Ahad, 28 November 2010

KAWIN PAKSA?

ESOK aku dan 6 lagi kawan akan berangkat ke KEDAH. FELDA Lubuk Merbau. Pening jugak kepala mengenangkan nasib diri. Selang seminggu saja, hidup aku dihantui HURU HARA. Sudahlah kerja banyak, BOSS aku yang hitam kelat tu BIADAP tahap melampau. Aku rela berkerja 24 jam sehari, kalau perangai BOSS aku tu 5 bintang darjatnya. Ni dia beriya-iya nak ke KEDAH. Eleh macamlah aku tak tahu, dia nak melepasi sempadan, kat situkan banyak 'ayam'. Memang itu jelah standard dia. 'Ayam-ayam sakit' sebagai hidangan untuk kesundalan dia tu. Mudah-mudahan sakit ayam-ayam tu kena kat dia jugak. Huhuh. Tadi mak aku telefon bagitahu. Adik aku si FARA ni nak dipaksanya tunang minggu depan.

Wahh, aku nih dalam telefon malas nak cakap banyak. Tunggulah aku balik nanti. Aku pernah tanya Fara dia cakap dia tak nak ngan budak tu. Aikk mana boleh paksa-paksa bab perasaan dan hati ni kan. Tak serik-serik lagi mak aku ni rupanya. Dulu masa kakak aku kawin pun dia punya urusan le tu. Asal dia mengandung je, abis laki dia kena halau keluar umah. Ha tak susah hati mak bapak aku tu. Mak mertua kakak aku tu makcik jauh aku. Banyak sangat story. Ha tangunglah korang. Aku yang duduk dengan pasangan yang tak seperti 'laki bini' ni pun kenalah tempiasnya.

Kalau aku ada rajin kang aku cuma nak tanya 'Mak tak serik ke?'. Malas nak marah-marah dengan orang tua ni. Tak berkat puak hidup aku nanti. Pada akulah, kawin nih sampai mati kalau boleh. Biarlah dia cari sendiri. Akupun suka kalau dia betul-betul nak kawin. Tapi kalau nak paksa-paksa ni, bukan akulah orangnya. Tak sampai hati aku kalau orang yang tengok dia sanding punyalah gembira, tapi yang atas pelamin menangis seksa. Fuhhh semua orang berhak untuk hidup dalam gembira. Jadi aku orang yang 'sedar' ni kenalah bersuarakan.   

Tiada ulasan: