Ahad, 21 November 2010

TAHNIAH & TERIMA KASIH

Sabtu dan Ahad baru-baru ini aku dan kawan-kawan berkampung di Hotel The Grand Bluewave, Shah Alam. PENAT MELAMPAU. Programnya taklah GAH manapun tapi bila BOSS aku tu kalut ribut sampai hilang tatatertib bercakakap letihnya hanya TUHAN sahaja yang tahu. Kadang-kadang bila dia bercakap macam 'hanjing' tu rasa nak baling dengan kerusi pun ada jugak. Biar dia tahu AKU TAK SUKA dengar bahasa-bahas RANJANG dia tu.

DIBODOHKAN DAN MEMBODOHKAN macam sudah biasa dari bahasanya. Dia tak perasan kot yang kami ni bahasa BIADAPNYA lagi tinggi darjatnya. Ituari dia tidak sihat sampai doktor sendiri tak tahu apa sakitnya. Seminggu juga dia merana. PADAN MUKA KENA SUMPAH SERANAH HARI-HARI.

Semua kawan-kawan hilang mood sudah. Apalah nak jadi nih. Tapi disebabkan KERJA semua orang kena bertabah. Luaran sahaja nampak senyum manis dalaman, hanya DIA sahaja yang mengerti. YA ALLAH BANTULAH KAMI.

Orang luar yang jumpa  kami sesekali boleh faham perasaan kami, tapi yang hari-hari mengadap kami ni jangankan nak faham nak berfikir sedikit untuk kami pun SUSAH. Mudah-mudahan ALLAH swt berilah mereka ini semua sedikit HATI. Tak perlu banyak, cuma sedikit agar dia mengerti setiap LELAH kami, bukan untuk menagih TAHNIAH cuma TERIMA KASIH.


LETIH DAN BENGANG, jam 2.00 pagi aku masih cuba melangkah dengan gagah mencari kekuatan yang telah bertebaran disetiap pelusuk konkrit hotel. Aku baru kena BASUH dengan BOSS sebab reben di HILUX yang nak dirasmikan esok itu CENONET SANGAT. Memanglah bukan aku yang diamatkan untuk itu, tapi untuk kawan-kawan biarlah aku yang tanggung. 'Ada kedai bukak lagi tak' HAHAHAHA satu lagi doa aku... 'YA ALLAH kurniakanlah dia ini AKAL WARAS SELALU'. 

Tiada ulasan: