Selasa, 24 Ogos 2010

HARI YANG INDAH

Baru hari ini aku berpeluang untuk menulis di dalam blog sendiri. Yelah setelah berhari-hari terpaksa melupakan kegilaan diri. Pejabat baru telah beroperasi. Cuma beberapa kemudahan yang basic tiada lagi. Kalau sebelum ini hampir semua kemudahan basic memang tiada. Wahh haru betul ya. Alhamdulillah hari ini aku sedikit lega. Banyak perkara telah berjaya aku sudahkkan. Dan ganjarannya hihihi inilah masanya untuk menulis dengan aman damai.

Aku telah pulang ke kampung hari Jumaat lalu untuk meninjau tapak lokasi program gotong royong PERDANA, yang akan diadakan pada 8 Sept nanti. Aku sempat mengambil gambar di beberapa kawasan yang strategik untuk tujuan itu. Aku juga sempat mengambil gambar Tanah Perkuburan Islam Gedangsa. Aku tak jumpa pusara Kak Ati. Ehh lain benar pula kawasan itu.

Masa aku berdiri ditengah-tengah kawasan perkuburan itu, aku memandang hilux dan 2 rakan yang berada di sisi kenderaan kami. Aduih mak jauh amat pulak mereka dari aku. Aku jadi takut sendiri, seolah-olah kepungan batu-batu nesan sedang cuban menghalang aku pergi. Ishh, menakutkanlah. Malam itu, aku sepatutnya menghabiskan laporan yang aku buat dan semestinya aku akan memasukkan gambar-gambar yang aku snap tadi. Mengenangkan ada gambar kubur di dalamnya. Aku tidak berani untuk mengetik folder yang tertulis 'Gambar Gedangsa'. Hahaha dasar PENAKUT.

Program Gotong Royong PERDANA bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Semua WARGA GENERASI FELDA adalah dijemput hadir untuk meramaikan majlis.Harap-harap dapat berkumpul dan berjumpa semula dengan anak-anak peneroka FELDA GEDANGSA. Terutamanya teman-teman sepermainan masa aku kecik-kecik dulu. Main galah panjang, polis sentri, baling tin dan lain-lain. Huhu harap-harap juga bersua semula dengan MANTAN boyfriend lama. Hahahaha. Tak tahu nak ber riaksi macam mana. Aku menghidar pasti dah.
   

Tiada ulasan: