Khamis, 4 November 2010

OKTOBER YANG SEKSA

Telah berlalu pun hari-hari yang amat menyeksakan di dalam bulan OKTOBER. Tapi standard lah kesan-kesannya akan berlarutan hingga hujung nyawa. OKTOBER yang banyak membawa erti tentang PERSAHABATAN, KESEDIHAN, EGO DAN TAWAKAL.

Kesebokan kerja masih ditahap melampau walaupun aku dianugerahkan dengan pencapaian prestasi hanya '69'. Hmmm kalau salah perhitungan, aku bakal-bakal memasuki carta kakitangan paling HAMPEH menjelang tahun 2011. BONUS TAHUNAN dan KENAIKAN GAJI untuk tahun ini sudah boleh dipadamkan dari impian. Hahaha sungguh mengecewakan. Aku masih tidak menjalankan tugasan dalam skala yang diharapkan oleh BOSS.

Banyak masa sudah aku korbankan dan rasanya sudah tak larat pula. Tak akan pulak aku nak KORBANKAN DIRI sendiri untuk Pertubuhan ini yang mana kemudian hari kena 'kick out' jugak. JANGAN HARAPLAH. Oh ya, aku sedang merencana aktiviti-aktiviti untuk kakitangan dengan tajuk 'JOM TANGANI STRESS'. Kertas kerja aku ini akan dihidangkan kepada Encik Boses dalam waktu yang terdekat. 'Kalau dia berhati perut dia akan pandang serius program kecil aku ini. Tapi kalau dia memang tidak pernah dikurniakan hati tapi berperut, cadangan ini hanya aka ditongsampahkan sahaja'. Huh

Tiada ulasan: