Ahad, 19 Disember 2010

MY REST DAY

Hari ini aku tidak ke PASAR MALAM. Sebok mengemas segala. Dan terbang juga beberapa ratus untuk aku mengindahkan bilik serta membeli iron. Huhuhu. Janji aku puas hati. Mak datang dan sedang beradu barangkali. Aku masih melayan sisa-sisa mengemas itu. Tinggal nak cari karpet kecil untuk sudut solat. 

Aku sempat membawa mak ke restoran Di sudut hati. Siap berpakej lagi. Ayah dan Mamanya si Ebi pun ada sekali. Si Nurul makan bukan main banyak tadi. Huhuhu. Makanlah selagi boleh, dan ketika aku berduit untuk membelanja kalian. Mana tahu esok-esok aku tak berduit jangan pulak buat tak tahu saja. 2 ekor siakap stim limau tak cukup barang kali. Aku suruh tambah order tak mahu pulak. Hahaha selamat poket aku. Tapi betullah biar makan berebut-rebut jangan membazir. Tak baik woo.

WESTERN DIGITAL tempat dorang bekerja tu, telah mengumumkan bonus tahunan. Dan dijangka masuk akaun 22hb nanti. Hahaha ada yang berjanji nak membelanja aku pula nanti. Alhamdulillah aku tunggu ni.


* sumber gambar INTERNET. Gambar lelaki separuh bogel tu John Abraham, Pelakon HINDI & Model. Huhuhu selamat cuci mata. Kalau bosan tengok selalu gambar ni agak MENYEMARAKAN semula SEMANGAT YANG KIAN PUDAR. Hahahaha

Tiada ulasan: