Rabu, 8 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat TAHUN BARU kepada semua sahabat. Mudah-mudahan tahun ini adalah tahun yang lebih baik  dari tahun-tahun sebelum ini. Mulakan lembaran buku baru dengan semangat baru. Jangan mengalah dengan dugaan yang mendatang. Setiap sesuatu yang terjadi akan ada kebaikan untuk kita. DIA merancang sesuatu adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. 

Teringat aku akan satu cerita....... ada seorang nenek tua, yang kerjanya menjual tempe di pasar setiap pagi. Satu hari tempenya tidak masak. Dengan berat hati dia ke pasar juga dengan hati yang berat kerana itu sahaja sumber rezeki nenek itu. Sehingga tengahari satu tempe pun tak laku. Setiap sejam sekali dia akan membuka bungkusan tempe itu sambil berdoa tempenya masak. TAPI HAMPA. Sampaikan orang dah nak balik tempenya masih mentah...hinggalah datang seorang hamba ALLAH yang mencari tempe belum masak untuk dikirim kepada anaknya yang berada diseberang laut. Habis diborongnya tempe nenek itu tadi. ALLAH merancang sesuatu itu dengan caranya sendiri yang kita tidak pernah terfikir pun.

CUTI TAHUN BARU & MAK

Aku sempat menziarah MAK di Hospital Slim River. Aku sampai lebih kurang jam 10 pagi. Waktu bersalaman dan mencium tangan MAK baru aku terasa tangan mak dah mula nampak tuanya, berkedut menyimpan LELAH. Cukup SEBAK. Si Nurul menemani MAK sepanjang waktu. Malam dia pun ikut berbaring bersama MAK di katil Hospital. Pagi tadi sempat juga aku menghantar Nurul mandi dan menukar baju di Kampung. Bukan itu saja, sempat juga aku membebel dengan orang-orang yang berada di rumah termasuk ABAH. 'MAK tu dah penat sangat... tak boleh ke tolong-tolong kerja MAK mana yang patut?' Si Emi, Mak Mok semua macam orang BISU. Mujur juga dia faham perangai aku. Hah kalau menjawap lagi panjang aku baca kitab. Silap gayanya ada yang terpaku di dinding juga. Lebih kurang jam 6 petang aku bergerak balik ke Shah Alam.

Sungguh sarat isi kepala ini. Aku pernah berjanji untuk bawak MAK tinggal di sini. Tetapi, tulah MAK aku ni berpekej. Pakej dengan cucu. Aku belum dapat rumah yang sempurna untuk didiami oleh keluarga. Subang Permai tu, MAHAL SANGAT. Rumah yang ada sekarang ni dia tak berkenan pulak. RUMAH NI PANAS DAN TERKEPUNG.

Tiada ulasan: