Sabtu, 13 November 2010

BOWLING TERTUTUP SYARIKAT

Rabu 10 November 2010 tempohari Jabatan aku telah menganjurkan PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP kakitangan di Ole-ole, Shah Alam. Setelah sekian lama tidak membuat lontaran-lontaran padu, agak terkial-kial jugak aku. Tapi alhamdulillah tidak mengecewakan le result. Dan kerana aku seri dengan en BOSS, aku terselamat dari disembelih selama sebulan. Maut tu, sapa kalah kena belanja dia makan breakfast, lunch n tea time. Nasi lemak, bihun sup dan nasi briani. 

Kepada kekawan yang tidak berjaya menjatuhkan pin sebanyak dia dan lebih dari dia, kena sembelihlah. Hahaha. Skill melontar maut sudah hilang pulak. Terpaksa mengadakan sesi training semula. Lepas nih aku akan mempelawa kawan-kawan di Ibupejabat untuk buat lagi pertandingan seumpama ini. Lepas tu baru offer kepada anak-anak syarikat yang lain. Itu pun lepas aku dah dapat semula skill. Huhuhu

Jadi kepada kawan-kawan yang membaca blog ini di Ibupejabat WR, mulalah membuat lontaran dari sekarang ya. Akan ada sesi melontar bersama selepas ini. Kemudian FUTSAL. Masih adakah team FUTSAL aku yang dulu tu. Wahh rindunya aku pada padang FUTSAL. 

Aku sedang merencana untuk menyertai team badminton Ibupejabat semula. Perut sudah mula 'mencomelkan diri' sungguh tak MACHO. Pakai baju pun perut sudah kelihatan dari segala sudut. Huhu nak berjoging bila pulak masanya. Tak kan nak joging lepas jam 8.00 malam kan. Nanti ada 'benda' joging lagi laju dari aku pulak. Harus kecut perut yg comel tu. Hahaha

Tiada ulasan: