Khamis, 12 Ogos 2010

PUASA KEDUA & TIN KOSONG

Aku sepatutnya bercuti bermula hari Rabu tempohari hingga Sabtu. Tapi aku amat tak sedap hati bila ada yang berkata kami semua akan berpindah pejabat esok. Ehh pejabat yang di Sec 9 tu masih huru-hara, dengan wiring dan meja masih belum tersedia dan komputer pula masih tiada nak bekerja macam mana ya. Mahu tak mahu aku kena balik ke pejabat juga esok ni. Lepas Jumaat aku kena berada di pejabat. Bengang tahap maksima. Nak buat macam mana kan. Kena packing barang-barang segala.

Tadi aku beritahu  mak, alahai riak wajahnya nampak sedikit kesal. Aku ni jarang-jarang balik kampung, sesekali balik tiba-tiba jadi begini mestilah dia terasa. Sejak aku balik, kerja-kerja memasak aku yang buat. Mak pulak dah tak larat dah tu. Masa aku memasak tadi mak berbaring di atas sofa. Kasihan pulak tengok mak begitu.

Cerita panas pejabat aku itu memang amat menyakitkan hati. Seorang manager bersuara kuat tu, menunjukkan ciri-ciri akan terbuang tak lama lagi tu. Kalau dah tin kosong kalau boleh kawal lah sikit bunyian sumbang tu. Ini dengan gah mencanang kalau dia tiada kami semua mati. Hahaha sebelum dia mari kami ni masih bernyawa pun. "Nasib baik CEO baru tu masuk kalau tidak korang tak ada kerja, honeymoon ajalah kerja korang'. Perghh sapa yang tak buat kerja sebenarnya. Dia ke kami. Kurang ajar. Aku ni sudah menyaksikan banyak orang-orang macam ni kecundang dalam keadaan terhina. Ko tunggulah masa ko pulak. Haji tak haji, masa ko sampai nanti kitaorang gelak golek-golek beramai-ramai.

Nak tahu cerita sebenar kenapa dia mula bengang-bengang dengan aku. Ahad lalu aku terima satu sms dari dia. Dia bagi arahan supaya aku download lagu TEMAN SEJATI DAN KALAU KAU FIKIR KAU BOLEH untuk dia beri ceramah motivasi di Flamingo Hotel, Ampang. Siap suruh bawak laptop pejabat ke sana dan berjanji akan membelanja aku makan malam. Hahaha, yang aku ni pulak tak perasan yang dia suruh ke Flamingo tu pada hari Ahad, aku pulak ingat hari Isnin. Aku pun pergilah meniaga. Rupa-rupanya di buat miss call lebih 20 kali. Dah nak balik baru aku perasan ada miss call. Kebetulan dia menelefon semula. Terus tanya aku di mana. Aku pun dengan jujur cakap aku di pasar malam. Esoknya dia merunggut kutuk-kutuk aku. HELLO hari rehat aku, suka hati akulah nak buat apa. Yang dia suruh aku bawak reta pejabat untuk sokong dia buat MLM tu, bukan ke lebih BANGSAT.  Aku ni kalau hal-hal pejabat bertembung dengan pasar malam aku, aku boleh tolak lagi pasar malam. Tapi kalau dia punya personal, sori satu lori lah. Tak ada dalam kamus hidup aku. Setakat merasuah aku dengan belanja aku makan, hahaha aku makan kat tempat-tempat class dengan orang-orang yang class saja. Dengan TIN KOSONG, OPPS SORRY.  

Tiada ulasan: