Khamis, 8 Julai 2010

KERJA BANYAK TAPI SERONOK

Tadi aku balik dari pejabat jam 9 malam. Rasanya sejak pindah di sini, hari-hari aku balik lambat. Kalau masih di sana jangan haraplah aku akan duduk lama-lama. Dari pagi gelisah saja. Kejap-kejap tengok jam. Lepas tu ngadap PC, walaupun tak tahu hendak buat apa lagi. Pernah jugak aku bantai tidur, tapi itupun lepas aku makan ubat selsemalah. Nak bergolek-golek dalam surau aku tak sanggup. Bau BUSUK BETUL sejak ada orang yang suka tidur-tidur dalam tu. Loya tekak aku ni. Kalau nak solat mula lah nampak tisu bekas hingus bertabur sana-sini. Eyekk menjijikkan betul. Sebab tu aku lebih suka solat dalam meeting room. Kalau korang nak tahu, macam tulah kalau orang kerja dengan hati dan kalau orang kerja masa tak ada hati. Hehehe

Aku sudah menyiapkan cadangan Majlis Berbuka Puasa tahun ini untuk meraikan Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal dan Warga Emas. Aku sudah menyiapkan bajet. Anggaran RM119,910.00. banyak juga ya. Aku juga sedang memikirkan alternatif lain untuk program itu. Manalah tahu kalau cadangan aku itu ditong sampahkan. Aku akan mencadangkan supaya majlis tersebut diadakan di Wisma saja. Bukankah pejabat di Wisma ini tahap 5 bintang. Ibu Tunggal dan Warga Emas yang datang tu pun orang-orang kampung aku saja, apalah salahnya kalau mereka itu ingin melihat sendiri Pejabat First class ini kan. Lagi pun aku sudah terbayangkan decoration yang tahap-tahap meletop mengelilingi Wisma itu nanti. Kawan-kawan sepejabat pun bolehlah dirai bersama kan. Huhuhu

Bermacam-macam program yang dirancang sebelum puasa menjelang. Kami dijadualkan akan ke Negeri sembilan dan Pahang dalam waktu yang terdekat ini. Aku tak kisah, tetapi kalau berselesih dengan hari aku meniaga tu, aku agak terkedu-kedu. Aku selalu berdoa agar semua majlis tu dibuat di hari Sabtu. Fuhhhh

GERMANY DAN SEMI FINAL SEMALAM

GERMANY akan menentukan nasib sama ada layak ditangga ke tiga ataupun tidak. Semalam aku hanya sempat menyaksikan sehingga habis first half. Half yang lain tu aku tengok dalam mimpi sajalah. Mengantuk amat.

Tiada ulasan: