Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT YANG PERGI

Aku masih terperanjat, aku masih terkejut. Pagi-pagi terima sms dari seorang sahabat 'SU DAH TENAT, DR DH SURUH DIA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAT. SEKARANG DI WAD ICU PPUM'. Lima minit berselang telefon berbunyi tiada salam tiada suara hanya ada esak tangisan. "SU DAH TIADA". Tergamam seketika aku. Kepala yang dari tadi berdenyut-denyut makin rancak denyutannya. Tegang seluruh urat kepala. WAN SURIA WAN JONIT. seorang sahabat yang baik dan merupakan orang pertama yang menegur aku dengan santun masa aku mula-mula tercampak ke Jabatan Water Quality suatu ketika dulu.

Kalau BP aku tidak naik tadi memang aku antara yang akan menghantar jenazahnya ke Taiping. Tapi atas nasihat seorang pakar perubatan aku disuruh rehat sahaja di pejabat. Satu kerja HARAM aku tidak menyentuh. Semua bermain-main dalam kepala. Dia gelak, dia bergurau, dia makan, dia tompang motor, dia mengutuk OG. Semua tentang dia silih berganti. Mak selalu pesan, menangislah pada sesuatu yang amat menyedihkan supaya hati kita tidak terbeban dalam waktu yang lama. Tapi aku tidak menagis tadi. Cuma malam ini, aku baru dapat menangis. Semahu-mahunya.

Alfatihah untuk seorang sahabat yang bernama SU.

Tiada ulasan: