Sabtu, 23 Oktober 2010

AKU DAN SABTU

Rasanya inilah hari SABTU KERJA yang kami semua ada di pejabat buat pertama kali setelah sekian lama berada sisini.. ohh begini rasanya kalau bekerja HARI SABTU di sini ya. Sungguh HAMPEH

Hahaha sekarang aku amat mengimpikan NISSAN GRAND LIVINA. Macam cantik jer. Monthly pun cantik JUGAK. Kalau ikutkan hati CALDINA satu!. Kalau ikutkan poket KANCIL satu. Hihihihi. Hmm ISNIN aku cuti. Tapi petang tu aku kena masuk pejabat sebab Selasanya ada program di Stadium Matshushita sec 21. Hmm bagus juga kerja-kerja luar di waktu-waktu lelah ni. Tak perlulah mengadap muka BOSS yang kadang-kadang lebih masam dari CUKA GETAH.

Dah lama aku tidak menziarah MAK dan ABAH di Kampung. Rindu yang berkodi-kodi ni tak tahulah bila boleh reda. Sepanjang bekerja macam orang hilang pedoman ni, mak dah 2 kali masuk wad sebab masalah tekanan darahnya yang tidak menentu. Kalau jadi sesuatu yang tidak diigini harus aku tidak dapat memaafkan diri sendiri. Si Irsyad juga masuk wad beberapa hari tetapi aku tetap tidak menjengah. Demamnya masih belum kebah-kebah sejak ramadhan tempohari. Risau memanglah risau, tapi disebabkan KERJA aku masih bertabah. Kalau TIDAK aku pun tak pasti macam mana.

Pejabat ku bakal menerima kehadiran jelitawan-jelitawan yang seksi dalam waktu terdekat ni. Hmm perlu sangat ke insan GEBU dan SEKSI di sini. Buat semak mata saja. Pada akulah biarlah yang datang tu 10 orang macam aku. TAK GEBU DAN SEKSI asal boleh bekerja keras dan tak banyak songeh. Hmm yelah SI GEBU dan SEKSI perlu untuk mengubat hati BOSS-BOSS yang ada disini dikala ISTERI di rumah sedang membasuh telekong sebulan sekali. Layan sajalah.

Tiada ulasan: