Isnin, 19 Julai 2010

DAH SELESAI DI NEGERI SEMBILAN

Aku baru sahaja balik dari tugasan di luar kawasan. Jauh juga Felda Palong 6, Negeri Sembilan nun. Secara kasarnya memang le BEST, tolaklah part yang kena MARAH dan MAKIAN MANJA tu. Group kali ni memang BEST. Kami bekerja tak kira masa. Tiap-tiap hari mesti dekat-dekat jam 2 pagi baru settle kerja, itu pun sebab dah tak larat mata ini. Hari terakhir sebelum hari majlis, aku dan kawan-kawan tidur jam 4 pagi. Semua tu untuk memastikan event berjalan lancar seperti yang di order oleh Dato'. Aku banyak membantu tugas-tugas FLOOR MANAGER, maklum sajalah FM kali ini orang baru. Aku yang berpengalaman sedikit tugas-tugas FM ni, memberi tunjuk ajar yang perlu saja, yang lain dia kenalah fikir sendiri. Alhamdulillah, Dato' memujinya.

BALIK KAMPUNG
Hari isnin kami dikira masih bertugas, walaupun hanya tidur dirumah. Aku mencuri masa inilah untuk balik ke kampung barang sekejap. Tengok mak yang kabarnya tengah sakit di pergelangan tangan kanan.Masa balik tadi aku tengok tangan mak sudah berbungkus. Kesian pulak tengok Mak begitu. Bahulu pun dia tidak dapat buat untuk beberapa hari ini. Hari Jumaat malam Sabtu, rumah mak ada kenduri menyambut puasa dan kesyukuran sebab rumah mak dah siap sepenuhnya. Aku tak pasti lagi sama ada boleh balik atau tidak, kabarnya bertugas ke Jengka pula. Aku tak balik tak apa kot, asalkan duit ku balik. Hahaha

Tiada ulasan: