Sabtu, 27 Mac 2010

GAMBAR@ ADOBE ILLUSTRATOR & PHOTOSHOP

Aku baru berkesempartan belajar membuat montage menggunakan pengisian Photoshop setelah sekian lama. Seronok jugak bila kita tahu mengendalikan sesuatu yang MEMANG selama ini kita teringin sangat nak buat.


Dulu, masa satu floor dengan OTAI tu tak ada kesempatan pulak. Tadi sempat menuntut sekejap. Dan ini hasilnya. Lain kali aku buat gambar lain lah.


Aku sebenarnya sedang merancang untuk membukukan gambar-gambar peribadi yang aku sudah ambil tu. Tapi belum ada kesempatan.


WORLD WATER DAY 2010, perlaksanaan majlis ini tidak segah bajetnya. Membuang masa kakitangan dan tidak praktikal langsung. Lokasi pun hampeh. Aku penat berspa di dalam khemah, rasa ala-ala ayam golek pun ada jugak. Makin hitam aku yang dulu sedikit putih ni.
 
Internet pejabat sudah berjaya MEMBERKAS blog aku. Dah kena sekat pun. Aku kena fikirkan cara lain untuk terus menulis setiap hari. CILAKA betul.

Khamis, 25 Mac 2010

POLIGAMI & BINI MUDA

Ituari aku sudah menulis tentang OG yang dikatakan BERPOLIGAMI oleh kawan-kawan. Aku jugak pernah menulis tentang POLIGAMI di mata Isteri Pertama. Kali ini aku terpanggil untuk menulis sekali lagi tentang POLIGAMI di mata Isteri Kedua pulak ataupun BINI MUDA. Hahaha

Aku percaya rata-rata Ibubapa dan perempuan-perempuan semua tidak pernah pasang nawaitu supaya anak dia ataupun dia sendiri jadi BINI KEDUA kepada seseorang (contoh: ”sahaja aku hidup untuk jadi bini kedua.....”). Ingat jugak pesanan orang tua dulu-dulu. ”kalau nak kawin, kalau boleh elakkan cari laki orang. Tak elok”. Iyelah sebab rata-rata yang MERAMPAS tu, akan DIRAMPAS balik haknya oleh orang lain. HUKUM KARMA LAH KATAKAN.

Tapi tak apalah, bagi yang dah terampas dan dah terkawin tu nak buat macam mana, nasi dah over cook. Jalan terus jalan beb!

Pertamanya, jadilah insan dan isteri yang baik. Dah tahu merampas tu berbuat baiklah dengan si MADURI. Jangan BERLAGAK semacamlah pulak. Perlu diingat keseronokan dan kebahagian yang korang kecapi adalah EHSAN daripada isteri pertama. DUIT, MASA & PERHATIAN Encik Laki adalah BELAHAN dari hak yang pertama tu. Biasa yang aku jumpa kalau title bini kedua, comform KEREK semacam. Kalau korang bagus tentu-tentu dia dah tak simpan lagi bini pertama, tapi sebab korang pun KURANG BAGUS tu yang dia masih simpan yang pertama tu. Kira korang untuk tampal mana-mana yang tak cukup saja lah. Ahakkk

Kedua, korang kena pastikan Encik Laki ni mampu dari segala sudut. Atau lebih senang simpanan DUITnya harus melimpah ruah. Kalau boleh buat bajet peribadi untuk menyukat kemampuan poket dia. Masukkan segala macam kos dari rumah bini pertama hingga ke perbelanjaan kucing dan ayam peliharaan korang. Jangan lupa bajetkan juga peruntukan untuk kecemasan. Maklumlah kalau dah pandai berpoli-poli ni biasanya ada accessory yang tidak disengajakan. Jadi bajet kecemasan inilah gunanya. Ini adalah bertujuan supaya perbelanjaan korang dikemudian hari tetap terjamin tanpa ragu.

Ketiga, pastikan anak-anak yang lahir merupakan yang berkualiti tinggi. Jangan hanya pentingkan kuantiti saja. Dapat sepasang pun tak apa. Asalkan orangnya tahap-tahap Bill Gates gitu. Bukan apa, sebagai persiapan kemudian hari. Bila muka dah kurang tegang dan dada pun dah mula hilang masak ranumnya, sah-sah dia cari lain. Korang tak akan ada masalah sebab anak-anak korang dah besar panjang. Boleh jugak mengadu sakit pening nanti. Lagi pun korang dah ada rumah sendiri, simpanan pun banyak, anak dah bekerja. Apalagi korang hendak fikir. Oh ya masa seperti ini seharusnya digunakan untuk beramal banyak-banyak. Kalau boleh berjinak-jinaklah dengan Kelab-kelab Pecinta Surau. Kan lebih BAGUS.

Keempat, walaupun korang dapat ’barang second hand’ pastikan barang tersebut masih dalam keadaan baik dan boleh pakai. Jangan pulak kemudian hari korang membela Anak Ikan pulak. Berdosa nyah. Semalam aku terdengar Dr Fadilah Kamsah cakap. Kebanyakan orang yang masuk neraka tu sebab dia tidak menjaga 2 LUBANG. Iaitu lubang MULUT & KEMALUAN. Uikkks takutkan. Jadi alang-alang nak yang second hand pastikan Macho dan tidak perlu modify banyak-banyak, membazir jer.

Kelima, kesihatan dia harus diambil serius. Pastikan dia bebas HIV, H1N1 & penyakit takut B1N1. Pastikan jugak kekukuhan jantungnya dan penyakit 3 serangkai itu juga. Bukan apa nanti sia-sia pula, baru 3 bulan berkahwin dah berulang ke hospital gara-gara terperanjat dengan gurauan 18SX korang tu.

Hihihi Sekian terima kasih

Rabu, 24 Mac 2010

EARTH HOUR 2010

Semua orang terlalu asyik bercakap tentang kepanasana melampau yang di alami setiap pojokan dunia sekarang. Tapi apakah kita ada cara yang hebat untuk menguranginya. Jangan terlalu asyik memikirkan hidup dan kerja yang entah mana hujungnya. Jadi aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk kita memulakan langkah pertama didalam menzahirkan betapa kita ini mencintai bumi. Tanpa mengira siapa kamu, orang kecil atau besar, kaya atau miskin, Pak Menteri atau Pak Pacak Marilah beramai-ramai kita menjayakan sambutan EARTH HOUR 2010.

Sambutan ini akan di buat pada 27 Mac 2010 (Sabtu) Jam 8.30 hingga 9.30 malam. Kita mungkin tiada kuasa untuk menjayakan kempen ini dengan GAH, tetapi kita amat berupaya untuk memulakannya di rumah sendiri. Bukan susah pun, hanya memadamkan suis elektrik selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada hari tersebut. Itu adalah tanda kita ini menyokong penuh usaha untuk mengawal pemanasan global secara menyeluruh di serata dunia.

Aku yakin sangat, ramai yang TIDAK PEDULI tentang EARTH HOUR ini. Tetapi ingatlah, SAMBUTAN INI TIDAK SEHARUSNYA HANYA KEPADA MEREKA YANG PEDULI, kerana bumi bukanlah sekadar milik segelintir pihak, tetapi ia milik setiap kita yang tinggal disini.

JOM PADAM LAMPU KITA
*sumber gambar: INTERNET

Selasa, 23 Mac 2010

GOSSIP DI PEJABAT

Kecoh kawan-kawan aku di sini bercerita tentang OG yang kononnya berpoligami dengan kakitangan Syarikat yang berada di hujung pejabat sana. Kabarnya sebab musabab dia kawin lagi satu sebab bekehendakan zuriat. Hahaha gelak besar betul aku ni

Sebenarnya aku masih mengambil langkah ‘peduli apa aku’. Dah memang tak ada kena mengena dengan aku pun, ada lebih baik aku diam saja. Tapi sesekali terbit juga beberapa soalan dihati ini. Siapalah PEREMPUANYANG TERDESAK sangat nak berkahwin, sampaikan tidak menyempat untuk screen test OG ni dulu.

Aku tidak layak untuk menghukum, terutamanya pada setiap apa yang dia buat kepada kami di sini. Tapi kalau aku ada hak, aku doakan dia TIDAK AKAN BAHAGIA walaupun dia berkahwin dengan 1000 perempuan sekalipun. Aku doakan dia tidak berzuriat, sebab bila dia berketurunan nanti, sedikit sebanyak keturunan dia ada perangai GILA macam dia jugak. Kemudian hari keturunan dia pun akan menyusahkan orang lain. Biarlah hanya OG ini yang ada diatas bumi ALLAH swt, sekurang-kurangnya yang satu ini kami masih boleh LAYAN lagi. Hahah sungguh kejam aku ini.

* RINDU KAWAN-KAWAN SEPASUKAN

Isnin, 22 Mac 2010

SOTONG @ DUNGUN, TERENGGANU

Bergedik juga jantung bila baca keratan ini. Wahh teruja-teruja. Seronoknya kalau dapat ke laut sekali lagi dan mencandat sotong buat yang kesekian kali.

KUALA TERENGGANU - Perairan di negeri ini kembali meriah selepas musim tengkujuh dengan bermulanya aktiviti mencandat sotong yang menjadi antara tarikan utama pelancongan.


Sebagai membuka tirai, kerajaan negeri akan menganjurkan TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM277,000 yang meliputi empat sirkit bermula pada 27 Mac ini hingga 26 Jun depan.

Itu adalah gambar-gambar kitaorang kelaut mencandat sotong. Walaupun mabuk laut, semangat kena kuat. Nak cover line kena tido. Hahaha






Ahad, 21 Mac 2010

Hari ini aku dan beberapa orang kawan-kawan bekerja over time untuk World Water Day 2010 Exhibitions. Terkenang samabutan WWD 2009 di WR. Hahaha hendak sangat berpesta dengan artis, tuhan turunkan BALA kecil berupa angin kencang. Banner besar yang beberapa minit digantung rabak sudah. Terkulat-kulat masing-masing yang mengaku event coordinator. LAWAK TORAK BETUL. Tulah orang dah nasihat TAPI TELINGA TERLALU TULI. Maklum sajalah kita ini orang kecil. Cakap pun umpama kentut yang tiada membawa makna.

Aku akan berada disini sehingga jam 12.30 sahaja. Maklum sajalah hendak membuka khemah sendiri di Tapak Pasar Malam Taman Bukit Subang. Hahaha. Kerja-kerja jugak meniaga tetap no 1.

Jumaat, 19 Mac 2010

Malaysia dan Tax

Daya beli & bayar rakyat Malaysia memang HEBAT. Mulut pulak seolah-olah terkunci rapat tanpa banyak cakap. Bayar saja. Itulah silapnya kita. Senyap tak bertempat.

Sekarang kita yang bekerja sudah mula berperang dengan pelbagai tax. Menyampah kan. Makan di tempat yang best sikit dan kena service tax dan goverment tax paling hampeh 5%. Semua orang yang membeli kena bayar tax itu, termasuklah anak-anak kita. Gaji lebih 2.5k dah mula kena register dengan LHDN, lepas tu bayar sajalah tax. Beli rumah kena tax, kereta & motor pun kena tax apalagi diaorang nak tax kita ni. Oh yang terbaru GST. Wahh duit gaji ku habis di tax saja.

Tepat sungguh motto RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Perghhh didahulukan untuk MAMPUS dulu. PENCAPAIAN DIA yang diutamakan.

Khamis, 18 Mac 2010

TEST

TESTING, internet masih BENGONG-BENGONG. Menyampah tol 

TAK ADA MOOD

Sabtu, 13 Mac 2010

visit GARDENIA

Jumaat, 12 Mac 2010

sakit telinga

Khamis, 11 Mac 2010

CERITA SEORANG SAHABAT

Rabu, 10 Mac 2010

KERJA OH KERJA

Selasa, 9 Mac 2010

Kedai Makan DI SUDUT HATI

Isnin, 8 Mac 2010

Jumaat, 5 Mac 2010

INTERNET HAMPEH

Selasa, 2 Mac 2010

GANGUAN DI PEJABAT

Bercakap di dalam telefon pada skala kuat tahap PUNTIANAK untuk benda-benda yang rasanya ’peribadi’ amatlah memualkan. Rasa nak menjerit dan menghempas fail pun ada jugak. Macam cilaka. Tak reti ke, orang lain sedang merah otak.

Sekarang ini aku seringkali terlupa untuk update blog. Maklum sajalah, internet disini tahap kura-kura lembabya.

Aku amat BENCI dengaN suara itu. Rasa nak mintak dipindahkan ke Jabatan lain pun ada. Baik aku keluar dari tempat ini sebelum aku tiba-tiba kena hesteria tahap kronik. Atau lebih sadis ada yang terbunuh jugak nanti.

Bercakap pasal kes bunuh, terkenang kes Safiyah yang mati di tangan bukan bapak tiri, tapi bapak segal ANJING. Silap haribulan anjing pun tak sudi nak mengaku DIA TU dari keturunan diaanjing. Ha itulah harga NYAWA sekarang. Itu belum masuk bab yang sudah puas BERLAZAT-LAZAT MAIN lepas tu kena bunuh dan BOM, untuk hilangkan bukti barangkali. Bukti di sini boleh lah cover, ESOK kat sana... baru tahu.  

Dikalangan BINATANG tidak akan ada manusia, tetapi dikalangan MANUSIA ada binatang. Ishh-ishh. Kalau tak nak anak tu, bagi sajalah kat orang lain. Kenapalah tergamak sampai membunuh dengan KEJAM. Kalu bab MEMBUAT ANAK semua orang berlumba-lumba, sehingga ada ANAK LUAR NIKAH yang sudah berusia 1 tahun 4 bulan. Perghhh