Rabu, 30 Jun 2010

AKU ORANG ASIA

ASIA UNTUK ORANG ASIA ini slogan dulu-dulu. Masa mula-mula NIPPON menakluki MALAYA. Sekarang dan musim ini lain pula slogannya HANYA ORANG ASIA YANG AKAN SOKONG TEAM ASIA. Dikala RTM BENGONG tu tidak menyiarakan siaran langsung bola diantara PARAGUAY dan JEPUN, aku membuat gerakan solo ke kedai simpang layan bola dengan OTAI-OTAI Kg Melayu Subang. Duduk seat paling depan sebab aku nih kalau tengok tv tak suka bercermin mata. So nampaklah clear amat tadi. Hehehe
Aku memang puji pasukan Jepun ini sebab permainannya lebih baik daripada kumpulan asia yang lain. Pertahanan dan penjaga gawang sungguh hebat. Banyak juga tendangan sudut yang dibuat oleh Paraguay tadi, tapi semuanya berjaya dipatahkan dengan mudah sekali. Memang terhibur sangat aku tadi. Berjam-jam juga aku di kedai simpang itu tadi. Kalah pada tendangan PANALTI (5-3) cukup menyakitkan hati. Tapi tidak mengapalah, pasukan Jepun telah membuktikan kemampuannya. World Cup 2014 nanti sekali lagi aku akan menyokong pasukan ini tanpa JEMU. Akukan orang ASIA SEJATI. Hahaha

GWGF 2010

Aku masih menanti dengan sabar keputusan RASMI untuk aku berpindah ke pejabat di Shah Alam. Buat masa ini aku berada di sini secara tidak rasmilah. Membantu pergerakan pertubuhan ini untuk mendapat kepercayaan orang ramai, warga FELDA khususnya. Oh ya, aku sudah beberapa kali dipanggil oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru itu. Orangnya pada aku BAIK dan penuh dengan semangat. Kalau hendak meminta pandangan tentang  perniagaan yang baru bermula bolehlah merujuk kepadanya. Aku akan mencari peluang untuk mengembangkan ternakan lembu aku tu nanti. Dan orang yang paling sesuai untuk meminta nasihat adalah dia. Boss aku dulu tu Ketua Pegawai Eksekutif juga, orangnya baik amat tetapi itulah... dia tidak mempercayai YANG ESA. Mudah-mudahan ALLAH swt membuka hatinya semula.

2 ulasan:

mokjadeandell berkata...

cik jurugambar,
terjumpa blog anda masa cari berita felda Gedangsa.Teringat pengalaman disana .Tentu banyak perubahankan selepas lebih 30 tahun.

diri sendiri berkata...

Ya Gedangsa 30 tahun dulu dan sekarang memang sudah jauh bezanya. Kalau ada kesempatan nanti saya akan menulis tentang Felda Gedangsa lagi. Khusus untuk tatapan orang-orang yang pernah mendidik anak peneroka FELDA yang bernama GEDANGSA.