Jumaat, 17 Disember 2010

AKU BEREMOSI LAH PULAK

Hari ini keadaan emosi masih tidak stabil. Manager aku tetiba mengambil cuti separuh hari masa aku keluar ke Ibu Pejabat. Balik saja pejabat, itu dia amanat dan peninggalannya. Yelah aku kan pemangku tegar. Hampeh. Si Hitam Kelat mulalah memetik aku itu dan ini. Siot betul. Duduklah aku macam tunggul kayu di kerusi empuk dan panas ini.

Dari tadi sengaja memerajukkan diri. Sebenarnya tak ada apa-apa kes pun. Cuma sengaja buat-buat macam merajuk. Hahaha gelak golek-golek dalam hati. Mujur tiada siapa yang melayan karenah mengada-ngada aku nih. Hahaha buang karen jer.

Esok aku akan masuk pejabat. Kali ini kena berpakaian agak sopan sebab kena ambil gambar The Boses yang bermesyuarat. Itu pun nak bergambar. Layan sajalah. Aku sedang mula berjinak-jinak dengan videocam. Hehehe pendidikan baru tu. Aku suka sangat.

Tiada ulasan: