jiwa kacau

Baru balik meniaga, rasa nak tercabut lutut ni. PENAT TAK INGAT. Lebih penat menerima berita yang cukup meanyakitkan. Lepas tu mak aku pulak menelefon kau cakap PADAN MUKA. Adoi. Nasib baiklah yang provok aku tu MAK, kalau orang lain comform dah terjongket dalam parit.

Ini gambar NURUL UMAIRAH BT IMBRAN, anak buah aku yang bergaya dengan basikal baru. Hadiah daripada MAMA si EBi. Sedih aku kalau teringatkan cerita dia ini. Lain kali lah aku cerita. Aku nak berehat dan menenagkan JIWA YANG TENGAH KACAU.

HAMPEHH BETUL.

Selasa, 20 April 2010

BALIK KAMPUNG

22 - 25 April aku akan berada di kampung kerana DIARAHKAN bekerja macam PEKERJA AM RENDAH bergotong royong segala. Kalau diingatkan dengan markah appraisal yang selalunya kena potong tahap tak ingat, tak dapat duit raya TEBAL dan DIPAKSA BERHENTI KERJA. Rasanya memanglah aku tak HINGIN membantu. Tapi bila mengenangkan KEDUA ORANG TUA aku yang bersungguh-sungguh berkempen walaupun tak dapat apa daripada PARTI itu aku PERGI JUGAK.

Kalau nak dibandingkan pengorbanan MAK ABAH lagilah sedih daripada aku. Tapi diorang tetap menyapa DIA dengan manis dan menghormati dia sebagai MAJIKAN aku. Kalau ikutkan hati aku..... entahlah. Makin PENDEK DIA AGAKNYA. 

Oh ya aku mengundi di Bukit Beruntung, yelah sebab IC aku tu alamatnya dibukit beruntung. Pagi ahad tu aku singgah sekejap untuk mengundi sebelum ambil barang dan MENIAGA. Walaupun dapat RM50 pun alhamdulillah, jadilah. Daripada bergotong royong YANG DAPAT PENAT SAJA. MENYAMPAH BETUL. 

SEBOK BEKERJA

PENAT dan sakit kepala. Aku sedang merangka beberapa program untuk JABATAN. Itupun ada orang yang sudah mula kacau daun. Sekarang ini aku selalu menekun depan PC membuat slide presentation mengunakan Adobe Illustrator. Alhamdulillah, berkat try and error aku sudah dapat belajar serba sedikit tentang pengisian itu. Ada juga orang yang mula berminat untuk menciplak slide yang aku buat. Walhal dia lagi teror menggunakan pengisian itu. TAPI BIASALAH DIA MALAS.

Walau dalam apa kerja kita yang kita buat sekali pun kalau penyakit MALAS tu dah hinggap, tak menjadi punyalah. Sendiri mahu ingatlah ya.. Hahaha

Sabtu, 17 April 2010

HULU SELANGOR YANG PANAS

Bengang setiap hari boleh dikatakan dapat sms daripa 63660 mempromosikan calon yang nak berebut kerusi di kampung. Malas betul nak layan. Cubalah dalam sms tu tulis sekali 'setiap satu undian bakal mendapat wang saguhati berjumlah 500k' ke best jugak. Atau paling hampeh MELANGSAIKAN HUTANG PENGUNDI YANG MEMANGKAH CALON TERSEBUT. Barulah berbalaoi untuk semua orang. Ini lepas kita pangkah dia, dia kaya sorang-sorang. Yang memangkah ni dapat apa?. Sama jugak. Kena jugak bayar utang-utang kat BANK, road tax, lain lain-lain tax lagi. Itu belum lagi kena bayar extra untuk petrol yang tiba-tiba naik harga, gula, eletrik, bla-bla......dan sebagainyalah.

Ni SENYAP sekejap pasal GST yang PANAS tu. Hahaha orang sekarang dah makin bijak. Dunia tanpa batas. Ingat senang ke nak membeli pangkah orang. BILA ADA PIHAK YANG MEMPROMOSIKAN SECARA BERLEBIH-LEBIH. AKU MULA JIJIK DAN TAWAR HATI UNTUK MEMANGKAH.

Kalau nak jadi pemimpin rakyat, jadilah PEMIMPIN YANG SEBENAR. Jangan nak lepaskan TEKAK sendiri saja. Di sini bolehlah berlazat-lazat dengan kedudukan dan kekayaan yang ada. Esok kat sana, KORANG LAH YANG PERTAMA akan di BAKAR. HENDAK KE???

Rabu, 14 April 2010

KASUT OH KASUT

Baru saja semalam aku bertungkus lumus berkemas segala. Hari ini balik saja dari kerja dengan kepala yang berdenyut-denyut tengok kasut dah bersepak balik. Macam duduk dengan sekawan warga zoo pun ada jugak rasanya. Letih betul..

Dari selipar jamban, hinggalah ke kasut kerja semua tergolek-golek. Agaknya dorang ni dah biasa duduk dengan maid kot. Dari kepala sampailah ke kaki ada orang yang nak tolong tengok kan. BOSAN BETUL!!

Selasa, 13 April 2010

CUTI YANG LETIH

Hajat hati nak sambung tidur sampai jam 1 tengahari tadi terpaksa dilupakan. Hari ini aku rajin sikit berkemas. Dari dapur sampailah ke porch motor. Lepas hantar kawan baik ke WR aku terus sahaja membuang sawang-sawang, membuang kotak-kotak sarang encik jerry. Mengalih semula peti sejuk dan  sempat jugak aku mendobi. Hihihi.

Tak cukup itu aku menyusun kasut-kasut yang sorang sekali pakai 10 pasang, macam lipan. Pelik betul aku. kasut punyalah banyak tapi masih membeli lagi. Ishh-ishh
Sedar-sedar, ehh dah jam 2 petang. Mandi-mandi terus ke econsave membeli barang-barang dapur. Beras, gula, minyak masak dan lain-lain. Itu pun ada jugak yang terlupa nak beli. Garam. Kiranya hari ini merupakan hari cuti yang penatlah. Tapi tak apa bila tengok semula hasilnya aku cukup berpuas hati. Tapi rasanya  tak lama semua ini sentiasa kemas seperti hari ini. Yang tukang sepahkan balik ramai kat rumah ni. Kang kot tiba-tiba aku TERSAWAN, ada pulak yang terkecik hati. Malas nak cakap lah.. Cuti lain hari aku nak mengecat pulak lah.

Isnin, 12 April 2010

HARI YANG LETIH

Hari ini meniaga di pasar malam terasa letih melampau. Disebabkan cuaca yang panas tu kot. Tadi banyak jugak minum air berais. Air mata kucung plastik besar RM2. Air jambu batu RM1. Air masak yang di tapau dari rumah tu dah 2.5 liter rasanya. Tapi minum  berdualah, Kalau sorang-sorang minum banyak-banyak takut ngompol malam.

Nasib baik esok aku cuti rehat. hihihi. Boleh sambung tidur sampai jam 1 tengahari, HOREY. Jangan jeles!

Oh ya tadi ada orang offer meniaga di EXTREME PARK Sec 13 Shah Alam. Bersempena dengan cuti hari buruh pada 1 May nanti. Ada pertandingan futsal di situ. Wahhh aku berminat sungguh. Alhamdulillah kami dimurahkan rezeki.

Ahad, 11 April 2010

KEDAH vs NEGERI SEMBILAN

Sempat menonton perlawanan Akhir Bolasepak tadi. Paling sakit hati bila kalah dalam panalti kan.Sungguh tak berbaloi. Pada akulah kalau panalti ni kira nasib-nasib jer. Tak apalah KEDAH cuba lagi tahun depan.
Tak sabar rasanya nak tunggu WORLD CUP 2010. Dah bearcadang nak cuti masa final game nanti. Harap-harap TEAM dari Asia boleh beraksi hebat nanti. World cup yang lalu Team Jepun main HEBAT juga. Tengah tunggu Team Malaysia melayakkan diri. Ada ke? Ada kot, ntah 10 tahun lagi kot. Hidupkan semula kegemilangan zaman Mokhtar Dahari.

Aku nak pencen main futsal, umurpun dah menghampiri carta 40 rasa lain macam pulak. Sekarang dah mula rasa sakit-sakit kepala, tegang urat belakang kepala ni. Darah tinggi pun dah ada. Dah tiba masa untuk berubah. Dan aku sepatutnya dah mula berjinak-jinak dengan ahli persatuan surau. Hihihi   

Sabtu, 10 April 2010

MONTAGE

Seharian sebok menecuri-curi masa membuat gambar hadiah ulangtahun hari lahir sepupu kawan baik. Susah jugak kalu tak ada photoshop dan illustrator di rumah. Nampaknya kena fikirkan cara untuk mendapatkannya ni.

Kalaulah setiap kali sabtu, pihak syarikat wartakan sebagai cuti rehat, alangkah seronoknya hidup.


Montage yang aku buat tu tak dapat nak upload sebab kesilapan teknikal. Ini adalah sebahagian saja daripada gambar yang aku gunakan. Huhu

Jumaat, 9 April 2010

APA YANG KORANG BUAT?

Seksi betul tajuk diatas tu kan. Sebenarnya itu cuma gimik. Semua ini aku belajar daripada suratkabo tempatanlah. Tajuknya cukup memeranjatkan seluruh jantung, cerita di dalamnya, alahaiii hampeh jer.

Sebenarnya aku nak letak APA YANG KORANG BUAT BILA SAJA TERSEDAR DARI TIDUR(PAGI sebab ada jugak yang tidur dari pagi membawak malam). Dalam dunia ni ada 1001 macam jenis orang, bermaksud bermacam lah ragamnya. Kali ini aku cuba menyenaraikan tabiat kita bila bangun pagi. Jom, cekikdaud (check it out). hihihi

Tengok Jam/handphone
Dah korang setkan alam akan berbunyi pada jam 6.45 pagi, dah tentu-tentulah jam 6.45 pagi yang dia berbunyi tu. Itupun nak tengok lagi. Lepas tu boleh pulak lelap 5 minit lagilah. dah tu 5 minit lagilah, pastu 5 minit lagilah. Betul tak???

Seterika baju
Malam tadi dah malas nak seterika jadi pagi-pagi lah kena seterika baju. Kalau nasib tak baik blackout. Alamatnya pakai jeans dengan t-shirt saja lah. Itu pun kalau boleh. Hehehe

Tadah air dalam baldi
Masa aku sekolah rendah dulu, cukup malas bangun pagi. 6.30 mak aku dah pot pet pot pet bangun-bangun dah pukul 7 setengah ni. Sekali kalang kabut bangun tengok jam baru 6.30. Pandai dia tipu aku. Apa lagi dalam bilik air sambil menyangkung tunggu air penuh dalam besen aku sempat lelap. Sekali kena jerit pulak, "Apa lagi yang ko nak jampi-jampi air tu, MANDI!

Barie A.K.A Buang air besar
Bagus kalau ada tabiat ini. Lawas lah kata orang. Sistem usus besar berada di dalam keadaan baik dan terkawal. Banyak makan betik pun boleh jadi juga. Tak pun makan saja JERING. Tentu-tentu korang tak sempat sampai pintu toilet. Hahaha

Kemas bilik tidur
Aku memang selalu buat menda ni. Walau pun aku ini bujang tapi kemas tetap kemas. Cuma kadang-kadang adik aku yang shift malam ni suka lanyak tilam aku. Lepas lanyak tak reti-reti nak tegangkan cadar pulak. Tu yang kalau balik rumah tengok tilam dah kendur-kendur jadi hangin satu badan tu. Nyampah lah.

Solat subuh
Dah mandi-mandi tu wudhu lah sekali, boleh terus solat subuh. Kalau dah terlambat, tu yang jadi subuh gajah tu. Ehh macam biasa jer.

Bersiaplah
Apa lagi tunggu, bearsiaplah untuk ke tempat kerja. Sarapan apa ada hal. Kedaikan banyak.
Satu aku nak ingatkan, aku biasanya bila duduk saja atas motor tu aku baca ayat Kursi (Allahula illa hailla.....). Abah selalu pesan, jangan lupa hafal. Insyallah kita akan dilindungi ALLAH swt. Tak payah pakai feng shui..... huhuhu

chow!


Rabu, 7 April 2010

HARI YANG BENGKAK

BENGANG betul. Pagi-pagi lagi tadi mood aku telah tercalar dengan dongeng kawan yang baru pulang bercuti di Jakarta. Kalau pasal percutian tu aku sanggup dengar 1000 jam lagi. Tapi bila dia sebut nama perempuan plastik tu yang kononnya banyak membantu kawan-kawan, aku mula tarik muka. JANGANLAH DISEBUT LAGI NAMA DIA TU DEPAN AKU.

Seharian juga aku stress. Ditambah pula dengan kelibat OG yang sentiasa memunculkan dirinya di depan aku. MACAM BAGUS.

NURUL UMAIRAH

Masa aku sebok membuat gambar micro tempohari, aku ditemani 2 orang anak saudara yang beriya-iya membantu aku membawa tripod dan kamera. Umairah bercita-cita untuk menjadi Doktor bila besar nanti. Selepas seronok mengambil gambar embun tu dia tiba-tiba bersuara " tak jadilah nak jadi DOKTOR, kita nak jadi JURUGAMBAR macam Acik Ta". Hahaha gelak besar aku. 

Jadilah apa yang kalian inginkan. Asalkan jadi orang yang berguna. Kalau nak jadi jurugambar, jadilah yang profesional. JANGAN TERPERANGKAP MACAM AKU. 

Selasa, 6 April 2010

CITA-CITA & BAKAT

Jangan sia-siakan bakat yang ada. Keluarlah dari Jabatan yang tak ada kena mengena dengan fotografi tu! Betul juga kan. Tapi aku ada kuasa ke untuk bercakap seperti ini. "Boss, saya minta ditukarkan semula ke Shah Alam sebab rumah saya di sini." Kan aku pernah cakap, BAPAK aku orang kecil saja, penoreh GETAH, bukanya seseorang yang berpengaruh.

Dah hampir setahun aku berlakon menjadi orang lain dengan melontarkan minat dan cita-cita sendiri jauh-jauh. Duduk pula dikalangan orang yang pelik-pelik belaka. Lama-lama pun aku sudah mula MEMUAL DAN MELOYA dengan perangai orang-orang disini. Aku juga sudah mula update resume untuk di pos kan kemana-mana sajalah.

Aku berharap AKAN adalah berita gembira untuk aku tidak lama lagi. Letih lah, terus-terusan begini. YA ALLAH tolonglah aku...... 

Isnin, 5 April 2010

EMBUN

Baru-baru ini aku balik ke kampung, urusan kerja. Kan nak pilihanraya kecil. Pak menteri pun turunlah ke kampung aku. Apalagi, aku ditugaskan untuk mengambil gambarlah. JURUGAMBAR YANG DAH TAK ADA KAMERA D300 ni jugaklah yang memetik kamera peribadi untuk majlis kecil yang besar tu.

Tak apalah, buat sesuatu tu biarlah ikhlas ye tak.
IKHLAS TAPI JAUH.

Sempat jugak aku mencuba buat gambar micro dengan lens yang tak seberapa tu. Inilah antara hasil gambarnya.

INTERNET

Kerana internet aku sudah diberkas dipejabat. Aku telah mengambil langkah drastik dengan membeli broadband calcom peribadi dengan fee RM68 sebulan. KETAGIH BERBLOG ni dahsyat jugak ek.