Sabtu, 20 November 2010

JEMPUTLAH DATANG

Aku baru saja balik dari pejabat. Jam sudah 2.11 pagi. Huh. Lencun macam tikus yang terjunam dalam air. Aku dan beberapa orang rakan sedang sebok menyiapkan beberapa persiapan akhir untuk Program Pelancaran Biro Aduan GWGF Sabtu & Ahad ini. Esok pagi sebelum jam 2 petang aku akan menyudahkan mana-mana yang belum siap lagi. Hahaha. Part aku sikit saja. Menyelenggara pameran dan bahan-bahannya serta jurugambar dimajlis itu. Huhuhu menanglah kerja yang sangat aku suka tu.

Buah hati aku si WIRA tu masih di ICU. Bilalah nak sembuh aku pun tak tahu. Berkorban juga aku untuk beberapa minggu lagi. Inilah antara PENGORBANAN YANG AKU MAKSUDKAN di RAYA KORBAN tahun ini. Harap-harap janganlah hujan selalu sangat. Boleh demam aku dibuatnya. Kepada rakan-rakan yang berasal dari FELDA dengan hormatnya dijemput ke Hotel Bluewave Shah Alam pada 21 Nov 2010 (AHAD) jam 9.00 pagi untuk sama-sama meramaikan majlis dan menyokong usaha pertubuhan ini untuk menyatukan generasi FELDA disetiap peringkat sekali gus mengurangkan bilangan 'doktor sendiri' di kawasan panas seperti FELDA.

Tiada ulasan: