Rabu, 21 Julai 2010

AKU ADALAH AKU

JULAI merupakan bulan ujian untuk aku. Mungkin ramai yang tak perasan tapi itulah hakikatnya. Aku nyaris kantoi sebab aku bukanlah orang yang penyabar sangat. Kena marah pada benda-benda yang amat tak LOGIK cukup menyeksa. Dah ini yang aku minta terpaksalah telan dengan payahnya. Baru hari ini aku tahu MENGAPA? Kenapa aku tak dapat tapak bazzar tahun ini. Sebabnya, banyak program-program bulan puasa yang telah diatur padat. Yang terbesar di UKM Bangi. Dan BOSS pula asyik meletakkan aku sebagai pembantu. Jangan harap aku dapat cuti separuh hari selama bulan ramadhan ini. Terkedu dah tercekik rasanya tengkuk aku ini. Cuba bayangkan kalau aku dapat tapak tahun ini. Macam manalah aku punya bersilat nanti ya. Dah tentu-tentu aku berpening-pening memikir macam mana dan macam mana...

Buat masa ini aku banyak menghabiskan masa dengan menyiapkan keperluan-keperluan program. Surat jemputan pelbagai Jabatan, NGO, Pertubuhan dan lain-lain. Aku baru dapat BOSS baru, tapi jawatan dia sama saja dengan aku. Ehh. tapi dai baik dengan ED so naiklah sekaki darjatnya. Aku masih begini. Petik sajalah untuk apa-apa kerja pun. Larat aku buat, tak larat tadah saja telinga untuk dimarah lagi. Nasib seorang kuli, beginilah.
 
Awal bulan aku sudah dihidangkan dengan program taklimat di Shah Alam, Pertengahan bulan dengan program di Felda Besout, Trolak dan Palong yang mengejut dan terperanjat. Akhir bulan ini akan ada lagi program di Felda Jengka yang akan berlangsung selama 2 hari dengan melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah motorcross dan rally dalam ladang sawit. Perghh. 

Aku akan menghadiri mesyuarat dengan pihak pengurusan FELDA hari jumaat ini di Felda Jengka 7. Bersama dengna FLOOR MANAGER baru tu. Harap-harap boss aku tu tidak sekereta dengan aku. Jumaat itu juga MAK berkenduri di kampung. Alahai sempat ke aku menjengah. Aku dah penat, aku dah tak larat. Aku perlukan sokongan untuk terus berdiri dan berlari.


p/s: aku cukup tak faham kenapa? akak tu marah aku tak bersebab. Bukan aku saja, kawan-kawan baik aku jugak. PELIK LAH   manusia yang seorang ini.

Tiada ulasan: