Khamis, 9 Disember 2010

PERANG BELUM TAMAT

Januari ini, dikala orang sedang menanam azam tahun baru, aku dan kawan-kawan akan diutus ke Negeri di bawah bayu pula. FELDA SAHABAT, Sabah. Takala kepala sedang sarat memikir MAK yang tidak berapa sihat aku terpaksa berjauhan pula. Mudah-mudahan MAK tak apa-apa sepanjang peninggalan aku itu nanti. RISAU MAKSIMA. Aku bukanlah anak manja MAK pun, tapi biasanya aku antara yang terawal diupdate kalau sesuatu terjadi di Kampung tu. Termasuklah jiran jauh yang aku tak berapa kenal pun  meninggal dunia.

Kebiasaannya ABAH yang akan update aku. Ishh INTERNET BERGERAK betul BAPAK aku ni. Paling risau kalau dapat call seawal jam 4 pagi. Kalau jantung aku ni tak cukup kuat, harus melorot sama dengan selimut yang jatuh ke kaki dek kerana terkejut melampau. Ishh itu membawa erti handphone ABAH baru ditopup. Aduihhh.

Untuk program SABAH ini, aku diberikan tugasan baru FLOOR MANAGER. Harus mati berdiri jugak aku ni. ARAHAN TERBARU mulai hari ini, aku yang akan diberi tanggungjawap itu didalam apa juga majlis syarikat. ' eleh dah 9 tahun kerja tak kan TAK BOLEH' Dato' MHI menyindir aku tadi. Dengan semput-semput aku menjawap 'INSYALLAH'.  

Tiada ulasan: