Rabu, 9 Jun 2010

WED 2010 & MENJALA

Hari sabtu tempohari aku ke Taman Rimba Ampang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada usaha menyelamatkan alam sekitar dan sungai. Terhibur juga dengan gelagat sesetengah daripada kawan-kawan. 

Balik dari program itu terus memandu ke kampung. Rindu Mak Abah. Petang tu sempat juga aku memancing di parit Sri Kledang Estate. Tapi ikan tak mengena mata kail pulak. 

Tak puas hati pagi Ahad tu menjala dekat tempat yang sama. Bawak abah sekali sebab tak berani nak turun ke air kalau jala tersangkut nanti. Kemanalah  ikan tu semua pegi agaknya. Tak banyak pula, dapat jugak lah beberapa ekor anak selais bersaiz s. Menyampah tol lah.

Sayu betul hati bila tengok balik gambar-gambar masa aku menjala dengan abah. Abah tidah segagah dulu dah nampak uzur benar. Abah pun selalu lupa-lupa. Setiap kali dia call aku akan segera menjawap dengan sebaik mungkin. Biarpun apa yang dia tanya tu amatlah remeh. Aku tak mahu menyakiti hati dia. Kadang-kadang aku selalu tegur Mak bila mak marah-marah abah.
Itulah akrabnya usia dengan kita. Tak pernah menunggu barang sekejap pun. Aku pun tak perasan sejak bila abah nampak seuzur itu. Kadang-kadang menitis juga air mata terutama bila tengok dia makan dan minum. Ish-ish.

Ya ALLAH, berilah kesihatan dan rahmatilah kedua orang tua ku selalu.

Tiada ulasan: