Isnin, 26 Julai 2010

ORANG YANG SAKIT

Esok dengan rasminya aku akan ke Felda Jengka 7, Pahang. Hmm makin panjanglah muncung kakak tu bila dapat tahu kami pergi tanpa mempelawa dia. Eleh bukan kami pun yang beriya-iya nak ke sana. Dah BOSS yang suruh, kami ni ada kuasa ke cakap 'tak nak'. BENGONGLAH. Tulah masa di Felda Besout ituari depan BOSS tunjuk-tunjuklah 'saya sangat rajin'. Belakang BOSS dia duduk menyandar sambila berkipas-kipas lagi. Kan dah kena cop 'berlakon'. BOSS kita ni matanya bukan saja di depan, dibelakang kepalanya mata dia lagi tajam beb. Tak daya dah nak menolong.  MAAF sajalah ya.

Hahaha sekarang ni akak tu sangat P&C. Kalau BOSS DR dia panggil masuk bilik, dia siap tutup pintu lagi. Wakaka, lawak tahap cipotl. BOSS DR tu pulak kalau nak cakap dengan aku, dia yang keluar ke tempat aku, siap boleh borak-borak without masuk bilik pun. Tak ada apa yang nak di P&C kan. Aku dengan dia kan satu Jabatan. Apalah sangat kan. Tak fahamkan. New secretary pun dah mula pening-pening dengan akak tu. Bila saja dengar aku akan duty keluar sampai hujung minggu, dia sudah tarik muka. Risau dan tak tahu dengan siapa dia nak bertanya. Tak baiklah buat orang begitu kan. Pintu bilik BOSS DR pun sudah ditutupnya rapat-rapat. Kunci siap sorok-sorok. Aku berdoa satu hari nanti, dikala tengah malam biar BOSS DR tu mintak dia masuk office sebab nak cari dokumen dalam bilik. Tengok dia punya meraban pulak.
Dia paling tidak berkenan kalau-kalau kawan-kawan aku lalu dan bertegur sapa dengan aku. Kalau korang tak percaya, masa dia ada korang singgahlah tempat aku dan berborak dengan aku. Korang tengok muka dia macam mana. Hahaha takut cerita P&C dia tu diketahui oranglah tu. kawan baik dia pun semuanya yang pernah rasa tergugat dengan aku. Maklum sajalah aku kan orang yang terpilih. Kadang-kadang hilang sabar jugak dengan orang yang macam ini. Tapi tulah, nak ambik tahu rasa buang masa, tak ambil peduli menyakitkan mata. Mahu tak mahu layan saja lah kan.

Tiada ulasan: