Jumaat, 26 November 2010

KEDAH YANG BASAH

Hari ni aku balik agak awal juga. PENAT. Pagi tadi baru sampai Shah Alam semula jam 4 pagi dari FELDA Lubuk Merbau, KEDAH. Bermesyuarat di sana dengan ketua-ketua masyarakat FELDA. Hujan sepanjang jalan. Pemanduan aku pun jadi lembab, selembab Lebuh Raya PLUS tu. Sampai di rumah BOSAN MELAMPAU. Golek-golek atas tilam pun tak dapat nak lelap.

Aku sudah rindukan WIRA aku tu. Bilalah boleh memandu kereta sendiri ni. Sejak dia dimasukkan ke ICU, kereta kawan aku tulah jadi mangsa. Huhu. Tapi kereta orang tetaplah kereta orang kan, mana sama dengan kereta sendiri. Lagi-lagi kalau drive dia ada kat sebelah. Terlanggar lobang pun kena jeling kat dia tengok air muka dia. Bengang ke tak. Hahaha. Pejabat aku makin ramai orang, ada gadis-gadis dan mak orang juga. Tapi semua tidak mendatangkan NAFSU BERAHI. Yang lelaki pulak, hmmm tidak seperti apa yang aku bayangkan. Hensome dan 'gebu'. Yang datang tak berapa hensome dan tak gebu langsung.

28 November ini, sekali lagi melewati kebun-kebun getah utara tanahair untuk mengadakan program syarikat. Harap-harap semua berjalan lancar. Habis sahaja di sana, kami akan diutus ke Pulau Pinang pula pada 4-5 Dec. Program Pengutusan Resolusi. Huhuhu. Bila boleh cuti ni. Letihlah encik boss. 


Tiada ulasan: