Isnin, 13 September 2010

RAYA 2010

SELAMAT HARI RAYA. Bila dah berusia begini sambutan hanya seronok bila dapat berkumpul dengan adik beradik di bawah satu bumbung. Meriahkan rumah orang tua yang selama ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Hmm Raya pertama sudah menjelajah hingga ke Sekinchan, rumah nenek di tepi laut. Balik saja sudah berpantang. Ceret beret sungguh menyeksa zahir batin. Hahahaha seisi rumah berebut toilet. Mujur juga rumah mak ada 2 toilet.

Kawan-kawan aku tiada yang datang menjengah pun. Tak apalah kan. Kawan-kawan adik aku dan sanak saudara punyalah ramai yang datang. Aku jadi pembantu dapur sajalah. 

14 September aku sudah masuk pejabat dan bekerja seperti biasa. Lepas ini kami akan ke Johor pula. Menyambung semula program-program yang diberhentikan bersempena dengan bulan ramadhan tempohari. KERJA terus KERJA. Selagi hayat dikandung badan. Nanti miss soru pulak. Hahaha ayat-ayat penguat semangat tu. Sebenarnya aku tak ada mood nak bekerja. Cuti ini aku balas dendam dengan tidur lena. Hmm entah bila dapat bermalas-malas seperti ini lagi. Masa inilah baru terfikir, kalaulah aku ada laki yang SENANG tak perlulah sampai JUTAWAN, harus aku duduk rumah saja. Menghabiskan duit dia yang ada. Hahaha niat sungguh JAHAT. Patutlah tak dapat kihkihkih 

Tiada ulasan: