Ahad, 26 Disember 2010

AKU KE PANGGUNG

CUTI pada hari SABTU CHRISTMAS semalam aku habiskan dengan kerja-kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan semua kenderaan bermotor kecuali si van pencari rezeki. Hahaha minyak hitam dan filter talah ditukar dengan yang baru. barulah rasa lega sikit walaupun poket tidaklah berapa lega. Semakin kurang tebal lah pulak. Malam pulak aku pergi berlibur dengan teman pejabat. Apalagi tengok wayang lah. Mujur juga dia ada, kalau tidak haruslah aku hanya bergolek-golek saja di katil bujang ini.

Aku dengan dia tengok cerita 'gullivers travel'. Memanglah terhibur sangat aku. Dari awal asyik tergelak-gelak saja. Kepada kawan-kawan yang nak bawak anak-anak menonton, boleh lah tengok cerita ni. Taklah berat sangat. Dan yang penting tiada aksi lucah. Cium-cium sikit tu adalah, itu pun dihujung-hujung cerita. Lagi pun tidak mendatangkan ghairah pun ciuman sebegitu. Huhuhu JANGAN risau cerita ini dilabelkan dengan 'U' sign. Hahaha

Tiada ulasan: