Khamis, 1 Julai 2010

CADANGAN MENGHAPUSKAN PMR

Aku tak pasti Pak Menteri mana yang mula-mula terfikirkan CADANGAN GOBLOK ini. Pada pandangan kalian macam mana? Adakah kalian bersetuju dengan cadangan ini? AKU TIDAK PERNAH AKAN BERSETUJU.

Ini adalah pandangan peribadi aku. Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang pada zaman aku dulu dipanggil  SRP adalah merupakan peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3. Ianya Indicator untuk menilai sejauh mana pemahaman pelajar mengenai pendidikan diperingkat menengah rendah. Kalau diperingkat rendah dah kantoi, macam mana hendak melangkah lebih jauh. Jangan tak percaya, ada antara kawan sekelas aku yang masih buta huruf hingga ke tingkatan 3. Itu dikala masih ada lagi SRP kalau tak ada, kalian terfikir tak apa yang akan jadi dengan golongan seperti ini. YA BETUL, apa ada dengan kelulusan sedangkan orang gagal juga boleh berjaya. Tetapi kalau nak jadi yang berjaya biarlah berjayanya yang berkualiti. Paling hampehh pun belajarlah sampai SPM. Supaya kita boleh berfikir dengan waras dan dapat meberi buah fikiran yang cemerlang untuk orang lain. Bukan memberi cadangan dan buah fikiran seperti cadangan INI. Cadangan seumpama ini layaknya DI TONG SAMPAHa kan saja.

Apa kebaikan dan manafaat untuk NEGARA sekiranya cadangan ini diluluskan oleh KABINET? Dah tak ada benda lain yang boleh di HAPUSKAN?. Jangan JADI BODOH. Banyak lagi benda-benda kecil yang kalau DIHAPUSKAN dapat memberi manafaat dan impak yang besar untuk Negara. Pembesar-pembesar kita tidak kreatif seperti pembesar negara orang. PEMBESAR KITA LEBIH KREATIF UNTUK MENCURI WANG RAKYAT DAN MENJAMU 'ANU' DIA. 

Tiada ulasan: