Isnin, 20 September 2010

INAPDESA, FELDA SEMENCHU, JOHOR

Semalam, jam 2.30 pagi aku dan kawan-kawan tiba di sini. Penat sangat dan ditambah pulak dengan tak ada mood untuk outstation kali ini. Sekali tiba dirumah INAPDESA ini, segala mood kerja dan mood berjauhan dengan orang-orang tersayang kembali dalam diri. Hihihi rumah cantik. Jam 8 pagi aku sudah kalut ribut. Mesyuarat jam 11 pagi hingga jam 3 petang. Makan tenghari pun sudah lewat petang.

Untuk memujuk hati kami, MD dan COO membawa kami makan-makan di BUJANG FIRE FLY. Seafood yang sedap. Hehehe berbaloi jugakan. Dapat juga kami menyusuri muara itu untuk melihat kelip-kelip. Memang cantik. Tetapi lensa aku ini tidak dapat merakam gambar kelip-kelip. Esok kerja masih macam hamba abdi. Tapi hamba abdi kelas atasanlah.







Tiada ulasan: