Jumaat, 16 Julai 2010

AKU,KAWAN DAN FELDA PALONG

Aku dan 4 orang kawan-kawan lain sudah berkampung di Felda Gemas/Palong atas arahan Dato'. Tiada alasan untuk mengelak lagi. Harap-harap akan ada bantuan yang datang hari ini. Pembahagian tugas dikirim kepada kami melalui sms.

1. Aku - Lakaran peta, cari sukarelawan, briefing dan tunjuk ajar kepada sukarelawan.
2. Ayoi - Pengawasan Khemah, keperluan dan tempat diluar dewan
3.Yusman - Floor manager, pergerakan didalam khemah
4. Liza - Hotel dan penginapan
5. Farhad - PA merangkap pemandu kepada Encik Rafiai (Boss of the event)

Rungsing betul aku kalau tercacat cela majlis ini nanti.
HARI LAHIR
Semalaman aku mencari line internet dengan broadband yang dibekalkan. Dari petang semalam aku tidak dapat mengunakan kemudahan internet. Jam 2 pagi barulah aku berjaya menghantar deraf surat ke ibupejabat melalui email. Harap-harap mereka di sana terima email aku dan mengambil tindakan segera. Aku boleh buat surat sendiri disini, apakan daya printer tiada disisi, dan aku nampaknya kena 'jipang' untuk tandatangan surat itu nanti. Hahahaha

Sedang aku kusut-kusut mencari line internet, kawan-kawan aku yang bertiga tu menyanyikan lagu happy birthday,tiada kek, tiada apa di dalam dewan yang sedang tongang langgang, Hahaha best. TERIMA KASIH

p/s: tak dapat letak gambar dari kamera sendiri sebab tidak berkesempatan untuk memetik shutter pun 

Tiada ulasan: