Jumaat, 26 Februari 2010

BLOG OH BLOG

Punyalah ralit aku membuat kerja hingga terlupa untuk update ruangan ini semalam.



Lagi pun semalam itu jugalah kepala aku ini sarat sangat dengan macam-macam hal yang perlu difikir dan rancangkan. Semalam rasa macam nak angkat dan hempas monitor pc ini pun ada. Tapi bila mengenangkan yang susah nanti aku jugak. Aku batalkan saja niat murni itu. Huhuhu



Ditambah pulak dengan kebisingan tahap melampau semalam cukup menekan. Semua orang bercakap kuat tahap maksima. Aku dan beberapa kakitangan lain ini yang menekun membuat laporan dan kertas cadangan terasa nak menjerit saja. Ada yang bercakap dengan anak pun nak kuat-kuat. ”Baby dah makan?...Baby dah makan?..” dengan dialek kelantan cukup menyengat aroma telinga. Itu belum lagi yang ketawa dan terbahak-bahak tahap keluar tekak.



Pontianak ke langsuir ke kawan-kawan aku ni... Isk-isk

Selasa, 23 Februari 2010

FENG SHUI PART I

LAWAK gila BABI betul bila orang Islam yang satu ini lebih KAFIR daripada si kafir dalam mempercayai FENG SUWEY. Ada ustaz dan alim ulama pun tidak mampu untuk menasihat. Turut subahat lah tu kan. Dalam perhimpunan bulan lepas, dia beriya-iya membaca doa memohon ALLAH swt memurahkan rezeki dan menjauhi BALA. Yang kitaorang ini pun mengaminkanlah. Macam Hampehh jer. Macam tak tahu pulak hukum SYIRIK tu macam mana darjat DOSANYA. Terpulanglah, kubur masing-masing.


Untuk merelistikan amalan dia tu aku mencadangkan beberapa aktiviti bersempena dengan LAWAK FENG SUWEY beliau.


Paku ataupun menutup semua laluan utama dan pintu-pintu. Masa nak balik, semua orang kena turun menggunakan tali ala-ala mendaki gunung. Selain menguatkan sendi-sendi otot ia juga sebagai persiapan bila bangunan itu runtuh nanti.


Semua bos adalah dilarang sama sekali melalui pintu. Bermaksud, semua bos kena memanjat tali yang disediakan diluar bangunan untuk memasuki pejabat masing-masing. Ini adalah bertujuan untuk membuang SIAL yang ada dalam diri bos. Lagi tinggi pejabat dia, lagi tinggilah peluang dia untuk membuang SIAL yang ada. Ini bermakna bos yang ada di tingkat yang lebih rendah adalah merupakan BOS PALING SIAL@SUWEY.


Semua enjin kereta mestilah dimatikan apabila menghampiri bangunan. Ini adalaha untuk mengelakkan dari mengganggu waktu rehat hantu-hantu yang ada. Kereta tersebut ditolak ke tempat parking beramai-ramai oleh komiti PRC (kumpulan tolak-tolak markah orang tu). Hahaha kan sama tolak-tolak markah orang dengan tolak-tolak kereta orang. Lebih afdal kalau MENOLAK kereta orang yang paling banyak kena tolak markah. Huhuhu


Reception yang manis-manis terutama yang ’cemerlang’ pun adalah dilarang sama sekali berada di dalam bangunan. Bukan apa, aura si manis-manis itu rasanya mampu mengugat nafsu berahi bukan hanya bos yang tua totok tu tetapi hantu-hantu juga. Kan bahaya...


Sekian dulu untuk hari ini. Hihihi

Isnin, 22 Februari 2010

PROGRAM QUA-QUA ANJURAN LUAS

Aku telah menyertai Program Qua-qua anjuran LUAS Sabtu tempohari. Program ini amat sederhana tapi cukup berkesan. Aku sedang mencari jalan untuk berkerjasama dengan LUAS untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar Sekolah, IPTS dan IPTA tentang operasi Syarikat REBUTAN ini.

Aku telah mendapat lesen besar daripada MEM RM untuk membuat kertas kerja tersebut. Kalau OG tahu mesti dia marah gila BABI dekat aku. Iyelah, apa saja yang aku cadangkan semua dia bantah. Aku kan bakal-bakal pengganti dia. Tulah yang dia takut sangat tu. Aku rasa aku ni bakal-bakal GM lah di sini. Satu hari esok dia takut kena report duty kat aku. Hahaha. Sebelum apa-apa terjadi baik dia cantas aku dulu. Huhu MANTAN ED aku dulu pun sama. Punyalah takut aku ambil alih kerusi ED dia, cepat-cepat dia pindahkan aku di sini. Hebat betul aku ni...

Aku cukup benci bila aku sedang memerah otak membuat kertas cadangan tiba-tiba ada orang yang dengan sengaja bercerita kuat-kuat dengan jiran yang duduk walaupun depan hidungnya. Cukup membakar kesabaran. Aku tidak sudi mendengar cerita tentang ANAK-ANAK DIA, aku tidak ingin dengar cerita tentang LAKI DIA. Aku cukup benci mendengar suara dia.

Jumaat, 19 Februari 2010

HUKUM SEBAT

Perghh sudah selamat si kambing hitam itu menjalani hukuman sebat. Sebenarnya bagus perlaksanaan mengikut lunas-lunas Islam ini, tapi biarlah menyeluruh. Jangan hanya mencanangkan hukuman itu kepada sesetengah golongan yang tidak BERUPAYA. Ya, tidak berupaya untuk merasuah orang-orang tertentu untuk menyorokkan kerja-kerja SIALAN itu.

Jabatan Agama Islam di sini pun macam sudah dibeli saja. Mana-mana Pak menteri ataupun JUTAWAN yang BERZINA dilindungi dengan baik. Korang pernah terbaca dalam akhbar ”Pak Menteri malaun tu berzina dengan artis panas ini”. Ada ke?

Disini aku cadangkan beberapa HUKUMAN yang boleh digunapakai untuk pesalah ZINA di zaman ini.

 Yang BUJANG hukumannya SEBAT 100 kali di depan orang awam. Bukan apa untuk meningkatkan tahap kesedaran untuk menjauhi menatang zina tu. Yelah pada yang bujang ni, mana pernah RASA, jadi keinginan mencuba tu memanglah membuak-buak. Bila dah tengok orang kena sebat sampai lebik mesti keinsafan itu datang kan. Aku cadangkan hukuman ini dibuat di Dataran Merdeka. Biar semua orang yang lalu lalang tu tengok.

 Yang BERKAHWIN hukumannya REJAM dengan batu sampai MATI, itu pun aku cadangkan di buat di depan orang awam, lokasi masih di Dataran Merdeka. Huh dah pernah rasa pun nak merasa yang lain dari yang sudah dilesenkan. Melampau sungguh. Kalau tidak diberikan KEMATIAN, keinginannya untuk merasa yang lain-lain akan lebih memuncak. BAHAYA tu. Baik bunuh.

Orang Islam zaman ini semua yang HARAM dia berani buat, membunuh, Zina, Judi, minum arak dan lain-lain yang sewaktu dengannyalah. TAPI CUBA SURUH DIA MAKAN BABI. Tengok dia BERSELERA ke tidak. Hahaha

Khamis, 18 Februari 2010

CUTI CNY YANG BEST

Cuti yang best. Setiap malam tidur atas tilam tebal. Walau pun tidur malam macam tidur dalam oven bahulu mak tapi bila dah nak pagi tu sejuk jugak. Tu yang terlajak-lajak SUBUHnya. Hihihihi

SOP aku bila dah lepak kat kampung mesti sapu sampah kat keliling rumah. Nurul pun berbaik hati membantu segala. Belakang rumah tu dah mula nak bersih. Tapi aku tak ada pulak ambil gambar sebab sebok memegang penyapu. Stor barang-barang Mak pun aku dan Abah dan kosongkan. Mak cakap ada ular hitam besar lepak di situ. Masa aku kemas-kemas tu tak ada pulak. Yang ada si JERRY jer lah. Adalah dalam lima ekor berlari ke sana sini.

Bangun pagi-pagi dah tercium bau bahulu yang sedang dibakar. Sungguh menyelerakan. Ada keluarga orang Sg Dusun tu datang. Siap makan bahulu panas lagi, bertambah-tambah pulak. Huhuhu. Selalunya Cik Ton sebelah rumah tu jer yang buat begitu, siap bawak kopi o dari rumah lagi tu.

Banyak jugak tempahan yang diterima sepanjang aku berada di kampung tu. Setakat 1500 biji bahulu ceremai tu, eleh kacang saja. Aku tolong masuk kan adunan dalam acuan dan membakar saja. Kerja-kerja lain aku belum pakar lagi. Tapi aku dah boleh buat laju-laju. Kuantiti bahulu hangus dapat dikurangkan. Hehehe. Walaupun Mak aku ni orang kampung saja tapi banyak benda yang dia pakar, orang lama lah katakan.

Sepanjang aku di kampung itu jugak, setiap hari ada saja orang meninggal dunia. Cuak betul aku ni. Bila tengok keadaan Mak dengan Abah lagilah cuak. Bila lah Mak Abah nak duduk-duduk saja dan berehat dirumah. Yang ditanggung si Nurul tu sajalah. Yang lain dah berkerja pun. Tapi kehadiran cucu-cucu yang berempat tu.... Tulah susahnya. Aku malas nak cakap banyak, sebab setiap kali aku bersuara, ada yang terasa hati. Oleh itu baiklah aku diam. Adik-adik aku yang lain-lain dah senang... dan dah sombong. Senang tu datangnya berpakej, sombong tu kembar dia. Kalau tak percaya cuba perhatikan.

Rabu, 17 Februari 2010

HARI SEBOK SEDUNIA

Pelbagai laporan yang mintak disudahkan. Pening juga kepala. Hangatnya percutian masih dirasai. Mahunya tak hangat, cuaca panas melampau rasanya lebih 35°c tu. Hampir-hampir aku terlupa jalan ke pejabat pagi tadi. Hehehe

FAA LAST DAY


Hari ini merupakan hari terakhir Faa bekerja di sini. Sedih jugak ya. Setelah 5 tahun bekerja di sini, dia akhirnya mengalah dengan keangkuhan OG. Bilalah pihak pengurusan nak buka mata. Agaknya bila dah ada orangmenjerit-jerit nak terjun bangunan sebab OG baru dorang ambik tindakan barangkali. Cuma aku saja yang belum berani mengambil langkah sedrastik itu. Akan jugak rasanya.

Jumaat, 12 Februari 2010

MAJLIS KESYUKURAN JABATAN & PERPISAHAN

Kesyukuran sebab sudah selesai kerja-kerja pindah pejabat. Kesyukuran sebab dapat BOSS baru. Perpisahan pulak dengan kawan seunit yang dah tak tahan dengan perangai BOSS yang macam CILAKA tu, sapa lagi si OG lah.

Letih jugak sampaikan si Ina balik cepat sebab dia dah tidak larat tahap melampau. Sepatutnya aku stay back dengan dia nak siapkan video untuk tatapan umun warga kerja. Saja jer nak bagi dorang jeles tengok menu kitaorang.

Kepada kawan-kawan yang sambut Tahun Baru Cina, aku ucapkan selamat lah hendaknya. Yang bercuti lama tu aku nasihatkan drive balik kampung elok-elok. Dan drive balik sini pun elok-elok jugak. Kang bertambah kurang pulak kawan-kawan kat tempat kerja. Huhuhu.

Khamis, 11 Februari 2010

SHE THE MAN MOVIE ON TV2

Semalam seperti biasa aku menonton BULETIN UTAMA. Itu memang sudah menjadi SOP aku kalau aku tidak ke mana-mana. Perkembangan dan tidak berapa nak kembangnya BUMI MELAYU ini haruslah diambil tahu juga. Lepas tamat saja para pelakon melakonkan cerita BULETIN UTAMA itu, selama sejam itu jugalah aku menekan-nekan remote untuk mencari cerita menarik. Tak ada pulak.



Tiba-tiba jam 10 malam aku terbuka TV2, ahakk ada cerita best. Tajuknya SHE THE MAN. Kronologi ceritanya menarik tidak berserabut. Ditambah pula cerita ini banyak dibarisi pelakon yang macho-macho. Perghh seksi beb. Kena pula bila si Viola terjerat di kamar mandi bersama football team lelaki yang sedang berbogel mandi. Wahhhh. Hahaha



Kisah ini menceritakan tentang kegilaan seorang budak perempuan terhadap BOLASEPAK. Apabila pasukannya dibubarkan atas sebab tidak cukup pemain dia mula berminat untuk menyertai pasukan kekasihnya iaitu JUSTIN. Namun si Justin dengan angkuhnya menolak permintaannya itu. Kecewalah si Vi. Dia membuat keputusan untuk memberi kekalahan yang amat memalukan kepada Justin satu hari nanti. Maka berakhirlah hubungan cinta Vi dan Justin.



Berlakonlah si Vi menjadi Sabastian (abang kembarnya) dan tinggal di asrama lelaki demi untuk bolasepak. Banyaklah adegan-adegan yang mencuit hati semasa dia berlakon menjadi abangnya itu, termasuklah peristiwa dikamar mandi. Si Vi telah tinggal bersama rakan sebiliknya Duke yang tidak pernah menyangka yang dia adalah anak gadis keluarga Hasting.



Cerita ini juga diselitkan beberapa kisah cinta yang tidak kesampaian. Contohnya si Duke yang amat menyukai Olivia, manakala si Olivia pula amat menyintai Sabastian(Vi). Justin juga amat menyintai Viola. Berlakulah sedikit salah faham bila si Duke membenci rakan sebiliknya Sabastian (Vi) kerana Olivia dengan rakus mencium Sabastian.

Dalam kekalutan lakonan si Viola itu, tiba-tiba Sabastian pulang dari kelas muziknya di London dan berselisih dengan Olivia. Di situlah cinta Sabastian berputik bila dicium oleh Olivia pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kolej itu.



Perlawanan bolasepak diantara pasukan Vi dan Justin diganggu oleh Melcom yang tidak berpuas hati dengan Sabastian(Vi) kerana di juga menyukai Olivia. Banyaklah usaha untuk memalukan Sabastian termasuklah menidakkan kelelakian si Sabastian(Vi). Akhirnya pasukan Vi berjaya mengalahkan pasukan Justin dengan gol 2-1. Menangislah si Justin dengan kekalahan itu. Si Viola dan Duke akhirnya berpacaran. Huhu

sumber gambar: Internet

Rabu, 10 Februari 2010

HARGA IKAN & SAYUR NAIK SESUKA HATI

KUALA LUMPUR - Rungutan orang ramai mengenai kenaikan harga pelbagai jenis barangan makanan khususnya hasil laut dan sayur-sayuran nampaknya tidak akan terbela disebabkan ia membabitkan barangan yang tidak termasuk dalam senarai harga kawalan.


Kesannya, peniaga berkuasa penuh menetapkan harga tanpa bimbang tindakan pihak berkuasa.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kenaikan itu berlaku kerana peniaga tahu mereka ada kuasa menentukan harga barangan bukan kawalan."Barangan itu (hasil laut dan sayur-sayuran) bukan barangan kawalan, jadi kami agak sukar mengawal harganya," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. Sumber KOSMO 10 FEB 2010.


AMAT BACUL PUNYA STATEMENT. Melampau sungguh. Inilah hasil yang kita dapat daripada orang yang kita percaya boleh mengetuai kita, boleh memikirkan masa depan kita dan bangsa kita. HAMPEHH

Apa yang kita harus buat sekarang ini ialah BOIKOT peniaga-peniaga ini. Mula berjinak-jinak menternak binatang ternakan untuk mengantikan sumber protin yang diperlukan itu. Yang aku maksudkan dengan binatang ternakan tu seperti lembu, kambimg, itik, ayam, ikan air tawar saja tau. Bukan pula LEMBU PENDEK. Juga, mula lah bercucuk tanam sayur-sayur untuk keperluan kita. Kurangkan minat korang yang suka sangat membeli tu. Kalau korang duduk rumah pangsa atau kondo-kondo mewah, wartakan sebahagian daripada rumah untuk kawasan tanaman sayur yang hidroponic. PADAN MUKA DORANG.

Lepas nih jangan GATAL pangkah orang yang janji saja manis tapi amat pahit untuk dikotakan.

*sumber gambar: Internet

Selasa, 9 Februari 2010

CROCS BARU

Semalam aku berjaya membeli crocs baru untuk mengantikan crocs yang parah digesel dijalanraya. Dapat juga crosc yang sekian lama aku idam-idamkan tu, walaupun hanya membeli di BUTIK Kg Melayu Subang. Untuk bergaya mantap, rasanya tidak perlulah membazir melampau kan. Yang penting tetap comel. Kasut ajelah yang comel.



Hari ini aku rasa tak ada mood untuk bekerja. Ada seorang ustaz pernah cakap pada aku, ada seseorang yang sedang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan aku. ’Budak perempuan bermulut bising di Pejabat yang sekarang’. Uiiik sapa pulak yang dimaksudkan oleh Ustaz tu ya. Aku tidak berminat untuk memburukkan sesiapa pun. Lantak korang lah. Aku bukan ada apa jawatan di sini pun, yang boleh untuk didengki-dengkikan. Hahaha

Isnin, 8 Februari 2010

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM

'Pernah tak korang rasa tiba-tiba dengan tidak semena-mena rasa nak berhenti kerja jam itu juga' Tadi masa meeting, tiba-tiba aku terasa begitu.


Aku rasa macam nak full time meniaga PASAR MALAM. Tak apalah kalau aku dapat walau hanya RM100 sehari. Tapi kena pastikan aku dapat tapak penuh seminggulah. Bermakna seminggu 7 kali aku niaga. Kalau larat aku cari pulak PASAR TANI. Tapi harap-harap aku tak lepak HOSPITAL sebulan lepas tulah. Hahaha.


AKU TENSION..

Jumaat, 5 Februari 2010

HARI YANG LEMBAB

Azam sejak berpindah ke pejabat baru ini adalah untuk tidak datang lewat lagi. Bukan apa, MEM aku ni datang awal saja lah pulak, cuak jugak aku kalau kena jerit sebab selalu lewat.

Tadi aku bangun jam 6.30 pagi. Bersiap-siap dan keluar rumah jam 7.20 pagi. Nak keluar pintu saja, hujan mencurah-curah lebat. Tak apalah rezeki bumi. Tapi hari ini bukan hari aku. Aku telah lepak dalam longkang laluan motosikal di Federal Highway. Alhamdulillah mujur juga aku tidak cedera parah. Untuk mengelak dari melanggar berpuluh-puluh buah motosikal yang berhenti mengejut sebab air naik di bawah jejambat itu biarlah aku mengalah.

Mangkuk betul dorang tu, setakat air naik cuma beberapa inci tu, tak perlulah berhenti beramai-ramai. Menyusahkan saja. Crocs kuning yang aku beli di MIRI tempohari koyak rabak. Bengang betul aku ni. Huh

Hati makin panas bila kaki kiri ini berdenyut-denyut sebab ada luka di tepi ibu jari sebab terseret dengan jalanraya masa menahan si scooter dari cedera. Ish ish

Khamis, 4 Februari 2010

HANYA DIA YANG TAHU

Bila DIA ingin menyentuh hati hambanya, DIA akan memilih siapa sahaja. Tidak memandang yang mengucap syahadat NYA atau tidak.

Aku menerima email ini daripada seorang teman. MAHA SUCI ALLAH. Hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Angelina Jolie dikatakan memperuntukan sebahagian kecil daripada hartanya untuk mangsa perang di Afganistan dan tempat-tempat lain. Sebahagian kecil yang dimaksudkan pun nilainya berjuta-juta dolar juga. Agak-agaknya ada ke orang KITA yang sanggup melakukan sedemikian. Hanya ALLAH yang mengetahui.




Rasanya mereka tidak pernah mahu berbuat seperti ini walaupun hartanya melimpah ruah. Baik menambah koleksi kereta dan BINI. Hahaha

Rabu, 3 Februari 2010

I AM BACK

Setelah berhari-hari menantikan kerja-kerja penyambungan network, akhirnya hari yang indah ini tiba juga. Huhuhu. Walaupun tidak sampai seminggu aku tiada access internet, email dan v drive, rasa bosan tetap macam setahun tiada bekalan itu. Hahaha

Oh ya, aku ada berjanji untuk menerbitkan artikel ’kenapa aku benci boss aku’ pada 2 Februari tempohari. Nampaknya aku kena anjakkan sedikit penerbitan itu buat masa ini. Tunggu line clear dulu.