Ahad, 27 Jun 2010

HARI YANG MENCABAR

Aku dan kawan-kawan berjaya menyudahkan tugasan  di dalam Green Hunt tadi. Soalan memanglah membunuh jiwa raga. Yelah, ganjarannya agak besar juga kan, jadi soalannya haruslah cukup menekan mentaliti setiap kami. Berulang alik juga kami tadi. Aku pun baru lah hari ini naik monorel. Gayat juga. Tetapi sebab dah berulang alik tu dah tak rasa apa pulak. Cuma PENAT MELAMPAU. Terkial-kial juga aku.

Aku tengok balik gambar-gambar yang sempat aku snap dalam kalut ribut tu. Cantik juga bandaraya KUALA LUMPUR ya. Patutlah ramai pelancong datang ke sini. Tapi tulah kenapalah kita ini tidak berusaha mengekalkan bangunan tinggalan yang pada aku cukup unik dan seni. Sebok membena bangunan pencakar langit yang gah diserata dunia. PAKAI DUIT RAKYAT TU. Tak perlu lah untuk berboros sakan dengan duit keringat rakyat tahap melampau. Cuba-cubalah ambil hati rakyat jelata yang ramai ni. Apa salahnya kebajikan rakyat dijaga. Orang kampung macam aku tak hingin bangunan mewah, serba sederhana cukuplah. Ini pilihanraya bakal tiba lagi, tak reti-reti ke? kerajaan juga yang untung bila rakyat mula mendoakan kemakmuran negara. itu pun kalau orang-orang kerajaan percayakan DOA  lah.

Perjalanan monorel daripada The Methodist Girls School ke hingga ke stesen Titiwangsa, kemudian menaiki LRT ke KL sentral dan berjalan kaki ke sekolah itu semula cukup melonggarkan sendi-sendi lutut. Cuaca pun panas amat. Aduihhh

Oh ya, kerajaan telah memutuskan untuk merobohkan bangunan PENJARA PUDU. Aku tak sempat snap sebab terlalu asyik mencari clue yang tersembunyi. Runtuhan batu-batu mencacatkan pandangan. Kesihan melihat ia dalam keadaan musnah dan menyimpan pilu sendiri. pada akulah itu satu lagi asset negara yang seharusnya disimpan untuk kenangan anak cucu kita kemudian hari. Tapi itulah, aku bukan ORANG BESAR.
Makanan pula pada aku tidak menggoda selera langsung. Ala-ala india vegi gitu. Aku tidak tunggu hingga penyampaian hadiah. Kata jam 3 majlis tamat tapi hingga jam 3 tadi penyampaian hadiah pun belum bermula. HANGIN betul aku. Apa lagi tahan teksi untuk ke pejabat ambil kereta dan balik ke rumah. Memanglah menjadi KEPANTANGAN aku kalau cakap 'sekejap  ya' tapi sampai 20 kali punya sekejap ko tunggulah sorang-sorang.

Aku cuma orang BIASA bukan VVIP tetapi masa pada aku amat berharga. Tidak kiralah siapa kita ini, walau sehina mana pun. Tiada siapa yang boleh membeli MASA.

"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

 

Tiada ulasan: