Rabu, 27 Januari 2010

BERPINDAH KE IBUPEJABAT


Aku bertungkus lumus packing barang-barang peribadi dan pejabat untuk berpindah ke bangunan HQ. Berbulu betul. Sepatutnya kami tidak berpindah ke sana.Tapi yelah semua orang ada kepentingan masing-masing untuk berada di sana. Dekat dengan BIG BOSS masing-masing. Aku ni saja yang kalau boleh biarlah diletakkan di hutan dekat-dekat dengan rumah. Senang aku balik makan tengahari biarpun berlaukkan telur goreng dan kicap. Huhuhu

Aku akan ke Shah Alam hari ini, tengok persediaan bahan pameran untuk esok. Kiranya Program TKP ini merupakan event anjuran bersama dengan Jabatan CCPAD lah.

Selasa, 26 Januari 2010

LUAHKAN KEMARAHAN


Bila DIA merancang sesuatu, pasti sesuatu itu yang amat besar natijahnya dan kita sendiri tidak pernah terfikir akannya. Dari semalam terbayang kesedihan seorang kawan baik. Apa yang aku mampu pesan hanya bersabarlah banyak-banyak ya. Kita selalu merancang, tetapi ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik, percayalah. Jangan berputus asa dengan ALLAH.


Aku pernah berada ditempat kalian, dikala orang lain mengira duit bonus untuk itu dan ini, aku hanya mendengarnya dengan hati yang LULUH. Aku TIDAK DAPAT BONUS di atas sebab dan kesalahan yang aku sendiri tidak tahu. Dan tiada usaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan aku oleh majikan pun.

Aku tahu, kebanyakan kalian di WR itu tidak berpuas hati dengan ’budak pendek’ tu. Luahkan dengan cara sendiri. Kalau ada yang ingin aku tebitkan di dalam blog aku, email lah kepada aku (Gmail ya). Biar aku menulis semula dan kalian semua membaca. Sekurang-kurangnya akan LEGA juga jiwa kacau korang tu.


TAJUK PENULISAN AKU PADA 2 Februari 2010 (Selasa) 'KENAPA AKU BENCI BOSS AKU'. Mesti MELETOP kan...

Isnin, 25 Januari 2010

AKU DAN SK TTDI JAYA


Pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat dengan pihak sekolah. Selain Guru Besar Pengerusi PIBG dan wakil penduduk pun datang. Ramai juga lah yang hadir tadi. Selepas majlis bacaan YASSIN tadi SGM O&M si BANGKAI tu tegur aku kenapa aku tak turut serta membaca YASSIN dan makan. Lancau betul, ada hati nak berbaik-baik ngan aku pulak lepas menurunkan markah appraisal aku kepada 52.5. Aku bukan tak nak turut serta tapi kalau solat 5 kali sehari semalam tu pun kebanyakan dorang tu tak nak buat, kenapa nak sebok-sebok baca YASSIN pulak. Buatlah yang wajib tu dulu. BANGANG.

Aku baru masuk pejabat. Mengantuk teramat, dalam kereta tadi tak mahu pula tidur. Kasihan pada Hadi yang memandu sorang-sorang. Sampai di pejabat ada pula orang meletakkan sebungkus nasi lemak di atas meja. Huhu males aku nak makan. Gaji sudah keluar tapi banyaknya yang dipotong. Bebulu betul. Hampir RM800 dipotong sungguh menyakitkan hati. Aku rasa nak mengamuk saja tapi kena bersabar, tunggu pay slip dulu. OA dekat sini macam BOSS. Suruh ambil pay slip pun banyak cekadak, macam bagus.

PEJABAT LAMA & BONUS 2009



Macam cilaka saja, kerja bagai nak mati tapi syarikat melayan kakitangan macam anjing. Kalau tahu nasib macam ini dah lama agaknya kawan-kawan aku tu semua datang pejabat untuk touch in and out saja.

Agaknya disana tiada BOSSES yang bertelor yang boleh mempertahankan nasib kawan-kawan aku tu. Yelah masing-masing nak jaga periuk nasi sendiri. Staff yang kecil ini tak makan pun tak apa. Kalau hilang kereta dan gaji besar tu nanti MALU pula dekat kakitangan masing-masing.

Sudahlah BIG BOSSES perangai macam BANGKAI yang baru jadi M kat ITD tu pulak turut mendaftar sebagai BANGKAI BABI. Entahlah. Harap-harap kawan-kawan di sana bersabar banyak-banyak dan bermuafakatlah untuk mendoakan kecelakaan seperti mana yang dibuat oleh TOK GURU di Kelantan. Jangan pulak doakan dorang MATI. Tapi doakan dorang terseksa sikit-sikit dulu, lepas tu barulah MATi tau. BERBALOI sangat. Hihihi. SOP bosses nih semua sama saja, mementingkan 3 P itu.

1. Pangkat
2. Pendapatan
3. P#NT#T


’Ya ALLAh tabahkanlah hati kami yang teraniaya ini”....amin.

Sabtu, 23 Januari 2010

PROGRAM FAMILIARISASI

-Carbon Footprint & World Branding



Aku dan kawan-kawan Jabatan telah mengikuti program anjuran Jabatan kami sendiri. Seronok juga bila kawan-kawan dari WR menyertai.

Lepas juga rindu dengan kawan-kawan di sana. Aku ringkaskanlah pengetahuan aku ini ya. Kami belajar cara untuk menjimatkan tenaga. Contohnya apa yang berada di sekeliling kita. Tenaga elektrik, air dan apa juga yang kita guna seharian. Berapa banyak pula kertas yang kita gunakan setiap kali kita buat salah lepas mencetak. Tapi semuanya haruslah ada data, baru dapat menilai dengan tepat.


Atau boleh juga kita masukkan di dalam projrk ICC. Huhuhu

Mem bercadang untuk melepaskan aku daripada cengkaman OG. Alhamdulillah. Untuk itu aku akan membelanja kawan-kawan makan pulut kuning dan rendang. Balik nanti nak cuba masak menu ini. Rasanya tiada masalah. Aku kan suka masak.

Jumaat, 22 Januari 2010

IBU 'TERBANG' DARI SARAWAK TERKILAN DIHALAU ANAK

Oleh ATIKAH DALI


SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.


Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.


Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.


Wah anak-anak zaman sekarang. Kalaulah Mak dorang tahu yang dia akan jadi begini mesti tak sempat tengok dunia budak ni kan. Dunia dah sampai ke hujung. Ramai lagi yang tak sedar rupanya. Hmmm macam-macam.

KESEBOKAN MELAMPAU


Aku terlupa nak update blog semalam disebabkan kesibukan melampau. Hari ini aku agak kurang sebok sebab OG keluar mesyuarat. Yang tinggal di pejabat ni kitaorang sajalah. Oh ya, jabatan aku ada membela seORANG BERUANG. Disebabkan dia ni suka sangat mengamuk tak tentu hala macam bagus. Jadi kitaorang sepakat menamakan mengikut kelayakannya.


Hahaha hebat tak syarikat ini, ada macam-macam binatang ternakan di sini. Tinggal lagi nak tukar nama syarikat ni kepada mana-mana nama yang lebih menjurus kepada zoo.


Aku sedang sebok packing kerana Jabatan ini telah diarahkan berpindah ke bangunan ibupejabat. Sungguh meloyakan. Terpisah juga aku dengan kawan-kawan lama yang baru dipindahkan dari WR itu.

Tiba-tiba rindu kampung.... ishhh

Rabu, 20 Januari 2010

JANUARY DAN AYAM KAMPUNG


Kakak aku telah membeli 26 ekor anak ayam kampung baru-baru ini. Projek ini sudah lama kami bincangkan. Seekor anak ayam berharga RM2. Tinggal untuk membaik pulih reban yang ada saja. Aku akan menambah bilangan anak ayam kakak aku tu. Harap-harap usaha kali ini menjadilah. Kami berhasrat untuk menjual ayam-ayam tersebut menjelang aidilfitri 2010. Kiranya kumpulan pertama ini merupakan kumpulan percubaanlah. Kalau berjaya akan diteruskan.



Aku berharap sangat usaha kali ini berjaya. Bila hati sudah jauh dari KERJA yang ada ini, macam-macamlah bermain di dalam kepala.

Aku perlu ambil cuti dan memulakan gerakan membaik pulih reban itu. Dengarnya mak cakap ada encik ular dan biawak yang sentiasa mengendap ayam belaan mak dari awal lagi. Wahh musuh utama betul tu kan.



Aku tidak pasti lagi bila boleh bercuti. Kabarnya Jabatan aku ini akan dipindahkan ke bangunan Ibupejabat hujung bulan ini. Tertekan betul aku mendengar. Sudahlah semangat aku ini tinggal sejemput, dia nak letak aku dekat-dekat dengan BANGKAI pulak. Huh gangguan emosi sungguh.

sumber gambar: Internet

Selasa, 19 Januari 2010

MENU SARAPAN PAGI





Hari ini aku, sampai lambat. Jam 8.40 aku masih gedik-gedik merempit di jalan motor. Tadi ada pasangan India buat akrobatik di susur keluar ke Sg Way. Ish-ish kasihan lah pulak bila tengok begitu. Tapi kalau kaum ini bawak motor, bukannya reti ingat orang lain. Macamlah dia seorang saja yang bayar cukai jalan. Masa aku lalu dia masih terbaring di situ. POLIS sudah tiba. Jalan motor sesak macam siot saja. Berduyun-duyun motosikal terkandas sebab masing-masing sebok TOLONG TENGOK.

Aku sampai pejabat kawan-kawan sudah keluar ke site. Aku tinggal sorang-sorang di pojokan ini. Ina masih belum sampai. Aku ke kedai bawah mencari santapan pagi. Menu pagi ini.



Kopi o, sebab semalam kawan aku bagitau kalau hendak mengecilkan bahagian dada tu banyak-banyak lah minum kopi. Hahaha sebenarnya aku masih tidak pasti yang dimaksudkan tu KOPI atau pun NESCAFE. Sebab kedua-dua pun orang panggil kopi. Kari ayam di kedai MESRA. Nasi impit dan roti canai kedai mamak. Hahaha sebenarnya aku kurang sangat berkeinginan nak makan masakan mamak. Tapi sebab aku dah teringin sangat makan roti, tulah yang aku beli sekeping. Tak apalah aku pun tak nampak yang menguli tepung tu macam mana rupanya. Huhuhu.



Aku teringin sangat-sangat makan lempeng cicah kari. Ingat nak buat juga nanti. Aku kan suka memasak. Tapi masakan cara akulah. Aku tuliskan resepi favourite aku kalau korang teringin nak cuba.



IKAN KERISI SAMBAL(cili api)



Ikan kerisi(ikan merah yang kecik-kecik tu) – siang, letak garam&kunyit, goreng agak-agak ½ masak
cilia api, bawang merah(kecik), bawang putih – ditumbuk lumat
Asam keeping – 1 keping sudah.
Garam & Pak aji – ikut suka


Tumis bahan yang ditumbuk lumat tu, letak air (agak-agak sudah), biar lama sikit sampai cili api tu betul-betul masak, kalau kurang air tambah lah lagi. Letak garam & Pak Aji dan asam keping. Tips nak tahu garam tu cukup ke tidak tengok dia mendidih sekata ke tidak. Dah nak kering tu masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau sampai semua body ikan tu kena sambal. Lepas tu makan dengan nasi panas dan ulam timun. Perghh best. Sempoi saja kan?

Isnin, 18 Januari 2010

ORANG ISLAM YANG MURTAD


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak
dikehendakki, maka akan disempitkan Nya".

surah: An'am ayat 125




Terbakar sungguh bila terbaca kisah Hartina Kamarudin yang heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996. Sebelum itu ada juga aku terbaca kisah-kisah orang KITA yang murtad. Kadangkala aku terfikir juga, lemahnya ISLAM di Malaysia ini. Hinggakan ada bangsa lain yang boleh memperlekehkan KITA, undang-undang KITA. Siapa KITA? Siapa pula MEREKA? Siapa dari kalangan KITA yang boleh MENDOKONG TEGUH ISLAM KITA. Orang KITA sendiri mengagungkan BANGSA MEREKA.


Tidak hairan nanti, akan ramai lagi orang yang akan senasib dengan ENCIK KAMARUDIN itu. Dipukul seperti ANJING dan anaknya sendiri seperti KAYU yang tiada perasaan kasih walau sedikitpun terhadap ORANG TUANYA sendiri, hanya kerana dia ingin menyelamatkan akidah si derhaka Hartina itu. MEMANG SIAL!. Mudah-mudahan diberikan petunjuk ALLAH swt hendaknya dan Neraka lah tempat yang sesuai untuknya selagi dia tidak bertaubat. Sayangnya undang-undang di sini, pejabat-pejabat kerajaan di sini dan pejabat AGAMA ISLAM di sini TERLALU SENANG DIBELI hanya dengan RM.

Sungguh BANGSAT.

*sumber gambar: Internet

Jumaat, 15 Januari 2010

KALAULAH AKU JADI BOSS

KAKITANGAN AKU…


Aku pilih biarlah daripada golongan sederhana, maksud aku tidak perlulah ada Phd ataupun digree. Tapi cukuplah asal dia boleh membaca dan mengira kemudian dia boleh bekerja dan bercita-cita untuk sentiasa memajukan diri. Dulu kawan-kawan aku rata-rata paling hampeh ada degree segala tapi bila buat kerja budak tahun 6 lagi bagus. Jadi aku tidak memerlukan orang seperti ini untuk dibayar gaji. Aku amat mengagumi orang-orang yang mempunyai bakat dan kepakaran di dalam bidang masing-masing berbanding dengan yang pandai menjawap soalan peperiksaan.

Sentiasa rajin untuk memahirkan diri dengan sesuatu kerja. Contoh, kalau tak ada kerja tu bukaklah internet dan cari apalagi yang boleh untuk memajukan diri mereka. Seperti penulis, carilah apa saja bahan untuk menulis. Jurugambar, tengok gambar-gambar orang lain untuk menambah kreativiti dan sudut. Jangan pulak buat facial di pejabat untuk memajukan kecantikan diri sendiri. Tidak boleh menambah kayakan syarikat aku pun. Huhuhu

GAJI STAFF AKU…



Aku mungkin tak mampu memberi gaji yang tinggi seperti Admin Asistan BERGAJI MANAGER. Tetapi aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi bonus setiap kali musim-musim GENTING. Terutamanya masa nak RAYA dan masa nak buka SEKOLAH. Kita kan berpengalaman makan GAJI, dah tentu-tentu aku akan sentiasa ingat musim-musim yang menyakitkan itu. Tidak kiralah yang BUJANG ataupun yang BERKAHWIN. Aku ni walaupun BUJANG tapi setiap kali RAYA dan buka sekolah aku kena membajetkan peruntukan untuk ORANG TUA aku dan adik-adik yang masih bersekolah. Dorang memanglah tak minta, tapi aku rasa itu adalah tanggungjawab aku. Apa dorang ingat orang BUJANG ni tak ada tangunggan ke? KOLOT BETUL.

KERETA AKU...



Aku rasa tidak perlulah aku memiliki lebih dari 40 buah kereta sebab yang aku nak gunakan pun satu saja. Dan aku amat mengagungkan barang-barang buatan MALAYSIA. Kereta SYARIKAT cukup hanya kereta kecil yang menjimatkan, contohnya ViVa, Myvi, ataupun kancil. Kereta untuk aku pun si WIRA itu saja sudah memadai. Untuk Mak dan Abah aku belikan yang istimewa sikitlah Toyota ALPHAD beserta driver, supaya mereka berdua selesa untuk ke mana-mana. Yelah kami kan 10 beradik, banyak tempat yang Mak dan Abah nak kena jengah. Nanti ada pulak yang merajuk-rajuk sebab Mak tak ke rumah dia. Dan untuk tujuan itu, aku akan membayar menggunakan duit gaji aku sendiri BUKAN DUIT SYARIKAT tau. Aku malas untuk bersoal jawab kalau kena audit nanti. Hahaha

KERJA AKU...



Aku tidak akan membuat sistem permarkahan BANGANG macam mana yang aku kena buat sekarang ini di setiap 6 bulan sekali. Supervisor sudah menilai aku, boleh pulak supervisor orang lain yang dari HUTAN mana tah pun nak menilai aku dan kemudiannya boleh potong-potong markah aku sesukarasa. Aku akan membuat appraisal ikut cara aku sendiri. Sistem 360 degree. Maksudnya lebih kurang begini. Semua orang akan ada hak untuk di appraise dan meng appraise. Tak kiralah engkau itu director ke tidak. Engkau pun akan di nilai oleh kakitangan. Itu adalah yang sebenar-benarnya appraisal. Baru tahu apa sebenarnya yang kurang kita ni. Aku tak rasa ada syarikat-syarikat yang suka dengan sistem ini. Tapi kalau syarikat itu syarikat MAT SALEH totok, dia akan buat. Sebab mereka ini lebih terbuka dan ‘gantleman’. Bukan macam Executive Director yang kita ada sekarang ini, semuanya gentel-man. Gentel SUNDAL saja bolehlah.

PEJABAT AKU…




Aku memang suka pejabat yang cosy. Tapi bukanlah bermaksud kena letakkan perabot-perabot mahal yang diimport khas dari luar Negara. Aku juga tidak perlukan pereka hiasan dalaman untuk itu. Kakitangan aku kan ramai yang kreatif, aku akan memperuntukan setiap sudut untuk didekorasikan oleh mereka. Kan ia lebih bermakna. Bila setiap kali berada di pejabat kami akan berbangga dengan hasil usaha bersama itu. Kalau agak-agak tak berapa cantik, kami buat lain. Dan rasanya, tidak perlulah untuk mencanang satu negara ’pejabat taraf 5 bintang’ tapi boss macam BINATANG. Huhuhu, Sungguh meloyakan. Ala kadar, sederhana dan sempoi sudah. Yang penting kualiti kerja aku dan kakitangan semua. Huhu.


Berangan SERAH...

Khamis, 14 Januari 2010

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI TERBUNUH DALAM BAS EKSPRESS

Sekarang ini banyak pulak kejadian-kejadian pelik berlaku di Negara ini. Dibunuh, Membunuh dan Terbunuh tu perkara biasa sahaja. Kita duduk di kawasan kejiranan dan taman-taman pun seumpama duduk di dalam HUTAN TEBAL. Binatang buas berkeliaran merata-rata. Kita tidak jangka pun bila kita akan dijadikan mangsa seterusnya. Semakin ramai anak dan harta semakin itulah besarnya risiko untuk menjadi mangsa terkini.


Terbaru, mati beramai-ramai dalam nahas bas ekspress. Amatlah menyedihkan. Ada yang dalam perjalanan balik ke kampung untuk berjumpa Ibu Ayah tercinta. Bergenang juga air mata kita walaupun kita ini bukan sedara-mara yang mati itu pun. Lebih menyakitkan hati bila dikatakan kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu yang terlelap seketika. MANGKUK BETUL kan. Jadi untuk itu aku cadangkan beberapa tips yang mungkin nampak BANGANG tetapi berkesan.

Pertama: Wujudkan suasana tidak selesa untuk pemandu. Kalau boleh jangan letakkan kerusi yang empuk-empuk untuk pemandu. Letaklah papan atau plywood sahaja. Makin lama duduk makin kebaslah punggung pemandu. Setiap kali lalu R&R mesti dia berhenti untuk menghilangkan rasa kebas tersebut. Biar dia banyak berhenti, lambat sampai pun tak apa. Asalkan korang sampai ke distinasi dalam keadaan yang sempurna, tidak putus sana sini.

Kedua: Tukarkan bau-bauan AMBI POUR kepada bau-bauan yang lain. Bau-bau keinsafan dan mengingatkan dia kepada MATI lagi bagus. Contohnya letaklah bau dari estrak kemenyan ataupun setanggi. Setiap kali bernafas mesti dia INSAF punyalah.


Ketiga: Minuman yang merangsang kecergasan MATA. Minum kopi o pekat bergelen-gelen tidak menjamin pemandu boleh terjegil sepanjang penjalanan. Untuk itu aku nasihatkan, campurkan sesudu-dua air rebusan AKAR PINANG di dalam kopi o pemandu. Aku pernah terdengar Bapak aku berborak dengan kawan-kawan dia. Orang jawa di Sungai Besar dulu-dulu kalau buat kenduri kawin kalau tidak 3 hari 3 malam bukanlah kenduri kawin namanya. Untuk tidak meletihkan penanggah (orang yang rewang) biasanya dorang akan mecampurkan air rebusan akar pinang untuk mereka tidak tidur dalam 3 hari tersebut. Jadi bersiap sedialah pemandu bas.

Keempat: Pandangan yang merangsang pembuluh darah berkembang. Pilihlah penumpang-penumpang perempuan yang muda dan seksi duduk di belakang pemandu. Lagi seksi lagi bagus. Kalau boleh biarlah bajunya terlondeh hingga menampakkan AKSESORI dadanya. Dikatakan juga memandang yang seksi ini boleh merangsang sel darah dan minda lelaki. Bila dalam situasi itu, mesti pemandu tidak akan megantuk sebab hendak skodeng sesuatu yang ’baik punya’ melalui cermin.

Kelima: Tabiat makan ASAM & gula-gula masa memandu. Tukar tabiat yang agak kurang berkesan itu. Setiap pengusaha bas ekspress yang menawarkan khidmat perjalanan jauh MESTILAH membekalkan pemandunya dengan ½ kilo CILI PADI sebagai ganti kepada ASAM DAN GULA-GULA. Agak-agak megantuk saja kunyahlah sebiji cipi padi tersebut. Bila sudah kepedasan, secara automatik mata akan berair. Air mata yang keluar itu sebenarnya telah MENCUCI MATA dan menyegarkan mata itu semula secara tidak langsung.


Keenam: Buat aktiviti ringan di dalam bas. Aku tidak memaksudkan couple-couple yang belum nikah membuat aktiviti LUCAH MEREKA di dalam bas itu tau. Maksud aku, buatlah sukaneka ringan di dalam bas yang melibatkan semua penumpang. Kalau bas itu dua tingkat lagi bagus. Boleh berlawan-lawan diantara kumpulan yang di atas dan di bawah. Bila dah hinggar bingar bising tu pemandu pun tidak sempat-sempat menguap.

Ketujuh: Jangan matikan lampu. Bagi pemanduan malam biasanya lepas 2 minit keluar daripada ’bus station’ pemandu akan mematikan lampu dan penumpang mula memejamkan mata untuk tidur kan. Korang tahu tak betapa azabnya bila pemandu itu terpaksa memandu dalam keadaan tersebut. Minda kita ini sebenarnya telah diasuh dari kecil lagi, asal gelap saja tido, gelap saja tido. Jadi untuk itu, JANGAN matikan lampu walaupun penumpang ingin tidur. Korang pilihlah sendiri sama ada hendak tidur terus atau tidak.

Kelapan: Bersembang dan bertanyalah itu ini kepada pemandu. Biar dia sentiasa berjaga. Kalau korang tanya ‘dia suka kaler apa’ dan dia pulak menjawap ‘burger ayam’ itu menandakan dia sudah hanyut dan terlelap. Bolehlah korang buat persiapan menelefon waris-waris memberitahu perkara yang penting termasuklah no pin untuk kad ATM korang. Bukan apa senang dorang untuk menguruskan jenazah korang nanti dengan duit korang sendiri.


Kesembilan: Hadiah lumayan untuk pemandu. Pengusaha bas seharusnya lebih kreatif. Setakat mengejar trip yang banyak baru dapat anugerah adalah dengan tidak sengaja meletakkan syarikat korang di dalam barisan syarikat pengusaha bas ekspress yang bakal-bakal ditarik balik lesen operasinya. Sewajarnya berikan ganjaran lumayan kepada pemandu yang berjaya sampai ke destinasi dengan sempurna tanpa ada calar balar sedikit pun pada body bas tersebut. Mesti semua pemandu akan memandu dengan berhemah. Contohnya pemandu paling sopan di jalan raya mendapat ganjaran 50k. Bolehlah aku pun menghantar resume untuk jadi pemandu.

Kesepuluh: Jangan naik bas. Itu adalah ubat paling mujarab. Bawak kereta sendiri lagi senang. Agak-agak megantuk boleh parking bawah pokok di R&R dan tidur. Agak-agak dah hilang megantuk boleh sambung balik. Kan sempoi, tidak tertekan langsung. Huhuhu

Rabu, 13 Januari 2010

PANDUAN MENCARI CALON SUAMI YANG ’MELETOP’


Kepada yang masih DARA atau TIDAK BERAPA DARA, yang masih mencari-cari calon yang sesuai, aku senaraikan beberapa panduan hasil dari bacaan aku selama ini. Aku tidak pasti sejauh mana ianya berkesan. Kalian boleh mencuba boleh tetapi aku tidak bertanggungjawap diatas sebarang kerosakan dan kehilangan harta benda. Huhuhu



Andaikan kalian didesak dan diberikan pilihan untuk memilih. Antara yang KAYA atau yang HENSEM? Aku nasihatkan korang pilihlah yang KAYA. Korang pun tahu kenapa aku suruh pilih yang kaya kan. Selain mengukuhkan tahap ekonomi, korang juga boleh mengubahkan yang HODOH itu kepada BRAD PITT. Asal saja ada ONGKOS nya, setakat plastic surgery tu tak ada masalah punyalah, tapi aku ingatkan korang pilihlah plastic yang bermutu tinggi. Sebab bila dah jadi Brad Pitt nanti, tahap kerakusan korang amatlah diragui, silap gaya hidung dia jatuh ke pipi, disebabkan ASAKAN korang tu. Hihihi


Kalau boleh carilah yang tinggi lampai selampai-lampainya. Nanti nak tukar lampu bila dah terbakar tu senang. Nak cuci kipas syiling pun tiada masalah. Setakat hendak cat rumah, buang sawang dan habuk-habuk pun selamba saja. Korang pulak boleh tunjuk-tunjuk saja ala MEM DIRECTOR untuk 1001 kerja tanpa perlu mendongak. Lebih menguntungkan kalau musim buah, petik rambutan tak pakai galah. Hahaha



Masa bercinta semua yang BURUK tu berjaya disorok. Oleh itu, jangan terpedaya dengan PARAS RUPA DAN KETELUSAN yang diwayangkan. Pandang juga PERIBADINYA. Itu membawa maksud, RUMAH PERIBADI, KERETA PERIBADI, SIMPANAN PERIBADI, INSURAN PERIBADI dan segala yang diperibadikanlah KECUALI LAH HUTANG PERIBADI. Ahakk


Adat orang bercinta, tengah hangat-hangat mulalah tabur janji. Jangan suruh dia berjanji untuk SEHIDUP dan SEMATI saja. Sebaik-baiknya tambah SEJALAN juga. Bukan apa, bimbang dia memilih jalan yang salah masa nak balik ke rumah. Dah sampai di rumah orang lain pulak. Lagi pun risau juga kalau dia memilih jalan kampung sebab banyak simpang-simpang ke arah yang MUNGKAR kalau hi-way tak apa juga sebab jalannya LURUS, KEJALAN YANG BENAR gitu.



Kalau pengantin lelaki kita tu 50 tahun lebih tua dari kita pun tidak menjadi halangan. Asalkan dia tu BERHARTA dan BERHARTA. Biarkanlah orang nak gelak-gelakkan korang masa bersanding, kerana pengantin lelaki lebih banyak pandang lantai daripada pandang tetamu, sebab masa kalut-kalut nak bersanding tu, LUPA NAK SAMBAR TONGKAT. Sekurang-kurangnya dorang TERSILAU juga dengan pancaran BERLIAN yang korang pakai tu. Tak apa korang BERSABAR saja. Sudah tak berapa lama dah, itupun dah nyaris-nyaris MENYEMBAH BUMI, tunggu saja sikit hari lagi. KORANG PASTI JADI JANDA TERKAYA. Har-har

Huhuhu SEKIAN..

Selasa, 12 Januari 2010

EKSEKUTIF, JURUGAMBAR DAN PASAR MALAM


Aku baru sahaja menambah menu jualan baru-baru ini. Pulut udang 3 biji RM2. Terjegil juga mata seorang Makcik tu yang terdengar aku cakap harga begitu. Mahal betul. Memanglah saiz pulut aku tu kecil sikit dari yang ituari. Dah aku ambil kat orang pun mahal, tak akan aku nak jual murah pulak. Minggu ini aku rasanya aku akan menjual dengan harga 50 sen sebiji. Untung beberapa sen pun tak apalah. Aku kan masih belajar menguruskan syarikat aku mengikut cara sendiri. Aku masih cuba menambah menu yang ada. Akan datang, aku akan masukkan SATA semula. Itupun selepas menempah dapur baru. Dapur yang ada dah jahanam.

PERHIMPUNAN PAGI DENGAN PENGERUSI EKSEKUTIF


Bosan aku mendengar kata-kata manis EC yang keseluruhannya aku sifatkan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Aku mengambil keputusan dengan TIDUR masa dia sedang GHAIRAH berucap. Tiada keuntungan pun pada aku yang boleh menyebabkan mata aku ini terus terjegil. Aku terasa AMATLAH TIDAK DIHARGAI.


Aku salalu mengingatkan diri sendiri supaya BILA AKU SUDAH JADI BOSS nanti, janganlah hendaknya aku menganiaya orang bawahan aku, seperti mana yang aku rasa sekarang ini. Aku tidak mahu menyimpan harta berbilion dollar sama ada asset cair atau beku sekali pun. Bukan boleh bawak MATI pun. Biarlah keuntungan Syarikat itu dapat dinikmati oleh semua, terutama kepada yang bersusah payah untuk Syarikat aku itu. Supaya setiap kederat kakitangan itu BERBALOI.

Isnin, 11 Januari 2010

BOIKOT MANDI PANTAI PORT DICKSON

(CERITA DARI eMAIL)



”Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu. Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa ke laut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...


Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki bayak yang putus dan jari-jarinya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan?”



Huhuhu terkejut beruk betul aku. Tangk sangka betul air masin pun buaya boleh hidup. Ingatkan kalau orang cakap buaya PD, aku ingat yang tersolek-golek SEKSI di tepi pantai PD tu saje, rupa-rupanya bukan ya. Uik ngeri betul kan.

Sabtu, 9 Januari 2010

SUMPAH LAKNAT TOKEY GULA PULAK


Hahaha muka depan KOSMO tokey-tokey gula pulak bersumah segala untuk TIDAK MENAIKKAN harga gula sesukarasa. Macam dah tidak beriman pulak dorang-dorang ini.

PELIK betul, di sini hanya ada satu pengusaha bahan keperluan itu. Orang lain tidak boleh mengusahakannya. Padahal yang tanam tebu orang kita yang KAYA dia sorang saja. Sampailah dia digelarkan ’raja gula’.APA CERITA...

Sepatutnya tanaman tebu ini dibuat lebih menyeluruh dan penghasilan gula boleh dibuat oleh sesiapa saja yang mampu. Jangan tumpukan hanya kepada satu pengusaha sahaja. Kenapa, takut poket sesetengah kaum tu menyusut tahap ketebalannya ke? Sudah-sudahlah tu. Duit banyak pun bukan boleh MERASUAH MALAIKAT bila dah mati nanti. Huhuhuhu.


Kita kan dah ramai yang cerdik pandai. Hinggakan ada yang dah pandai cipta bom buatan sendiri pun. Bukan itu sahaja, ramai juga yang sudah berani mencipta dan menyalahgunakan bahan-bahan kawalan tersebut bukan pada tempatnya. Contohnya menC4kan mayat manusia. Hehehe. Tak akan lah untuk menghasilkan gula pun, kita tak reti. Cuba bagi ’green light’ mesti raja gula tak senang duduk. Bukan setakat gula biasa kita boleh buat, gula organik pun BOLEH!

GENERATOR BARU



Semalam aku berjaya membeli generator baru di kedai KIM THENG section 25 Shah Alam dengan harga RM340. Seronok pegi situ, bermacam-macam keperluan rumah ada. Bawak sajalah duit yang cukup. Nasib baik aku kenangkan waktu maghrib hampir habis, kalau tidak aku masih berpusing2 di situ. Hargapun bolehlah tahan, tak mahal sangat. Kalau pandai mengosok amoi-amoi tu lagilah berbaloi.

Jumaat, 8 Januari 2010

KLINIK UNTUK ORANG MISKIN

Kos membina klinik untuk orang miskin dianggarkan lebih kurang RM 10 juta. Wah-wah banyak betul duit kerajaan ya. Itu baru sebuah klinik. Kalau ada 14 negeri dah berapa ya. Tak kan hanya sebuah klinik untuk satu negeri saja kan, paling koman mestilah 2 atau 3 buah klinik. Wah makin seboklah golongan yang sedikit itu mengira % keuntungan.


Bukan itu saja, sudahlah rata-rata orang miskn itu sudah membayar pembinaan klinik mahal tersebut, bila nak dapatkan rawatan kena bayar lagi, paling hampeh RM1 seorang. Itu baru seorang, yang miskin di Negara ini bukan hanya seorang saja. Kalau setakat nak periksa tekanan darah, kandungan gula dan kolestrol rasanya tak perlulah membuang duit rakyat melampau-lampau. Bukan kah sudah diwujudkan klinik desa disetiap ceruk rantau negara ini, apa salahnya letakkan khidmat tersebut sekali. Bukankah lebih BAGUS. Gunakan bajet 10 juta tu untuk tujuan lain yang lebih memerlukan. Contohnya tambah subsidi minyak untuk warga tempatan, ataupun untuk subsidi gula. Ataupun letakkan subsidi untuk 1001 cukai-cukai yang ada di negara ini yang dah tentu-tentu menyakitkan hati. SUSAH SANGAT KE?.


Itu pun dengan gah boleh cakap, ”........kita tak nak jadi macam orang lain yang janji macam-macam, kita terus buat. Itu bukti kita. Rakyat didahulukan...........” Memanglah rakyat didahulukan, tapi didahulukan sebagai benteng kesusahan. Kalau jadi apa-apa, rakyatlah yang susah dulu, rakyatlah yang mati dulu, anak beranak dia dan kaum dia semua selamat. Itu kata-kata seorang yang penakut. Eleh apa nak HAIRAN.... memang dia ini PENAKUT. Paling bangsat kita sekarang ni takut dengan H1N1 dengan ALLAH tu dah memanglah kita takut, tapi dia ni dengan ALLAH dah lah tak reti nak takut (sebab itu banyak buat dosa) dengan B1N1 dia takut lebih-lebih pulak. Hmmm sungguh MEMALUKAN.


Renungkanlah diari tahun 2009 yang lalu, banyak peristiwa telah berlaku. ALLAH menguji kita dengan berbagai cara. Diberikan kesulitan dan kesusahan tetapi diberikan jalan untuk mengatasinya bersesuaian dengan kemampuan kita. DIA juga memberi kesenangan tetapi diberikan sedikit kesulitan dengan maksud supaya kita bersyukur dan sentiasa ingat kepada NYA. Firman Allah Ta’ala:

‘... Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” ( Al-Anbiya’: 35)

Khamis, 7 Januari 2010

PELIK TAPI BENAR


Bila DIA mencipta sesuatu kejadian, pasti sesuatu itu yang TERAMAT HEBAT dan tidak pernah terjangkau oleh akal manusia. SUBHANALLAH-ALHAMDULILLAH-ALLAHU-AKBAR. Segala pujian hanya untuk DIA.


Aku terima email ini dari seorang kawan. Tiada penerangan apa-apa mengenai gambar ini. Cuma BERTAJUK SUNGAI DALAM SUNGAI. Beberapa kali juga aku menekun melihat objek yang ada di dasar sungai itu. Mesti bukan dalam negara ini. Kita cuba merancang yang terbaik, tapi DIA adalah perancang yang lebih baik dari yang terbaik. Setiap satu yang diciptanya pasti sempurna. Diciptakan manusia HEBAT tetapi dihiasi sedikit kekurangan agar kita tidak jatuh RIYAK dan lupa diri.


Aku sedikit sedih melihat sikap kawan-kawan yang berusaha menambat hati SGM baru. Aku tidak mahu jadi seperti mereka. Sebab dia sudah mengenali aku terlebih dulu. Dia tahu banyak pasal aku dan aku tidak boleh berbohong. Aku kuatkan hati untuk jadi seperti apa yang aku ada hari ini, dan dari mula aku memijak bumi kotor syarikat ini. Hahaha rata-rata orang mengelupur bertanya macam-macam tentang SGM dengan aku. Lepas hari ini akan hanya akan jawap ’tunggu dan lihat sendiri’.


Jauh di sudut hati, aku terasa ada orang yang kurang senang dengan keakraban aku dan SGM. Aku dapat rasa sesuatu yang pelik. Cara dorang memandang aku dan lain-lain. Di sini ada saja orang yang suka mengadu & mengampu. Hmmm kalau dah banyak sangat MELAYU macam inilah.

*sumber gambar dari email

Rabu, 6 Januari 2010

MESYURAT TERGEMPAR DENGAN SENIOR GENERAL MANAGER


5 January 2010, Semua kakitangan Jabatan menyertai mesyuarat tersebut. Termasuklah kawan-kawan dari WR. Berjumpa semula dengan mantan boss aku dulu, masa mula-mula masuk kerja syarikat kroni ini. Agak berusia dan susut juga dia, mungkin tertekan seperti aku dulu, masa mula-mula dapat berita itu.


Lepas habis mesyuarat itu, OG telah mengambil kesempatan untuk bercerita macam-macam hal aku dengan RM. Paling sadis....”dia tu memang bermasalah, sebab itu kena transfer ke sini…” perghhh. Mujur aku mengenali RM terlebih dulu. Dia siap ckp, “jangan cakap macam itu, cuba fikir sebaliknya..” terkedu OG.


Aku pelik betul lah. Apa salah dan dosa aku hingga di begitu busuk hati dengan aku. Rutin harian aku datang kerja dan buat hal sendiri saja. Tak ada pulak aku dok menghilangkan diri selepas punch in. Kalau dia bagi kerja aku buat senyap-senyap, siap hantar saja. Pening betul aku.



Owhh baru aku perasan, aku nih adalah insan terpilih yang sempurna. Walaupun cuma executive cabuk tapi aku boleh merampas kedudukan EC, kalau setakat Manager tu celah gigi sajalah, anytime aku boleh caras dia. Sebab itu dia berusaha keras untuk keluarkan aku dari sini. Hihihi yelah gaji aku pun lebih besar daripada gaji dia, kurang sekupang saja nak sama dengan CEO. Apalagi makin ramailah orang yang dengki dengan aku.


Hmm tak apalah, aku memang suka orang cakap-cakap belakang kat aku. Dapat juga aku menambah koleksi pahala bonus. Kat sini memang tiada harga, tapi kat SANA nanti amat berguna. TERIMA KASIH banyak-banyak.