Khamis, 8 Julai 2010

HARI PENEROKA 2010 FELDAJAYA, TROLAK

Selang sehari dengan program di Besout 1 kami sekali lagi menjejakkan kaki ke Sempadan PERAK/SELANGOR. Kalau nak diikutkan memanglah penat aku ni, tetapi aku 1000 kali lebih rela daripada duduk dikalangan orang-orang yang banyak menyeksakan jiwa. Booth kami tercampak jauh lebih kurang 1km daripada tapak perasmian yang akan dilawati Pak PM. Tan Sri aku beranginlah dengan keputusan tu. Nak buat macam mana, bukan mudah untuk memaksa orang untuk suka dengan kita. Lebih-lebih lagi bila kita ini dianggap PESAING.

Sempat menziarah mak abah dikampung selama 1 jam. Itu pun sebab nak tumpang mandi. Cantik juga rumah baru mak yang belum sepenuhnya siap. Pintu utama tak pasang lagi dan halaman belum siap lagi. Si Nurul dah suruh aku beli rumput untuk ditanam di halaman depan tu. Rumput mutiara aku sudah mati terkambus tanah dan simen tempohari. Apa-apa saja lah kan.
Aku tengah bersengkang mata sebab malam ini jam 2.30 pagi ada game GERMANY vs SPAIN. Hehehe team kegilaan aku beraksi. Harap-harap dapat menundukkan SPAIN dengan 4 gol tanpa balas.

BAZAAR RAMADHAN 2010
Aku tak dapat tapak untuk meniaga tahun ini. Sedih amat. Segala kepenatan terus meresap satu badan. Kepala pulak dah mula sakit-sakit. Hati aku sakit tak tahulah nak luahkan macam mana. Sistem MBSA memang hampeh tahun ini. Bagilah si INDON meniaga dan orang melayu mintak sedekah saja nanti. Kalau masih ada rezeki aku, aku akan meniaga di tapak bazaar ramadhan Taman Bukit Subang tahun ini. 

Dan kalau tak ada juga, aku akan ambik cuti Raya Puasa awal seminggu untuk menjual daging lembu di kampung. Lembu aku kan dah ada lebih kurang 16 ekor. Apa lagi sembelih saja lah kan. Dapat jugak aku duit untuk beraya.





Tiada ulasan: