Isnin, 26 Julai 2010

GILA KERJA

Sekarang ini kerap sangat aku tak larat nak menulis di dalam blog. Kalau dulu balik saja kerja dah mula menulis. Tapi sekarang dah tak larat. Mahunya tidak balik kerja pun lambat. Mata dah tahap-tahap nak ditongkat saja. Kadang-kadang mandi pun tidak, bersihkan mana-mana yang perlu terus lompat atas katil. Kadang-kadang yang lain terlelap depan laptop pulak.

 
Ishh sebok amat sekarang ini ya. Tadi pun aku stayback sampai jam 5.30. Jam 6 petang baru sampai rumah. Hujan lebat pulak, apa lagi layan sekejap mata ni. Dekat nak maghrib baru bangun mandi-manda. Si Floor Manager tu ajak aku temankan dia ke pejabat jam 8.30 malam tadi. Nasib baik tak jadi sebab dia takutkan kilat. Hahaha. Kiranya kelas lagi aku kan. Aku kalau setakat kilat-milat tu aku tak kisah sangat. Tapi kalau yang pakai uniform putih-putih tu pastu terbang-terbang ala-ala superman dan mengilai-ngilai tu memangah aku kecut. Ehhh SEGAN LE kata orang!

Selasa 27 Julai 2010, aku sudah mula berkampung di Felda Jengka 7. Program kali ini, BOSS hantar aku, Floor Manager, Boss baru dan PA dia saja. Kawan-kawan yang lain direhatkan. Tapi jauh disudut hati aku berdoa mudah-mudahan bangun pagi ini dia berubah fikiran. Biarlah team aku kali ini pergi semua. Bersemangat sikit aku disana walaupun kerja tahap buruh kasar. Memanglah yang menanti aku di sana tu SUKARELAWAN seramai 100 orang, tapi aku tak yakin aku boleh kawal semua. 

Oh ya, aku ada jawatan baru. Setiausaha Program di Pahang ini. Kalau hampeh program ini, akulah antara orang yang akan dibasuh dulu. Selain itu, aku juga mesti memastikan lokasi majlis bersih tahap 5 bintang. Khemah dan PA sistem aku yang buat layout dan tempah. Ambulan dan perubatan pun. Si FM pula tugasnya design dan printing, perjalanan dalam dewan, emcee, dan apa saja yang ada dalam dewan. 

Kiranya program kali ini aku dan FM kena bertanggungjawap sepenuhnya. Secara tak langsung aku dan dia kena saling membantu dan bekerja keras. Banyakkan tugas budak 2 ekor ni. Korang ada rasa tak BOSS aku tu saja mahu COBAK kemampuan kitaorang? Doalah aku dan FM boleh buat dengan HEBAT sekali ya. Oh ya, memandangkan aku dan FM saja yang kena duty kali ini, kami tidak bercadang untuk menginap di hotel yang disediakan. Nak tahu tak dekat mana kitaorang bercadang untuk membuta?? Dalam stor dewan, nasib baik ada dua stor dewan tu. Dan aku sentiasa berdoa janganlah ada orang yang cuba menangkap basahkan kitaorang. Tak rela masuk Utusan Malaysia mukasurat 13 jugak. Auwww

Tiada ulasan: