Khamis, 16 September 2010

KERJA, AKU & FELDA SEMENCHU

Hari ini aku masih bergedik-gedik di pejabat menyudahkan laporan program gotong-royong dan majlis berbuka puasa tempohari. Tahap pecah kepala juga. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi. Aku masih mengadap pc menaip laporan yang ayatnya sudah mulai tumpul kurang berbisa. Aduihh aku ketandusan idea.

Jam 6.30 pagi nanti aku harus bergerak ke FELDA Semenchu untuk membuat tinjauan awal. Mujur juga aku tidak perlu memandu untuk ke sana. Kabarnya perjalanan ke lokasi itu memakan masa selama lebih kurang 5 jam. Mak aihh. Harus panas pungung aku ni. FELDA Semenchu, Kota Tinggi telah dinobatkan sebagai FELDA tercantik di negara ini. Baru-baru ini FELDA ini telah dianugerahi dengan wang tunai RM1 JUTA. Wahhh hebat-hebat. 

Sedikit tentang FELDA ini. Terletak 42 kilometer dari daerah Kota Tinggi menghala ke pusat peranginan Desaru di dalam negeri Johor Darul Takzim. Di bangunkan dalam tahun 1972/73. Kemasukan peneroka bermula pada September 1977 sejumlah 628 peneroka yang datang dari berbagai negeri.

Asal-usul nama “ SEMENCHU”. Mengikut cerita, beberapa orang petani cina telah menanam pokok “ MENCHU” dipinggir sungai tersebut, dimana pucuknya dibuat gambir. Nama “ FELDA SEMENCHU “ telah digunapakai bersempena nama sungai berkenaan. Kesan-kesan perkampungan orang cina masih terdapat di pinggir sungai yang masih kekal di sempadan ladang sawit sehingga sekarang.

Aku sudah dapat D90, walaupun pejabat yang punya. Harus aku bergaya sakan. Hahaha. Tunggu gambar-gambar terbaru aku ya... I LOVE NIKON !

Tiada ulasan: