Selasa, 27 Julai 2010

AKU DAN JENGKA 7

Perjalanan dari Shah Alam ke Felda Jengka 7 memakan masa selama lebih kurang 2 jam setengah. Aku bersiap sedia dari jam 6.30 pagi.Jam 7.30 baru partner aku tu sampai. BENGANG jugak aku. Cehh janji 1 MALAYSIA dia nih. Tapi tak apalah, dia yang memandu ke destinasi akhirnya. Heheh. Jam 10 pagi kami tiba dengan bergaya. Tapi hati aku ni berdebar-debar pulak bila jam ditangan sudah menghampiri 10.30 pagi. Cuak gila. 10 minit kemudian BOSS sampai. Bila dia nampak saja kami dia buat muka selamba je. Mesyuarat kali pertama dia sampai dulu daripada kami. Aduihh kena perli semacam, 'janji orang malaysia macam ni lah'. Fuhhh. Menusuk jantung. Alhamdulillah kami sudah ada perubahan. Hehehe

Dalam mesyuarat kali kedua ini agak panas cuacanya. Masing-masing tamak macam dapat durian runtuh saja. kami yang staff ini hanya tengok timbunan duit yang bertukar tangan itu. Huh asal dapat duit semua boleh buat lah. Tapi yang buat kerja bagai nak gila yang ini juga. Si FM kena marah dalam mesyuarat sebab tak sediakan map lokasi untuk gantung bunting dan banner. Aku dari awal sudah berpesan. Rupanya dia tidak buat juga. Dah kena marah depan orang ramai. Tak berapa lama lepas itu dapat sms 'adab masa mesyuarat, jangan bercakap dalam telefon, jangan keluar dari bilik mesyuarat lama-lama...bla bla'. Ha kan dah kena. Kira tercalar juga mood dia aku tengok. Senyap saja sepanjang masa makan tu. Yelah sapa tak hilang mood kalau kena marah dalam mesyuarat depan orang-orang luar kan. Tapi kita ni sebagai staff kenalah beringat. Tak apalah dia pun orang baru. Baru 2 bulan bekerja dengan BOSS ini. Mungkin tak biasa. Dia belum tengok kalau TANSRI baling handphone orang yang berbunyi-bunyi dalam mesyuarat pulak tu. Kalau dia nampak, sah-sah tak sempat comform dah resign.
Aku memang dh silent kan mode talefon bimbit, tetapi sebab orang AMBULAN nak talefon, aku kena jawab juga lah. Alhamdulillah aku dapat mencari ambulan dari MARAN untuk cover dua hari itu. Itu pun ada Abang Polis Bantuan yang tolong. Memang wajarlah kan, dah namanya pun POLIS BANTUAN. Hehehe. Cadangan awal hendak tidur saja dalam dewan, tetapi kawan aku yang berdua itu sudah dapatkan bilik yang tidak berapa jauh dari lokasi. Hehehe BEST jugak kan. Alhamdulillah lagi.

Tiada ulasan: