Ahad, 4 Julai 2010

PROGRAM DI FELDA GUNUNG BESOUT 1

Hari Sabtu itu, aku tiba di Felda Gunung Besout 1 jam 11.30 pagi. Katanya ada taklimat jam 12 tenghari. Laa rupanya jam 3 petang baru ada taklimat. Kalaulah aku tahu, aku balik kampung dulu jenguk Mak & Abah. Aku memandu pada skala memecut juga, entah-entah kena saman pulak aku.

Banyak reheasal yang kami kena buat bermula daripada jam 3 hingga jam 9 malam. Susun aturcara semula, tengok timing, test microfon, test MC script, usherette, pasang backdrop, susun gambar dan peralatan pameran dan macam-macam lagi. Perghhh Penat MELAMPAU. Mujur juga dapat boss yang baik dan sporting. Kalau kerja tahap buruh kasar seperti ini, kawan-kawan harus sekepala. Barulah penat tu tidak dijiwai. Kalau ada yang bekerja dengan muka yang kelat-kelat, amatlah mematahkan JIWA RAGA, secara tidak sengaja menaikkan darah juga.

Penat jugak bila dah lama tidak berprogram diluar seperti itu. Alhamdulillah, pagi  hari kejadian itu hujan turun selebat-lebatnya. Cuaca pun tak panas sangat, sedang-sedang saja. Cuaca BOSS-BOSS aku pun baik saja. Bila Tan Sri VIP kami tu tiba dia pun bercuaca BAIK saja. Senyum sana sini dan menegur kami yang bekerja di meja pendaftaran. Alhamdulillah....

Setelah penat bekerja selama 2 hari itu, kami telah memanjakan diri dengan aktiviti makan-makan dan mandi manda. Cukup HEBAT.

GERMANY BELASAH ARGENTINA 4-1

Malam itu aku dan kawan-kawan dapat menyaksikan game itu beramai-ramai di Dewan Orang Ramai Felda Gunung Besout 1. Dengan bantuan kawan-kawan IT dapat jugak kami tengok di LAYAR PUTIH sebesar meja ping pong. Terima kasih lah kawan-kawan IT. Bila MULLER mula menyumbat GOL di awal game, aku cakap dekat orang sebelah aku 'mesti 4-0'. Ramalan ku benar belaka. 

Dan buah hati aku si KLOSE tu menyumbat 2 gol. Wahh bangga tahap maksima. Mana-mana kawan yang menyokong Argentina tu kecewa tapi cukup terhibur dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan pasukan Argentina. Nak buat macam mana, nasib tidak menyebelahi mereka.




Aku menjamu selera dengan durian kampung di tepi jalan ke SG. KELAH HOT SPRING dengan sebahagian kawan-kawan program. Senyum lebar orang yang jual durian tu. Kami makan durian macam orang gian dadah.  Akhirnya cuma tinggal 4 biji durian yang tergolek di atas meja. Itu pun secara tak sengaja kami teringatkan orang belakang yang mungkin TERINGIN AMAT makan durian.. Hehehe . Oh ya, sebahagian lagi kawan-kawan program aku tu terpaksa meneruskan kerja-kerja lain. Kami yang sudah selesai ini bersuka ria lah. Huhuhuhu Bukan kami tak ajak, bergedik-gedik jugak dorang nak ikut kami pada awalnya. Tapi tak boleh lah nak ikut sebab ada tugas yang lebih penting untuk dilangsaikan. Dan amatlah tak berbaloi kalau mereka ikut kami tetapi lepas tu semua kena sembelih. Huhuhu
SERANGGGG. Macam-macam jenis durian yang kami hadap petang tu. Ada yang warna kuning, warna putih, ada jugak yang warna putih dan pahit-pahit sikit. Tapi semuanya memang sedap dan  habis LICINNNNN da. Memang kami tak membazir langsung. bukan apa tak baik membazir. MEMBAZIR tu kan amalan si SYAITON.









Makan durian dan minum air kelapa muda berperisa pandan.







Ini adalah aktiviti berkubang berkumpulan. Macam budak-budak yang ponteng sekolah dan mandi sungai. Kihkihkih









Tiada ulasan: