Sabtu, 10 Julai 2010

KERJA & SENAMROBIK

Baru balik kerja. Sepatutnya jam 1 lagi tadi. Tapi CEO suruh hantar dokumen ke Felda Soeharto pulak. Hayun saja lah ke sana tadi. Balik pejabat jam 3 petang terus sambung kerja-kerja fotokopi dokument untuk ke Felda Palong 6 pada 17 dan 18 Julai nanti, Adeiii sakit pingang mak cik. oh ya 15 Julai nanti aku akan ke Felda Palong 6 untuk menghadiri mesyuarat koordinasi dengan warga Felda di situ. Aku memang suka kerja-kerja seperti ini. Tak perlu duduk di pejabat 24 jam. Pening aku nanti....

Tadi sempat juga menyertai senamrobik bersama kawan-kawan di WISMA dengan instructor baru pagi tadi. MEMANG BEST. Berjaya juga membakar kompolan lemak-lemak sayur yang sudah hampir tepu ini. Hehehe cuma part yang lemah gemalai tu aku tak dapat nak ikut sebab aku nih lebih keras dari konkrit rasanya. Lengok badan encik instructor lagi cantik alunannya daripada aku. Harus kena menuntut ilmu melembutkan diri dengan bersungguh-sungguh aku ni.

WORLD CUP 2010

Malam ini jam 2.30 pagi kene bersiap sedia untuk game terakhir pasukan kesayangan si GERMANY tu. Walaupun tak dapat ke FINAL GAME aku tetap bersamanya. Hehehe. GERMANY vs URUGUAY siapalah agaknya berada di tempat ketiga ya?? Kalah menang belakang cerita yang penting permainan harus cantik dan bertenaga. Kalau si KLOSE berjaya menyumbatkan gol nanti, rasanya dia akan tercalon antara yang terbanyak menjaringkan gol bersempena dengan world cup tahun ini. Perghhhh

Tiada ulasan: