Jumaat, 17 September 2010

AKU & FELDA SEMENCHU JOHOR

Aku dan kawan-kawan seramai 11 orang telah ke FELDA Semenchu semalam. Naik van NISSAN URVAN syarikat amat menjengkelkan. Laju memanglah laju tetapi kerusinya hanya paras-paras bahu saja. Aku dan kawan-kawan sakit tengkuk. Sampai sekarang sakitnya masih terasa. Lain kali akan ku senarai hitamkan van ini dari kenderaan untuk perjalanan jauh kami.

Perajalanan selama 6 jam dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang merupakan perjalanan yang amat menyeksakan. Lepas saja bermesyuarat, kami meninjau tapak hingga jam 6 petang. Perjalanan balik pula merupakan PENYEKSAAN MELAMPAU. Mamat yang kakinya berbau tu ada sama. Dan aroma bau-bauannya amat memualkan seisi van. Sepanjang perjalanan aku terpaksa membuka tingkap untuk menahan dari isi perut aku terkeluar secara automatik walaupun kami memasang aircond tahap daging dingin beku. Menyumpah pulak aku dalam hati. Masa makan dia sentiasa mahu berdekat-dekatan dengan kami. Aduihhh sungguh tidak cool.

Ini adalah gambar terbaru dengan D90. Hehehehe. Tapi kena tambah battery grip untuk keselesaan berganda. Hahaha hujung bulan aku akan membajetkan peruntukan untuk itu, walaupun harganya cuma RM499. Tetap akan ku CLAIM MA... mana boleh pakai duit poket sendiri. Oh ya, aku terpaksa mengumumkan yang D90 itu adalah harta aku sebab, aku tak mahu orang lain menggunakannya. Eleh dorang bukan reti nak memakainya pun, kalau beri pinjam harus jahanam. 

Tiada ulasan: