Jumaat, 17 Disember 2010

ORANG PANDAI VS ORANG TAK PANDAI

Kalau aku diberi Nya peluang meminta. Ingin sekali aku meminta kepandaian membaca isi hati dan perkara-perkara yang ada dalam fikiran orang lain. PELIK AMAT. Seorang demi seorang rakan sejawat menarik diri dari pertubuhan separa syarikat ini. JIWA TAK CUKUP KUAT. Agaknya kalau sekali kena marah aku hantar surat letak jawatan, rasanya dah lebih 20 kali aku hantar surat tu kot. 

Kes 1, Eksekutif Sukan. Kena marah dengan Encik Manager sebab terlalu berlazat-lazat tidur sedangkan kami semua masih menyusun kerusi meja di dalam dewan dikala dinihari. Tup-tup terus hilang malam itu. Dari Kedah boleh suruh kawan hantar sampai Sg. Behrang. RESIGN TANPA NOTIS. Hahahaha. Baru keluar Universiti starting gaji sudah 3k, perangai macam tu lah pulak. Aduihhh

Kes 2, Eksekutif Sukan Bermotor. Pun lebih kurang begitu. Kena MARAH terus letak surat resign. Hmmm nak cakap apa kan. Kita tiada hak untuk menahan mereka dari terus memajukan diri di luar dengan cara yang dia senangi. Sekarang yang tinggal Aku & Eddy. Yang menyedihkan kedua-duanya ORANG PANDAI itu brand Universiti Malaya.

Aku tiada brand mana-mana U dalam Malaysia pun, tapi aku ada apa yang dorang tak ada. 'SEMANGAT'. Benda yang tidak boleh dipindah milik, yang tak dapat dibeli dimana-mana pasaraya dan tak boleh di discount walaupun 1%.  

Aku sempat keluar makan berdua dengan Eddy baru-baru ini. Aku tanya dia, ko pun nak resign jugak? dia geleng kepala. 'Aku dah malas nak interview' mudah jawapan dia. Samalah dengan aku. Aku malas nak interview. Kalau aku resign pun, akan ku hayun van hijau tu kemana-mana saja mencari rezeki sendiri. Makan gaji, MUNGKIN TIDAK. Selagi kita rajin, insyallah DIA permudahkan urusan kita. PEGANG KATA-KATA AKU INI. Dengan syarat, kalau dapat sikit jangan merunggut kalau banyak pula jangan sombong.

Tiada ulasan: