Sabtu, 3 Julai 2010

BELANDA vs BRAZIL

Layan game diantara Nertherland(BELANDA) dengan Brazil (2-1) dalam internet saja . RTM masih merupakan rangkaian TV paling HAMPEH di abad ini. Cehh. Gol pembukaan Belanda  telah disumbangkan oleh FELIPE MELO(BRAZIL) yang tertendang gol ke gawang sendiri. Wahh MIMPI NGERI BETUL. Disebabkan sumbangan ikhlas dia tu, sepasukan BRAZIL terpaksa berkemas-kemas untuk ditapau balik. Mesti kene kutuk tahap melampau. Entah-entah turun saja kapal terbang kena tembak. Huhuhu. Gol kedua Belanda disumbangkan oleh SNEIJDER. Manakala ROBINHO 1 gol untuk Brazil. 

Menangislah manusia glamour dan bintang yang ada dalam pasukan Brazil itu. Aku tengah menunggu game jam 2.30 pagi nanti diantara Uruguay menentang Ghana. Entah siapa yang tersingkir kali ini. Kedua-dua pasukan ini bukanlah pasukan pujaan aku. Tetapi aku berminat untuk melihat aksi insan-insan yang mewakili negara masing-masing ini melakar sejarah di dalam arena WORLD CUP. Game 3 Julai nanti cukup merisaukan aku, kerana ARGENTINA bertemu GERMANY. Kedua-duanya adalah pujaan hati. Cuma pasukan German tu terlebih 20% sebab ada KLOSE. STILL LOVE KLOSE. 

KERJA LUAR

Aku akan bertugas diluar kawasan Sabtu dan Ahad ini. Ke FELDA Gunung Besout 1. Hati kuat untuk ke pasar malam kalau berkesempatan. Ingat Jam 12 ngam-ngam nak lari ke Shah Alam untuk meniaga. Wahh sungguh gagah aku ini ya. Maklumlah urat dawai dan tulang pun besi belaka. Hahahaha. Cita-cita tinggi sangat, entahkan majlis belum tamat aku dah tergolek ala-ala 'dog' gitu. Hajat dihati lepas habis game tadi nak start kereta balik ke kampung sebelum ke Besout esok. Tapi malaslah pulak. Aku sebenarnya tak sabar hendak tengok dan mengambil gambar rumah baru Mak di kampung. Mak cakap dah siap dan nampak cantik. Pandai betul mak aku ni mempromosi. Tak apalah kalau aku larat lepas subuh nanti aku singgah sekejap.

Tiada ulasan: