Selasa, 20 Julai 2010

BANNER YANG HILANG

Aku sebenarnya lupa nak cerita. petang Sabtu tu, lepas kena marah-marah dan kena jelingan manja oleh EVENT DIRECTOR aku berpakat dengan kawan-kawan untuk melarikan diri. Lokasi dan masa yang sesuai kami melarikan diri ialah dengan alasan untuk memasang banner besar di simpang utama.Kami berenam pergi ke simpang dengan hati yang bengkak dan kecut. Hehehe
Banner besar tu kami pasang dengan seribu kepayahan. Akhirnya tegak juga banner tersebut. tetapi malang tidak berbau. Pagi ahad jam 6.30 pagi kawan aku melapurkan banner tu hilang. Hampehh betul orang FELDA ni. Itu pun nak curi. Tapi tak apalah, sempat jugak kami bergaya santai di depan banner tu. BUKTI TU, bukti kami buat kerja dengan bersungguh-sungguh.

Sampai habis majlis kami masih gagal mengesan ke manalah si BANNER itu dihilangkan. Entah-entah ada orang rembat banner tu untuk repair jamban dan reban ayam dorang kot. Ish-ish orang melayu kalau nak mencuri memang TAK GEMPAK. Cubalah curi benda yang GAH sikit. Ini setakat banner, apa kelass. Buat malu kaum jer tu.

Tiada ulasan: