Sabtu, 11 Disember 2010

HAPPY BIRTHDAY TUANKU

Seisi SELANGOR bercuti hari ini sebagai menghormati KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN. Tetapi hamba ALLAH yang kerdil ini masih bersemangat membuat kerja mengikut deadline yang telah ditetapkan. Itu bukan bererti tidak menghormati ya. Selamat ulang tahun TUANKU!. Teringin sangat aku mengetahui macam mana agaknya suasana SULTAN dulu-dulu bila sambut Birthday. Rasanya seluruh rakyat jelata akan dijamu dengan hidangan ISTANA. Wahh tentu seronok kan.

AKU, DIA & KERJA

Hari ini aku ke pejabat hanya dengan bermuda dan t-shirt. Sudah berjanji dengan kawan-kawan lain jam 11 dipejabat. Hampehh saja. Tiada orang pulak yang ingin membuka pintu pejabat. Aku mengambil masa ini untuk makan sarapan pagi dan tegahari sekali gus. Jam 1 aku kembali ke pintu pejabat. Sudah terbuka tetapi di dalamnya masih gelap. Masa aku nak masuk tu, berselilisih pula dengan Dato' MHI. Hahaha. Alamak kantoi. Dia pandang aku dari atas ke bawah. Hahaha. Maluh ahh. Buat muka dol saja, senyum ala kadar menyapanya dan terus masuk. Apalagi bertungkus lumus sampai jam ini.

Aku harus menyiapkan list peralatan dan semua peralatan yang perlu dibawa naik kapal laut sebelum 19 Dis 2010. Dari Motor berkuasa Tinggi, Motorcross hinggalah ke barang-barang cetak. Macam nak GILA pula aku ini. Wah kakitangan yang lain boleh pula berlazat-lazat bercuti segala. List kakitangan yang akan pergi, surat-surat jemputan, keperluan lain, semua diatas BATU JEMALA PATIK. Hampehh betul. Isnin aku akan mewakili Manager aku untuk masuk di dalam mesyuarat PENGURUSAN. BENCI MAKSIMA. Bermesyuarat 2 -3 jam hanya membuang masa. Kalau aku gunakan 2 - 3 jam itu untuk menyiapkan benda lain adalah lebih BERBALOI. BOSS AKU TAK PERASAN KE??

Ohh ya, rakan sejawat aku telah diBONGOK kan oleh BOSS. Aku yang memangku Manager ni secara tidak langsung terkena tempiasnya. Hmm tulah degil sangat, kalau aku suruh buat sesuatu tu buatlah dengan skala LAJU, ini lembab ngalahkan kura-kura. Memang aku nak terajang meja saja rasanya masa tu, tapi aku perlu cool. Keluar saja bilik BOSS siap ko. HAMPEHH BETUL. Pandai pula MEMINTA MAAF..

Tiada ulasan: