Selasa, 13 Julai 2010

PALONG OH PALONG

Baru balik dari Negeri Sembilan dari jam 8.30 pagi - 10.15 malam. Melawat ke tapak lokasi majlis yang dijadualkan hujung minggu ini. Letih saja ke sana. Tiada sambutan daripada pihak pengurusan FELDA. Rasanya akan dibatalkan saja program itu. Kan aku pernah cakap, kita tiada kuasa untuk memaksa orang untuk suka dengan kita lebih-lebih lagi bila kita ini dianggap PESAING. Ketua aku tu macam sudah tawar hati sahaja untuk meneruskan mandat yang diberikan. Aku dan kawan-kawan lain berada ditengah dalam gelisah saja. Ditambah pula Dato' Pengarah Eksekutif yang seperti mahu mengawal pergerakan kami keluar masuk pejabat. Bila hilang saja sebok mencari. Pening lah pulak.

WORLD CUP 2010
SPAIN berjaya menambah antara pasukan yang memiliki bintang di atas logo kebanggaan. Sudah berakhir World cup 2010. Women world cup 2010 baru bermula. Tetapi tahap kegilaan aku tidak bermula lagi. Eleh bukan ada pakwe hensome-hensome pun yang aku nak tengok. Tak Best lah. 




Tiada ulasan: