Selasa, 14 September 2010

AKU DAH KERJA

Aku sudah memulakan rutin kerja seperti selalu. Balik pun masa pejabat cuma tinggal group aku saja. Yang lain, nampak saje Dato' tutup pintu bilik masing-masing dah berkemas-kemas untuk balik sama. Aku masih menyiapkan laporan-laporan program gotong-royong tempohari. Pagi-pagi aku sudah dibasuh oleh Dato'. Kene sindir tahap gaban. Aduihhh

Dia tak suka aku duduk belakang-belakang kalau dia di depan. Dia nak aku sentiasa membantu dia. Yelah BOSS. Aku ku ingat sampai mati. Rupa-rupanya dia nak aku menyibok sama dengan dia kalau dia duduk di atas stage. Dia ada nasihat kalau nak menyibok biar bertempat. Jangan time dia bersosial kita menyebok. Harus makan kasut. Hahahaha

Aku mencuri snap gambar Idham masa raya pertama ituhari. Duduk menongkat lutut sambil matanya menyorot laut lepas. Nampak sunyi dan sayu saja. Mesti dia rindukan ABAHnya. Yelah kalau aku berada ditempat dia, aku pun akan merasa perasaan yang sama. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan disisi orang yang dikasihi ALLAH swt.

Sebelum balik ke Shah Alam semalam, aku sempat menziarah pusara 3 orang yang aku kasihi. Pusara Embah wedok masih begitu. Dalam keadaan yang memilukan. Bukan maksud aku untuk menyuruh dihias dengan mozek mahal. Biarlah ia diselenggara dengan baik. Kalau masih ada nyawa pun anak-anak jarang sekali menziarah dia, apalagi sudah tinggal nesan saja ye tak. Suka hati kalian lah. Ni aku nak ingatkan. Sebagai anak HARGAI orang tua kita. Setiap kali dia berdoa, doanya mustajab. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku, aku tengok tak kemana senangnya pun.

Tiada ulasan: