Rabu, 29 Disember 2010

KERJA MASIH LAGI MENDUDUKI CARTA PERTAMA

Hmmm kerja dan kesibukan berganda. Bosan tahap siot jer. 4 - 10 Januari 2011aku akan ke FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah dengan tanggungjawab baru. Aku lebih senang memegang kamera ke sana sini memetik shutter pada mana-mana senario yang HARUS dikenang dan diingat sampai bila-bila. AKU TAK SUKA TUGAS BARU AKU SEKARANG. Memeningkan dan buat darah aku tinggi rendah tak menentu. 12 - 15 Januari 2011 aku akan ke FELDA Chiku, Gua Musang, Kelantan pula. Hmm tak sempat mendobi aku rupanya ya. So standby baju banyak-banyak. Arghhh penat-penat. 19 - 24 Januari 2011 pula... jeng-jeng. cuti-cuti Malaysia. Hahaha duit tak cukup banyak pun ada hati lagi nak bercuti jauh-jauh. Hmm kadang-kadang tak perlu merancang banyak-banyak. Rasa nak, buat saja. Dan tunggu hasilnya.

Mana aku nak pergi korang tunggu le aku upload dalam ni nanti. Hahahaha. Kepada yang terasa irihati dan nk tarik blik cuti aku tu, silalah berbuat demikian. Dan jangan lupa standby kan saja duit nak ganti balik duit tiket dan hotel aku. Kalau aku dah bayar 2k dia kena pulangkan kat aku 6k. Huhuhu MATA DUITAN...MOTTO itu harus dikekalkan TANPA JEMU. Kihkihkih

Tiada ulasan: