Jumaat, 19 November 2010

KORBAN 2010

Hari ini adalah hari terakhir umat Islam seluruh dunia melakukan ibadah korban untuk tahun 2010. Pengertian korban tahun ini lebih menjadikan aku insan yang bersyukur dan redha. Tahun 2010 yang sarat dengan pelbagai cerita. Korban masa yang banyak memaksa aku bersengkang mata demi memenuhi kehendak BOSS. Korban sahabat yang gelak tawa dan guraunya cukup seksa untuk dilupakan. Korban ego untuk memohon maaf pada janji yang sering 'terlupa' untuk ditunaikan.

Aku harap pada yang berkenaan terutama yang aku sering tidak tertunai janji. Seribu maaf diminta. Mudah-mudahan tahun 2011, tiada lagi janji yang ternoda dan aku akan lebih berhati-hati untuk itu. Selamat Hari Raya Korban kepada SEMUA pembaca setia, mudah-mudahan aku diberinya tinta bahasa supaya dapat terus melakarnya di sini. 

Tiada ulasan: